Part 5

476 42 1
                                    

MATA ditenyeh perlahan, segenap ruangan bilik dia pandang sejenak. Mulut yang menguap lebar, ditutup dengan menggunakan tangan.

Yoongi bingkas bangun daripada pembaringannya. Dia dengan lekas turun daripada katil. Jam dinding, dia kerling sekilas. Sudah masuk pukul tujuh pagi.

"Aku kena buat sarapan pagi." gumam Yoongi perlahan. Bilik air dituju, sekadar untuk membersihkan dirinya.

Beberapa minit kemudian..

Selesai sahaja membersihkan diri, Yoongi berlalu keluar bilik untuk menuju ke dapur.

Setibanya dia di dapur, Yoongi membuka pintu peti. Yoongi terdiam buat seketika.

"Buat nasi goreng kimchi dengan telur gulung ajelah. Simple." bisik Yoongi pada dirinya sendiri.

Bahan-bahan untuk memasak, dia letak diatas meja. Baru sahaja Yoongi mahu berpaling, dia terpandang sekujur tubuh yang sedang berdiri di muka pintu dapur.

Yoongi terkesima tatkala mendapati Anna sedang berdiri di sana sambil memandang ke arahnya dengan senyuman yang sukar untuk Yoongi mengerti. Namun, entah mengapa perasaannya mula gelisah.

"Kenapa kau tengok aku macam tu? Tak sangka orang macam aku ni boleh bangun pagi?" kata Anna selamba berbaur sindiran.

Yoongi tidak menyahut kata-kata Anna, dia hanya diam sambil memandang Anna yang sudah mengambil langkah mendekatinya.

"Kau tak payah buat sarapan untuk pagi ni, sebab aku tak nak makan." kata Anna datar, tanpa memikirkan perasaan Yoongi yang mendengarnya.

Hati kecil Yoongi sedikit terasa dengan apa yang dikatakan oleh isterinya itu.

"Tapi kenapa?" soal Yoongi, mencuba untuk berlembut.

"Aku tak nak makan, kau tak faham ke?" Anna berkata kasar.

"Fine. Habistu kau nak makan apa?" Yoongi menyoal lagi, masih belum berputus asa.

Senyuman sinis terukir dibibir Anna. Tangannya menyentuh pipi Yoongi, pipi itu dia belai lembut. Yoongi terdiam kerana terkejut dengan perbuatan perempuan itu.

"Aku nak makan kau."

Sekali lagi kata-kata Anna mampu membuat Yoongi terkedu. Mata lelaki itu merenung Anna dengan pandangan mata yang tidak percaya.

"Jangan mengarut boleh tak, pagi-pagi ni? Aku tanya betul-betul kan?" kata Yoongi yang masih menggunakan nada suara lembut. Walaupun dalam hatinya sudah segudang amarah yang dia cuba tahan.

"Aku cakap benda yang betul okey? Aku tak bergurau dan aku serius." ujar Anna sambil mengusap pipi Yoongi, lalu tangannya diletakkan ke belakang kepala Yoongi.

"Kau mema.." ayat Yoongi terputus begitu sahaja. Dia terkedu apabila Anna menarik kepalanya, sehinggalah bibir mereka bertaut sempurna.

"Aku nak pagi ni kau yang jadi sarapan pagi aku, boleh Min Yoongi?"

Melihat Yoongi yang hanya mendiamkan diri, buatkan Anna merengus kesal. Bibir suaminya dicium kasar, lalu ciuman itu turun ke leher Yoongi.

Yoongi memejamkan matanya, bibirnya dikemam kemas. Kedua tangannya tergenggam erat.

"Berhenti.."

Namun Anna hanya menulikan telinganya, dia masih melanjutkan perbuatannya itu. Butang baju kemeja yang dikenakan Yoongi itu, dibuka satu persatu.

"Stop it Anna.." sudut bibir Yoongi bergetar. Amarahnya sudah sampai batas kesabarannya.

Baju kemeja yang Yoongi kenakan pada pagi itu, berjaya di buka oleh Anna. Satu belaian ghairah diberikan ke atas dada Yoongi yang sudah terdedah itu. Belum sempat dia bertindak jauh, tangannya direntap kasar oleh Yoongi.

"I say stop it Min Anna!!" Yoongi membentak kasar. Tubuh Anna ditolak kasar, sehingga perempuan itu terbelakang beberapa langkah.

Bahu Anna terangkat selepas mendengar bentakkan daripada Yoongi sebentar tadi. Dia memandang wajah suaminya yang sudah basah dengan air mata.

"Kau menangis Min Yoongi?" kata Anna sinis.

"Kau nampak seperti perempuan murahan bila berkelakuan macam tadi. Memang murahan sungguh kau, Min Anna."

Mendatar sahaja suara Yoongi bila mengatakan itu. Pipinya yang sempat basah oleh air mata itu, dia kesat perlahan. Dia sunggingkan senyuman sinis, apabila melihat perubahan di raut wajah isterinya.

Satu tamparan hinggap di pipi Yoongi. Anna merenung Yoongi tajam dengan nafas yang tidak menentu.

"Tak guna kau, Min Yoongi!"

******
Tbc.

******Tbc

Ups! Gambar ini tidak mengikuti Pedoman Konten kami. Untuk melanjutkan publikasi, hapuslah gambar ini atau unggah gambar lain.
Lagenda Isteri Durjana (M.Y.G FF) [C]√Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang