Part 22

384 34 7
                                    

MEREKA berdua duduk bersebelahan di atas sofa di ruang tamu dengan pandangan mata dijatuhkan ke kaca TV yang sedang menayangkan acara masakan.

Yoongi mengerling Anna disebelahnya, dia hela nafas sejenak lalu membuka suara.

"Apa yang kau nak bincangkan tu? Cakaplah." suara Yoongi menghancurkan keheningan yang melanda mereka berdua.

Anna menoleh ke arah Yoongi, lalu dia membetulkan posisi duduknya menghadap pada Yoongi. Wajah suaminya itu dipandang dalam-dalam.

"Baiklah. Tapi, sebelum tu kenapa muka kau pucat sangat? Kau sakit?" kata Anna sejurus menyentuh dahi Yoongi perlahan.

"Dahi kau panas, kau de.." Kata-kata Anna dipintas oleh Yoongi.

"Dah! Kau tak payah risau kan aku, cepat cakap apa yang kau nak bincangkan tu dengan aku." katanya datar. Malas basa-basi dengan benda yang tidak terlalu penting.

Anna merengus halus. "Fine! Actually, ni pasal kita berdua."

Kening Yoongi terangkat sebelah. Matanya dipakukan pada wajah Anna yang tampak serius itu.

"Kenapa dengan kita?" soal Yoongi hairan.

Anna tersenyum kecil lalu dia meraih tangan Yoongi yang berada diriba, tangan itu digenggamnya erat buatkan Yoongi terkedu sejenak dengan perbuatan Anna.

"Kita berdamai?"

Dahi Yoongi bertaut bingung, dia merenung Anna waspada.

"Berdamai? Maksud kau? Kita, kau dan aku?" Yoongi menyoal dengan raut wajah ketara bingungnya.

Anna memandang suaminya datar, entah mengapa petang ini otak Yoongi seperti bersemut sampai tidak dapat menangkap apa yang mahu Anna katakan padanya.

"Ya! Kau, aku dan juga baby kat dalam perut ni. Kita berdamai dan hidup bahagia macam pasangan suami isteri kat luar sana tu, boleh Min Yoongi." kata Anna sambil menatap tepat ke dalam anak mata Yoongi.

Yoongi berdeham perlahan, dia membalas pandangan mata Anna.

"Betul ke kau nak macam yang kau cakapkan tu? Kau tak cuba bermaksud lain kan? Aku tak nak berharap dan makan hati lagi." ucap Yoongi ragu-ragu berbaur sedikit sindiran.

Anna terdiam sejenak lalu dia ukirkan sebuah senyuman kecil. Kepala diangguk perlahan.

"Tak. Aku tak berniat jahat. Niat aku ni baik. Aku.. Aku sayang kau, Yoongi." kata Anna separuh berbisik.

Terkedu dan terkaku Yoongi dibuatnya tatkala mendengarkan itu. Matanya membulat, memandang wajah Anna seakan tidak percaya dengan apa yang dia dengar barusan.

"Kau..?"

"If you want to know, aku sebenarnya dah lama sukakan kau. Tapi perasaan ni selalu aku tepiskan, sebab sebuah alasan."

"Tapi macam mana?"

Anna tersenyum.

"Macam mana seorang perempuan boleh tahan dan tak cair kalau diberikan layanan yang penuh kasih sayang dan perhatian yang amat mendalam?

Siapa aje yang tahan kena layan macam tu? Siapa Yoongi? Layanan kau dan Hoseok bagi pada aku, amat berlainan. Walaupun aku rasa cara layanan korang sama aje, penuh dengan kasih sayang."

"Aku.."

Anna memintas Yoongi yang mahu bersuara.

"Kau tau, aku dan Hoseok sudah putus? Dan juga permainan yang dia dan kakak dia cipta akan dihentikan, kau tau sebab apa?"

Kepala Yoongi tergeleng-geleng kecil. Anna tersenyum sinis.

"Sebab kaulah."

Mulut Yoongi melopong. "Aku?"

"Yalah, kau! Sebab dia rasa bersalah pada kau, dia nak tebus kesalahan dengan cara hentikan permainan ni dan pergi dari sini."

Mulut Yoongi terkunci rapat setelah mendengar penjelasan singkat daripada isterinya. Dia tidak sangka yang Hoseok akan berbuat sampai macam itu, dia fikir apa yang Hoseok katakan padanya tengah hari tadi hanya bermain-main.

"Anna, aku.." Yoongi tidak sempat bersuara apabila Anna meletak jari telunjuknya pada atas bibirnya.

"Enough. Kau tak payah nak rasa bersalah. Hoseok dah beritau semuanya pada aku tadi. Kau tak salah, tapi kami yang salah disini. Aku.. Aku nak minta maaf sebab dah sakitkan hati kau selama ini. Tolong maafkan aku, Yoongi."

Anna mengatakan itu dengan penuh ikhlas yang berasal dari hatinya paling dalam.

Tiba-tiba gelak Yoongi bergema di segenap ruangan tamu itu. Anna mendongakkan kepala memandang ke arah Yoongi hairan.

"Maaf? Apakah perkataan maaf kau tu boleh cantumkan kembali hati aku yang kau hancurkan sampai menjadi serpihan kaca? Bolehkah?" Yoongi tergelak kecil, dengan tubir matanya yang berair.

"Yoongi.."

"Betul ke kau cintakan aku?" soal Yoongi tiba-tiba, wajah lelaki itu berubah serius.

Anna terkedu seketika, akan tetapi kepalanya dianggukkan juga tanpa ada rasa ragu-ragu.

"Ya Yoongi, aku cintakan kau. Kalau aku tak cintakan kau, mana mungkin janin ni ada dalam perut aku? Bahkan ini anak kau, aku jamin itu."

Melihat respon Yoongi yang hanya membisukan diri, buatkan Anna gelisah tanpa sebab. Tangan Yoongi yang berada digenggamnya itu dikecup sekilas.

"Yoongi? Kenapa kau diam? Hmm, Yoongi boleh aku tanya satu soalan?"

Yoongi hanya mengerlingkan matanya, Anna mengeluh perlahan.

"Kau masih cintakan aku?"

Mendengarkan soalan yang agak sensitif daripada Anna tersebut buatkan Yoongi memandang Anna tepat ke anak mata gadis itu.

"Kalau aku dah tak cintakan kau, sudah lama aku lepaskan kau dan pergi dari hidup kau. If I stay here with you, cause I still love you. Cinta tak perlu diucap dengan kata-kata, melainkan dengan perbuatan yang tulus dan penuh kasih sayang yang mendalam.

Kau tak payah ragu-ragu akan perasaan aku terhadap kau. Kalau aku dah tak cintakan kau, buat apa aku bertahan selama ini dengan perangai kau tu. Hari-hari makan ulam jantung dan hati, memang dah jadi makanan favort harian aku kan?"

Yoongi akhiri ucapannya dengan senyuman hambar.

Mendengar luahan hati Yoongi tersebut buatkan Anna terkedu. Dia seakan dijatuhkan dari atas jurang yang tinggi sahaja. Kata-kata Yoongi barusan menghentam dirinya begitu dalam.

"Aku cintakan kau, tapi aku sudah terlanjur sakit hati dan kecewa dengan kau. Perasaan ini juga seakan hampir pudar untuk kau."

Usai sahaja berkata begitu, Yoongi tersenyum sekilas lantas dia berlalu pergi meninggalkan Anna yang terkesima di ruang tamu.

Setitik air mata Anna jatuh ke pipi, dia menunduk sambil meluapkan perasaannya. Dia menangis semahu-mahunya. Tangisan yang penuh dengan penyesalan dan bersalah.

******
Tbc. Feel ke x feel?👌😂

 Feel ke x feel?👌😂

Ups! Gambar ini tidak mengikuti Pedoman Konten kami. Untuk melanjutkan publikasi, hapuslah gambar ini atau unggah gambar lain.
Lagenda Isteri Durjana (M.Y.G FF) [C]√Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang