" Serius ? " soal Jungkook sekali lagi.
Aku melepaskan keluhan berat.
" Kau tahukan aku memang suka dia ? " soal aku kepada Jungkook. Wajahnya serta merta berubah.
Jungkook mengangguk perlahan.
" Tapi dia dah sakitkan kau. " sambungnya.
Sekali lagi keluhan dilepaskan.
" Ini semua salah aku. Aku yang terima misi bodoh ni. " kata aku terus terang. Tak mahu lagi aku berselindung dengan Jungkook tentang perkara ini.
Jungkook memberi riak wajah kosong.
" Maksud kau ? " soalnya kembali.
" Kau tahu kan, aku tak pernah nak cuba rapat dengan Jimin walaupun aku suka dia dari dulu. " terangku.
" Yoongi bagi aku misi untuk lembutkan hati Jimin. Aku tak expect untuk semuanya jadi macam ni. " sambungku.
Jungkook menjadi jungshock.
" Jadi.." kata katanya mati apabila aku menyambung keterangan. Ceh.
" Ini bukan salah Yoongi 100%. Salah aku juga. Aku yang bodoh terima misi gila ni. Sampai aku sanggup seksa perasaan aku. Fizikal aku. Mental aku. " luahku padanya.
Air mata aku mengalir perlahan cepat - cepat aku kesat.
" Yerin. " panggilnya.
Aku memandangnya dengan wajah sayu.
" Kenapa kau tak pernah nampak ? " soalnya membuatkan aku keliru.
" Kenapa nakkan dia yang tak pernah kisahkan kau, sedangkan yang ada depan mata setia menemani dan menunggu ? " sambungnya lagi.
Aku semakin keliru.
" Kau tak pernah nampak tu kan, Yerin ? Jangan sampai yang depan mata hilang kerana sibuk kejarkan yang tidak menghargai. " Jungkook menyambung lagi.
" Jungkook ? Apa maksud kau ?" soal aku ingin tahu.
Jungkook melepaskan keluhan berat.
" See? Kau tak nampak pun. Aku suka kau. Tak apalah. Aku pergi dulu. " kata Jungkook sebelum beredar.
Dia meninggalkan aku yang sedang taecyduk.
Sekarang, aku nak balik naik apa?
Aku segera mengeluarkan telefon pintar dan mendail nombor Yoongi, abang terchenta aku.
"Hello"
Gi, ambil aku. Dekat kedai serbaneka area rumah kita.
" Aik? Kau bukan dengan biskut ke "
Dia tinggalkan aku.
" Ha? "
Nanti balik aku story lah.
" Okay, tunggu. "
[ panggilan ditamatkan ]
Aku menyimpan semula telefon di dalam beg kecilku.
" Yerin. " suara seseorang memanggil aku dari belakang membuatkan aku menoleh.
--
" Kenapa kau terlepas cakap ni, Kook ? " kata aku sendiri sambil meraup wajahku.
Kunci kereta aku letak di atas meja.
Barang - barang tadi semua aku dah bawakan ke dapur.
Aku membaringkan diri di atas sofa. Memikirkan apa yang aku katakan tadi, kau memang silap lah Jungkook.
" Macam mana kalau lepasni Yerin tak nak kawan dengan aku lepas dia tahu perkara sebenar? " aku bermonolog sendirian.
Sekali lagi aku melepaskan keluhan berat.
" Lantaklah apa nak jadi pun. " aku memejamkan mata untuk merehatkan diri buat seketika.
--
" Yerin. " aku menoleh ke arah suara yang berada di belakang aku.
Jimin.
Ya, Jimin.
" Ya, kenapa? " jawabku agak dingin.
Jimin melangkah perlahan ke arah aku. Wajahnya tiada senyuman sinis seperti selalu, riak sayu saja yang menghiasi wajah tampannya.
Ops, terpuji.
" Maafkan aku, Yerin. Aku minta maaf. " katanya perlahan. Mata aku ditatap dengan penuh harapan supaya aku dapat memaafkan dia.
Aku melepaskan keluhan .
" Jimin. Aku tak tahu aku boleh atau pun tidak untuk maafkan kau. " balas aku.
Tiba-tiba Jimin melutut di hadapan aku membuatkan aku terkejut.
Ini, bukan Jimin yang aku kenal.
" Aku betul - betul minta maaf. Maafkan aku. Sebab semua perbuatan aku, hidup aku berubah. " rayunya.
PIN !
Bunyi hon kereta menarik perhatian aku untuk menoleh ke belakang, Jimin pula serta merta bangun dari posisi melututnya nya tadi.
Figura Yoongi menjamah mata, dialah yang membunyikan hon tadi.
Wajahnya kelihatan bengis apabila dia terlihat Jimin berada di sebelah aku.
" Kau buat apa dekat Yerin lagi ?! Tak puas ke dah buat dia sakit ?! " jerit Yoongi sambil meluru ke arah Jimin lalu melepaskan penumbuk ke arah Jimin.
Jimin jatuh terduduk di atas tanah.
Aku terkedu, Yoongi tak pernah macam ni.
Jimin cuba untuk bangun tapi Yoongi menghalangnya dan menumbuknya sekali lagi.
Aku segera menarik Yoongi jauh daripada Jimin.
" Kau ni kenapa ?! " jerit aku. Yoongi dengan riak bengisnya memandang aku.
" Dia dah buat kau sakit, sampai masuk hospital dua tiga kali. Dan kau masih harapkan dia?!" balas Yoongi dengan nada marah.
Aku menoleh ke arah Jimin yang sudah pun memberi riak wajah terkejut, lalu aku menolongnya untuk bangun.
Nasiblah tiada siapa di sini, kalau tak malu je orang tengok.
" Takpelah, kau masuk. Aku balik dulu. Maaf, Jimin. " aku mengarahnya untuk masuk ke kedai semula.
Aku menarik Yoongi menuju ke kereta.
" Jom balik. " aku segera masuk ke kereta begitu juga Yoongi.
Yoongi mula memandu, suasana di dalam kereta sunyi sepi. Sepatah perkataan pun tak ada dikeluarkan oleh Yoongi mahupun aku.
" Maaf. " Yoongi mula memecah kesunyian di dalam kereta.
" Aku cuma marah dengan diri aku, dan dia. Maaf sebab buat kau sakit. Aku cuma nak lindung kau. " jelasnya lagi.
Aku menarik nafas lalu melepaskannya perlahan.
" Dahlah, tak ada apa pun. " aku membalasnya dengan senyuman nipis.
--
tbc
YOU ARE READING
[su]ᴍɪsɪ ᴍᴇᴍɪᴋᴀᴛ sɪ ᴘᴇᴍʙᴜʟɪ [ᴘᴊᴍ]
FanfictionTerjerat dengan permainan abang sendiri. Dan pengakhirannya menjadi begitu sedih. Dia, sememangnya kejam. Tak layak diberi perhatian oleh aku. Tapi.. aku cintakan dia.. [START:28 December 2018] [END:???] [STATUS: Slow update] 🔝Highest rank - 1 in...