Part 1

716 51 9
                                    

PUAN MIN merenung anak lelakinya yang sedang melamun jauh itu. Hati kecilnya, terdetik rasa hiba dan sakit melihat wajah anak kesayangan yang murung itu.

Sudah tiada lagi senyuman yang ikhlas terukir, wajah yang selalu ceria juga sudah hilang. Yang ada hanya wajah lesu, tidak bermaya dan duka yang terhias.

"Yoongi." panggil Puan Min dengan senyuman keibuannya. Bahu anaknya diusap lembut.

Yoongi tersenyum nipis sahaja dengan kepala didongak ke arah ibunya.

"Ya omma."

"Kenapa dia tak datang? Setiap kali kamu ke sini, mesti kamu datang sesorang. Bini kamu tu jarang betul boleh nampak batang hidung, dia tak ingat kat mertua dia ke?"

Senyuman yang agak terpaksa diukir, Yoongi memandang wajah tua ibunya dengan penuh kasih sayang.

"Mungkin dia sibuk, sebab tu dia.." ayat Yoongi dipintas oleh ibunya.

"Sibuk dengan jantan lain? Sibuk jadi GRO dan gigola kat klub malam." kata Puan Min sinis.

"Omma.."

"Kenapa? Kamu jangan nak bela sangat isteri munafik kamu tu, perangai macam setan. Mula-mula aje manis macam gula, lepas kahwin mula tunjuk belang dia tu. Dah tak ada manisnya, yang ada masin dan pahit aje."

Yoongi hanya mendiamkan diri sambil mendengarkan leteran serta nasihat dari ibunya itu. Ibunya betul, isteri dia memang munafik. Apa salah dia sampai diperlakukan seperti boneka oleh isterinya sendiri?

"Yoongi, omma rasa kan kamu.." Puan Min dengan sengaja menggantungkan ayatnya, sambil memandang wajah anaknya dengan perasaan serba salah.

"Apa?" soal Yoongi.

"Omma bukan nak galakkan kamu lakukan benda ni, tapi ini demi masa depan dan kebahagiaan kamu. Omma rasa kamu dengan Anna patut bercerai lebih baik daripada kamu makin derita dan sengsara."

Mendengarkan itu, buatkan Yoongi terkaku. Raut wajahnya berubah.

"Omma bukan apa, omma cuma tak sanggup tengok anak omma menderita aje. Omma.."

"Sudah omma. Yoongi faham apa yang omma cuba katakan. Cuma, Yoongi tak sanggup hidup tanpa dia omma. Yoongi sayang dia sangat-sangat omma." kata Yoongi dengan suara yang kendur. Air mata bergenangan.

Yoongi mencengkam seluarnya, kepala ditundukkan ke bawah. Esakkan kecil keluar dari mulut Yoongi.

Puan Min mengetap bibir, perasaan seorang ibu yang mana tidak tersentuh dengan kesedihan yang menimpa anaknya? Puan Min meraih Yoongi masuk ke dalam pelukannya. Ubun-ubun anaknya dicium sayang.

"Omma cuma boleh cakap, jikalau dia tak insaf dan kamu rasa yang kamu dah tak sanggup hidup berumah tangga dengan dia lagi. Ada baiknya kamu berdua berpisah dengan cara baik." Puan Min berjeda.

"Misalnya isteri kamu insaf dan kembali ke pangkuan kamu, perliharalah dia kepada yang lebih baik." wajah Yoongi ditekup, lalu pipi anaknya diusap perlahan. Satu kucupan hinggap di pipi Yoongi.

"Kamu ketua keluarga, kamu ada kuasa ke atas dia. Kamu kena tegas dalam sesuatu perkara, bukannya kita harus berlembut sentiasa dalam menegur. Nanti dia akan makin pijak kepala kita dan makin liar."

Yoongi diam sambil menyerap kata-kata nasihat daripada ibunya masuk ke dalam otak. Dahi kerepot ibunya, dia cium kejap.

"Terima kasih atas nasihat omma, Yoongi hargai." kata Yoongi lembut, dia tersenyum.

Puan Min turut tersenyum apabila melihat senyuman anaknya itu.

"Sama-sama sayang."

•••••

YOONGI yang baru sahaja pulang daripada rumah keluarganya, terus dibuat terpaku di muka pintu rumahnya.

Dia melihat dengan jelas apa yang berlaku di hadapannya. Isteri dia dengan lelaki asing sedang bersetubuh di ruang tamu.

Tangan digenggam kemas. Rahangnya bergerak, isterinya sudah melampaui batas.

"Min Anna!!"

Laungan Yoongi yang nyaring itu, mengejutkan kedua manusia yang sibuk dengan dunia mereka.

Anna dan lelaki asing itu menoleh ke arah Yoongi yang berdiri di muka pintu. Wajah lelaki itu merah seperti menahan amarah dan juga sedih.

Anna hanya merengus kasar dengan senyuman sinis. Manakala lelaki yang berada diatasnya sudah terkesima.

"Oh? Kau dah balik ke Yoongi? Menikmati pemandangan indah? Haha." kata Anna sinis dengan gelak paksa.

Dia mendorong tubuh telanjang lelaki yang menjadi mainannya itu. Anna mencapai pakaiannya lalu dipakai dengan selamba, dia perasan akan tatapan mata Yoongi yang tajam padanya namun dia hanya hiraukan sahaja.

"Kau melampau Min Anna." kata Yoongi mendatar sambil melangkah laju mendekati mereka berdua.

Lengan isterinya ditarik kasar, sehinggalah Anna berdiri di sebelahnya. Yoongi merenung lelaki asing itu.

"Kau bla sekarang! Sebelum aku belasah kau! Pergi tak guna!" jerkah Yoongi kepada lelaki itu.

"Tch! Baiklah." lelaki itu merengus kasar, dia mencapai pakaiannya lalu dia beredar begitu sahaja daripada rumah itu.

Anna menjeling Yoongi sejurus menepis tangan Yoongi yang sedang mencengkam lengannya itu. Dia memandang Yoongi dengan senyuman sinis, tangan disilang kedada.

"Panas hati? Kau memang.."

Pang!

Anna terdiam tatkala pipinya ditampar kuat oleh Yoongi sehingga membuat kepalanya berpaling ke kiri. Dia menyentuh pipinya yang berasa berbahang dan berdenyut itu.

"How dare you slap me?!"

Mata Anna menyerlung marah, lantas dia membalas kembali perbuatan Yoongi terhadapnya. Dia menampar pipi Yoongi dengan kuat sekali.

"I hate you bitch!" tubuh suaminya ditolak kasar lalu dia beredar ke biliknya, meninggalkan Yoongi yang terpaku di ruang tamu itu.

"But, I love you." bisik Yoongi perlahan.

Tidak terasa setitik air mata jatuh kepipi Yoongi. Dia menangis dalam diam.

******
Tbc.

Ups! Gambar ini tidak mengikuti Pedoman Konten kami. Untuk melanjutkan publikasi, hapuslah gambar ini atau unggah gambar lain.
Lagenda Isteri Durjana (M.Y.G FF) [C]√Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang