47❤

1.1K 133 9
                                    

Aku kini kembali ke universiti. Kelas pada hari ini bermula dengan kelas Sir Siwon. Kertas kerja baru telah sempat aku siapkan.

" Sir, ni kertas kerja saya. " aku menghulurkan pada Sir Siwon sambil menunduk ke arahnya. Kertas kerja itu bertukar tangan, Sir Siwon tersenyum.

" Bagus kamu ni. Tengah tak sihat pun masih ada masa nak buat kertas kerja ni. Pelajar macam kamu lah yang patut orang contohi. " puji Sir Siwon membuatkan aku rasa macam nak kembang semangkuk.

Aku tersenyum dan menunduk sekali lagi sebelum Sir Siwon mengarahkan aku untuk duduk.

Aku kembali ke tempat duduk aku yang berada di sebelah Jungkook.

" Yerin. " panggil Jungkook.

Aku memberi jelingan.

" Apa? Kan tengah kelas ni. " jawab aku berbisik.

" Saja panggil. Rindu . " jawab Jungkook sebelum dia kembali fokus untuk topik hari ini.

Kemain eh nak rindu rindu. Tumbuk kang.

--

" Makan lah, nanti lapar. " arahku pada Yerin.

Yerin menghantar riak muka kosong. Dia mula menyuap makanan ke dalam mulut.

" Aku tak sangka Jimin buat sampai macam tu dekat kau. Apa salah kau eh? " soalku kepada Yerin membuatkan dia berhenti mengunyah roti gardenia coklat miliknya.

Yerin hanya mencebik.

" Entahlah. Malas aku nak fikir. Aku yang bodoh, ikut cakap Yoongi. Terima misi bodoh ni. " ujarnya.

Jap, misi?

" Misi? Misi apa? " soalku. Wajah Yerin berubah. Dia kembali mengunyah rotinya, soalan aku dibiarkan tergantung tak bertali tanpa jawapan.

"Cepatlah, Kook. Kejap lagi nak singgah kedai lagi." katanya mengubah topik.

Otak aku ligat berfikir, misi apa agaknya yang Yerin maksudkan ?

--

Aku dan Jungkook berhenti di sebuah kedai serbaneka. Kononnya nak membeli kudap - kudap gittuw.

Jungkook melangkah masuk diikuti oleh aku.

" Selamat datang. " mesra suara si pekerja menyapa kami.

Aku hanya mengikut saja si Jungkook dan melihat macam - macam yang dia ambil. Mahu penuh satu bakul.

" Kau tak nak beli apa - apa? Kau yang ajak aku, bakul aku yang penuh dulu." soalnya sambil memandang aku.

Aku tersenyum nipis dan pergi ke tempat yang dipenuhi dengan air. Aku mengambil dua botol susu pisang dan kemudian aku bergerak ke arah tempat dimana terletaknya makanan ringan.

Adalah dalam dua atau tiga jenis aku pilih.

Terasa seperti sudah cukup, aku bergerak ke arah kaunter untuk membuat pembayaran.

" Yah, Yerin. Tunggulah. " kata Jungkook terkedek - kedek membawa bakulnya yang penuh itu.

Stok untuk sebulan ke setahun dia ni beli ?

Barang-barang aku diletakkan diatas meja kaunter dan si cashier mula mengiranya.

" Semuanya 4300 won. " katanya sambil memandang aku.

Mata kami saling bertemu dan masing - masing terkedu.

" J-jimin ? " soalku.

--

Aku lihat Yerin terdiam ketika matanya bertaut dengan cashier  tersebut. Aku perasan, Yerin terdiam ketika itu.

Wajah lelaki cashier  itu aku amati.

Jimin. Dia Park Jimin.

Aku segera menghalang Yerin dari terus melihat Jimin.

" Biar aku bayar. " kata aku dengan nada tegas.

Jimin hanya terdiam dan mengangguk.

" 4300 won. " katanya.

Yerin menolak aku ke tepi.

" Nah. Terima kasih. Baki kau simpan. " Yerin terlebih dahulu membayar barang makanan yang dibelinya.

Siap suruh simpan baki lagi.

Yerin menapak keluar dari kedai itu. Jimin melihatnya dengan wajah sayu.

" Yerin. " namanya menutur di bibir Jimin membuatkan aku memberi pandangan tajam.

" Jangan cuba dekat lagi dengan dia, hyung. Hyung dah sakitkan dia. Ingat tu. " kata aku berbaur amaran.

Jimin menunduk, dia mula mengira semua barang yang dibeli oleh aku.

"6400 won" ujarnya. Aku membayar dengan harga yang tepat, terus saja aku beredar dari kedai tersebut.

Susuk tubuh Yerin yang sedang bersandar pada pintu kereta menangkap anak mataku.

Kaki aku segera berjalan ke arahnya.

" Kau okay ? " soal aku setibanya aku di sebelahnya.

" Okay je. " jawabnya ringkas.

--

tbc

Nah update sebelum raya.

SELAMAT HARI RAYA EVERIBADEH.

Ingat ya, ff ni slow update. Sis tgh cri idea lgi. Hehehehehe💕 thank you sebab support.

RaWrr


[su]ᴍɪsɪ ᴍᴇᴍɪᴋᴀᴛ sɪ ᴘᴇᴍʙᴜʟɪ [ᴘᴊᴍ]Where stories live. Discover now