ANNA tersenyum bahagia bila melihat Yoongi sedang bermain dengan Yoonna. Comel saja dia tengok dua beranak itu.
"Abang."
Yoongi mengerling Anna sekilas.
"Ya?"
"Abang tak rasa ke yang muka Yoonna ni sebijik macam abang?" soal Anna tiba-tiba. Dia tersenyum bila Yoongi memandangnya dengan senyuman manis.
"Mestilah, dah Yoonna anak abang. Susah payah abang buat dia tau." kata Yoongi selamba, dia ketawa bila lengannya dicubit Anna.
"Hei! Dia pun anak saya okey?" Anna buat muka pura-pura marah.
"Hehe. Yelah, anak kita berdua. Anak sayang, abang dan kita. Puas?" kata Yoongi dengan mulut dimanyunkan kebawah. Anna tersenyum dalam gelaknya tatkala melihat gelagat suaminya itu. Comel aje, macam nak cubit pula.
"Ha'ah puas sangat." bidas Anna selamba dengan suara dileretkan.
Yoongi merengus halus seraya menjeling manja. Pipi kemerahan anaknya dicium bertalu-talu, dia tersenyum geram bila Yoonna memandang kearahnya dengan tatapan polos.
"Aww.. Yoonna please jangan pandang papa macam tu, kamu buat papa makim jatuh cinta tau. Muah!" bibir mungil Yoonna dikucup sayang, buatkan si kecil itu tergelak.
Anna hanya memandang mereka berdua dengan senyuman manis.
"Yoonna aje ke yang dapat ciuman itu, saya tak ada?" sampuk Anna dengan suara dibuat-buat merajuk.
Yoongi mengerling Anna sebelum sebuah senyuman nakal bermain dibibirnya.
"Kalau sayang, abang bagi malam ni tau? Yang istimewa dan panas punya." kata Yoongi nakal. Sebelah matanya dikenyit pada Anna.
Anna melempar bantal kecil pada Yoongi yang sudah gelak terbahak-bahak. Wajahnya berona merah padam.
"Gatal!"
•••••
TANGAN Yoongi bermain dengan anak rambut Anna, dia mengerling Anna yang sedang menonton televisyen dengan kepala direbah pada pangkuan Yoongi.
"Yoonna dah tido ke sayang?" soal Yoongi memecahkan keheningan malam, di antara mereka berdua.
Anna mendongak memandang suaminya, dia tersenyum dalam anggukkan kepala.
"Dah tadi. Lena betul dia tido." jawab Anna. Yoongi menganggukkan kepalanya.
Lalu keadaan sepi kembali menyelimuti mereka, hanya suara televisyen sahaja yang kedengaran.
Anna memejam matanya rapat lalu di buka semula. Dia merenung kaca TV dengan tatapan kosong.
"Abang, jikalau saya tiada di sisi abang nanti. Saya harap abang dapat jaga anak kita dengan baik. Saya juga harap abang dapat cari penganti yang jauh lebih baik daripada saya ni. Saya izinkan. If saya tak ada nanti, saya harap abang dapat cari kebahagiaan untuk anak kita dan untuk abang juga. Please."
Mulut Yoongi terkunci rapat dengan apa yang dia dengar barusan. Namun dia hanya diam sambil menunggu Anna melanjutkan apa yang hendak dia luahkan.
"Abang, tolong maafkan semua kesalahan saya selama ini. Tolong maafkan saya. Saya dah sakitkan hati dan perasaan abang begitu dalam, buka sekali tapi berkali-kali. Saya memang isteri yang zalim. Jahat dan kejam. Saya memang tak pantas untuk abang, abang terlalu baik untuk saya. Tapi apa yang saya balas?
Saya hanya balas dengan kejahatan pada abang. Kesalahan saya memang tak dapat di maafkan. Saya minta maaf sebab tak dapat jadi isteri seperti mana isteri-isteri kat luar sana. Saya tak sempurna dan kotor."
Yoongi menunduk untuk melihat wajah isterinya. Dia diam, tidak sedikit pun memberi respon. Dia tahu, mungkin ini lah waktunya.
"Abang, saya sayang dan cintakan abang. Abang, tolong halalkan makan minum saya selama ini ya? Saya harap awak bahagia tanpa saya di sisi." Anna tersenyum simpul. Air matanya jatuh membasahi pipi.
Dia mengerdipkan kelopak mata bila pemandangan matanya mula mengelap dan hampir tertutup rapat. Pernafasannya turut menjadi tidak teratur.
"Abang, I love you so much. Please, cakap yang abang juga sayangkan saya. Saya nak sangat dengar." pinta Anna dengan mata hampir terkatup.
"Saya sayang awak, sayang. Sayang sangat sampai tak terhitung nilai sayang saya buat awak Anna." bisik Yoongi perlahan.
Anna tersenyum manis. "Thanks abang cause you love me. I'm happy. Thanks for everything."
"Sayang Min Yoongi." bisik Anna sebelum matanya terkatup rapat, dengan hembusan nafas buat kali terakhir di pangkuan Yoongi.
Mata Yoongi terpejam rapat, bibirnya bergetar dengan kedua belah pipinya basah kuyup oleh air mata.
"Anna. Min Anna."
Tubuh kaku isterinya dipeluk erat. Tangisan Yoongi bergema di segenap ruangan tamu.
"Anna. Saya harap kita dapat jumpa di alam sana nanti. Semua kesalahan awak, saya maafkan. Saya sayang awak sangat sayang. Terima kasih sebab hadir di kehidupan saya. Saya gembira, walaupun hanya sekejap."
Dahi Anna dikucup lama, air matanya jatuh mengenai dahi Anna. Dia memandang wajah Anna buat kali terakhir. Dia tersenyum nipis.
"Selamat tinggal sayang."
*****
Tbc. Feel it? Cukup sedih x? 😅
KAMU SEDANG MEMBACA
Lagenda Isteri Durjana (M.Y.G FF) [C]√
Fanfiction"Walaupun kau buat aku, macam diri ini tunggul kayu. Aku okey, asalkan kau bahagia. Tapi, aku juga manusia yang punya perasaan dan tahap sabar." Start : 21/5/19 End : 8/10/19 Status : Complete!