Part 41

408 36 0
                                    

TAEHYUNG tersenyum lega bila terpandang kelopak mata Yoongi terbuka.

"Baguslah hyung dah sedar."

Yoongi mengerling Taehyung sekilas seraya mendudukkan dirinya dan bersandar pada kepala katil.

"Dah berapa lama aku pengsan?" soal Yoongi dengan suara serak basah. Kepalanya yang terasa pusing diurut perlahan.

"Hyung demam, dah dua hari hyung pengsan tau." jawab Taehyung selamba.

Kepala Yoongi terangguk perlahan.

"Yoonna mana?"

"Ada aje kat bawah, dia tengah main dengan atok dan nenek dia. Kenapa?"

"Tak ada apa lah. Habistu kau buat apa kat sini?"

Bebola mata Taehyung terguling ke atas.

"Aku datang sini nak jenguk kau lah hyung, kau ingat aku datang sini saja-saja ke? Tak ada maknanya, lain lah kau ada adik pompuan hyung boleh aku masuk line. Mana tau boleh jadi ipar. Hehe."

Taehyung tersengih bila mendapat jelingan maut daripada Yoongi.

"Tak kuasa aku ada adik ipar macam kau. Perangai macam alien 4D aje. Kalau aku ada adik pompuan pon, aku tak izinkan dia kahwin dengan kau lah."

Yoongi simpan gelak yang mahu terhambur tatkala melihat wajah Taehyung yang cemberut plus masam mencuka.

"Tak guna kau hyung! Jahat." muncung panjang jadinya mulut Taehyung.

Disebabkan tidak tahan, maka terhamburlah gelak Yoongi yang ditahan sedari tadi. Wajah Taehyung makin cemberut bila di tertawai Yoongi, tidak lama kemudian dia turut ketawa.

•••••

YOONGI tersedar daripada lamunan bila suara ibunya menyapa masuk ke dalam gegendang telinganya. Pandangan matanya terkalih pada Puan Min. Seulas senyum kecil ditarik untuk ibunya.

"Ya, omma?"

Puan Min melabuh duduk di sebelah Yoongi yang sedang menikmati suasana pada malam hari.

"Tak ada apa. Kamu tu lah, jauh betul menungnya. Kamu tu belum baik dari demam lagi. Tak elok tau kena angin malam." nasihat Puan Min pada anak lelakinya.

Yoongi tersenyum sahaja. "Biarlah. Lagipun, berkurung dalam bilik sahaja bosan juga tau."

"Yelah. Betul kat kamu aje. Okey." sarkas Puan Mim berkata dengan bebola matanya dijulingkan ke atas.

Tergelak kecil Yoongi dibuatnya dengan gelagat Puan Min.

"Hmm. Yoonna dah tido ke omma?" soal Yoongi.

"Dah. Malam ni dia tido dengan nenek Choi dia tu." jawab Puan Min.

Yoongi sekadar menganggukkan kepala.

"Omma."

"Ya sayang?" sahut Puan Min sambil memandang wajah pucat anaknya.

"Omma.. Yoongi sayang omma."

Terlakar senyuman manis dibibir Puan Min.

"Ya sayang, omma pun sayang kamu. Kami semua sayang kamu tau." kata Puan Min.

"Ya. Yoongi tau."

Yoongi melabuhkan pandangan mata pada dada langit malam. Rambutnya yang dulunya lebat kini menipis kerana kesihatannya yang makin menurun, bergerak-gerak rambutnya mengikut arah angin.

"Omma, misalnya nanti Yoongi pergi dari muka bumi ni. Yoongi minta sangat pada omma, tolong jaga dan didik Yoonna untuk Yoongi ya omma." bisikan Yoongi seakan mengalun di bawa angin.

Namun, Puan Min tidaklah pekak untuk mendengar bisikan lirih yang keluar dari mulut anak lelakinya itu. Entah mengapa perasaan mendadak menjadi tidak tenang. Banyak kemungkinan yang bermain difikirannya, akan tetapi cepat-cepat dia tepis sebelum fikirannya melalutkan perkara yang bukan-bukan.

"Sayang please, jangan cakap macam kamu pula yang mahu pergi daripada kami selepas mendiang Anna. Omma tak suka Yoongi cakap macam tu walaupun omma tau ajal, maut dan pertemuan di tangan Tuhan."

Hembusan nafas panjang keluar dari mulut Yoongi. Namun tidak pula dia menyahut kata-kata ibunya, dia diam dengan pelbagai perkara bermain di fikirannya.

"Maafkan Yoongi." lemah sahaja suara Yoongi berkata.

Puan Min membelai rambut Yoongi, dia meringis dalam hati bila melihat rambut Yoongi melekat di celah-celah jari jemarinya.

"Yoongi tak ada salah apa-apa pun dengan omma, jadi tak perlu rasa bersalah. Dahlah, jom masuk ke dalam rumah. Angin dah makin sejuk ni, malam pun dah pekat. Jom sayang."

"Baiklah omma."

*****
Tbc.

Lagenda Isteri Durjana (M.Y.G FF) [C]√Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang