YOONGI mengetuk daun pintu pejabat doktor pakar puan yang berada dihadapannya. Suara sahutan daripada dalam bilik tersebut kedengaran.
"Masuk!"
Yoongi memulas tombol pintu sejurus melangkah masuk ke dalam bilik tersebut.
"Doktor Kim." sapa Yoongi sopan, dia tersenyum manis pada doktor lelaki yang menangani isterinya. Kim Seokjin.
"Oh, Encik Yoongi. Kebetulan pula saya baru nak pergi jumpa awak, tapi dah datang sini. Baguslah, saya ada benda nak beritahu awak. Sebelum tu duduklah dulu." kata Seokjin dengan senyuman ramah sambil mempelawa Yoongi untuk duduk.
Yoongi hanya menganggukkan kepala, lantas dia melabuhkan punggungnya di atas kerusi di hadapan Dr. Kim.
"Hmm, apa yang doktor nak beritahu saya? Apakah sesuatu yang penting?" soal Yoongi panasaran.
Wajah Seokjin berubah serius, dia berdeham sejenak sebelum membuka bicara. Dia memandang Yoongi.
"Saya ada dua kabar untuk awak, satu buruk dan satu lagi baik. Encik nak dengar yang mana satu dulu?"
Yoongi terdiam buat sejenak, dia memandang Seokjin dengan senyuman nipis.
"Berita baik dululah, saya belum sedia nak dengar yang satu lagi." kata Yoongi tenang, walha dalam hati tidak setenang dengan raut wajahnya kini.
"Sure, kalau itu yang awak pinta. Berita baik yang saya nak bagitau awak adalah petang karang isteri awak dah boleh balik." kata Seokjin.
Tersenyum Yoongi bila mendengarkan itu.
"Berita buruk pula apa dok?" Yoongi menyoal.
"Awak dah bersedia nak dengar?" soalan berbalas soalan.
Yoongi hela nafas panjang, dia memandang Seokjin dalam senyuman manisnya. Kepalanya diangguk perlahan.
"Sure doctor." Yakin Yoongi bersuara.
"Baiklah."
Seokjin membuka laci meja, sebuah fail berwarna merah dikeluarkan lalu fail tersebut dihulurkan pada Yoongi.
"Fail apa ni dok?" tanya Yoongi hairan, namun tangannya tetap menyambut huluran Seokjin.
"Itu rekod pesakit Choi Anna, isteri awak. Awak boleh buka dan baca apa yang terisi di dalam fail itu. Saya harap awak bertabah dengan apa yang awak akan baca nanti."
Yoongi memandang Seokjin buat seketika lalu dia beralih pandang pada fail yang ada di genggamannya. Dia telan liur yang entah terasa kesat dan kelat.
Perlahan-lahan Yoongi membuka fail rekod yang lengkap tentang kesihatan isterinya. Baris demi baris dia baca.
Degupan jantung Yoongi seolah berhenti daripada berdetak. Fail yang dia baca barusan, jatuh ke lantai. Dia memandang wajah Seokjin tajam dengan tubir mata bergenangan.
"Betul ke apa yang ada dalam rekod tu dok? Please, cakap pada saya apa yang saya baca tadi hanya rekaan doktor sahaja. Please doctor!" bentak Yoongi sambil menghentak meja kuat.
Seokjin mengusap dadanya kerana tersentak dengan bentakan Yoongi tersebut. Dia merenung wajah Yoongi yang berubah keruh dan sedih itu. Mungkin terkejut dengan apa yang dia baca barusan.
"Maaf Yoongi, itu bukanlah rekaan semata-mata. Saya tak ada masa untuk bermain, tambahan lagi sesuatu yang melibatkan pesakit saya. Saya serius. Apa yang awak baca dalam fail itu adalah benar."
"Tapi kenapa.." kepala Yoongi tertunduk, dia mencengkam kain seluarnya kuat. Menahan diri daripada menjadi lemah. Namun, dia tidak kuat untuk menahan, maka jatuhlah air mata lelakinya.
"Tenanglah. Mungkin ini dugaan untuk awak. Takdir awak. Awak kena terima walaupun benda ini menyakitkan diri awak. Saya tau awak boleh melewati semua ini. Awak kuat Yoongi."
Yoongi diam dalam tangisannya, dia tidak menolak bila dirinya di peluk oleh Seokjin.
*****
Tbc.
KAMU SEDANG MEMBACA
Lagenda Isteri Durjana (M.Y.G FF) [C]√
Fanfiction"Walaupun kau buat aku, macam diri ini tunggul kayu. Aku okey, asalkan kau bahagia. Tapi, aku juga manusia yang punya perasaan dan tahap sabar." Start : 21/5/19 End : 8/10/19 Status : Complete!