Part 30

358 38 0
                                    

MATA Yoongi merenung Anna yang sedari tadi tersenyum-senyum sambil tangan berbalas mesej entah dengan siapa. Yoongi merengus halus, tercuit pula rasa cemburu dihatinya.

"Sayang ni dah kenapa? Dari tadi tersenyum-senyum macam kerbau busuk, mesej dengan siapa huh?" tegur Yoongi dengan nada suara tidak berpuas hati. Yoongi menjengukkan kepalanya.

Anna melarikan telefonnya dari dicuri pandang oleh Yoongi. Segera dia masukkan telefon bimbit ke dalam poket skirtnya.

Yoongi hanya memandang, bibirnya menjuih ke bawah.

"Hei kenapa ni? Monyok aje muka, saya ada buat salah ke?" kata Anna sambil mencuit dagu suaminya.

Yoongi merenung Anna dalam rengusan halusnya. "Siapa dia?"

Kening Anna bertaut hairan. "Maksud abang?"

Soalan berbalas soalan.

"Orang yang buat sayang tersenyum bagai tu, siapa dia?" kata Yoongi mendatar.

Anna simpan senyum, alahai bunyi suara macam cemburu saja? Cemburukah?

"Oh! Saya mesej dengan kawan saya aje. Tanya khabar, dah lama kitorang tak jumpa." jawab Anna selamba.

Yoongi masih tidak berpuas hati lagi dengan jawapan yang Anna berikan.

"Laki ke pompuan?" soal Yoongi.

"Pompuan, kenapa?"

"Oh. Nothing." 

Anna gelak dalam hati, bila melihat wajah ketat Yoongi berubah tenang. Sudah tidak setegang tadi. Tahulah dia yang suaminya itu tengah cemburu.

"Hmm. Abang, saya ada ajak kawan saya datang malam ni. Makan malam bersama, boleh tak abang?" kata Anna, dia mengerling Yoongi yang seperti tengah berfikir.

"Okey, tapi ramai ke kawan sayang tu?" Yoongi bertanya.

"Dua orang aje, dia datang dengan boyfriend dia. Saya bukannya ada kawan sangat. Tu pun dua orang aje, Hoseok dan Aera."

"Oh, Aera ke nama dia? Cantik tak orangnya?" kata Yoongi selamba. Sengaja mahu menduga.

Mata Anna mengerling tajam pada Yoongi, hatinya terdetik rasa cemburu bila mendengarkan itu.

"Apa? Abang tanya ajelah. Kenapa sayang buat muka macam tu? Ingat cantik."

Anna ketap bibirnya.

"Cepatlah sayang, sayang tak jawab lagi soalan abang ni. Cantik tak orang nama Aera tu?"

Pandangan mata Anna makin tajam. Panas pula telinganya.

"Perlu ke?"

"Perlu ke? Perlulah sayang oit!"

"Dia huduh!" jawab Anna geram.

Kening Yoongi terangkat tinggi. Dia simpan senyum bila melihat wajah cemberut Anna.

"Apa? Abang tak dengarlah sayang, comel ke?"

"Abang!!" Anna menjerit marah. Matanya masih menyerlung marah pada Yoongi yang sudah meletuskan gelak.

"Okey, okey. Abang gurau ajelah. Sayang cemburu eh?" kata Yoongi dalam gelak tawanya. Kening dijongket beberapa kali dengan senyuman menggodanya.

Merah padam jadinya wajah Anna bila tertangkap basah oleh Yoongi. Dia mengembungkan pipinya sebal.

"Ya! Saya cemburu, kenapa tak puas hati?" garang Anna membalas. Tubuh dipusingkan membelakangi Yoongi. Merajuk.

Gelak Yoongi reda seketika. Alahai merajuk pula dia.

"Hei sayang, merajuk ke?" panggil Yoongi sambil mencuit-cuit bahu Anna.

"Oit sayang, abang gurau ajelah. Alahai sayang ni, cemburu ya? Meh sini abang pujuk."

Terus tubuh isterinya diangkat lalu di dudukkan ke atas ribanya, lantas tubuh yang agak berisi Anna dipeluk sayang.

"Abang sayang, sayang sangat-sangat. Tak kiralah sayang huduh ke buruk ke comel ke, abang hanya sayang awak aje. Kalau datang yang lagi comel dari sayang ke, hati abang hanya setia pada satu nama aje."

"Siapa?" soal Anna seakan berbisik.

Yoongi semakin memperketatkan pelukannya pada Anna, wajahnya dibenamkan pada bahu Anna.

"Min Anna." bisik Yoongi perlahan dicuping telinganya.

Anna simpan senyum, sedikit mengeliat kegelian bila Yoongi mencium lehernya.

"Saya pun sayang abang." kata Anna perlahan.

"Apa sayang? Abang tak dengarlah, boleh ulang?" Yoongi tersengih bila mendapat jelingan maut isterinya.

"Tak ada apa." balas Anna acuh.

"Alah sayang, bolehlah." rengek Yoongi.

"Saya tak sayang awak." kata Anna selamba. Sengaja.

"Wah! Terima kasih sayang sebab sayangkan abang, abang pun tak sayang awak sayang."

Gelak Yoongi kembali terdengar bila mendapati Anna sudah menarik muka seposen. Tidak puas hati lagaknya.

"Sengajakan?" bidas Anna geram.

"Apa? Sayang pun sengajakan?" Yoongi tersenyum nakal seraya kening dijongket tinggi. Balas dendam.

"Malas layan abang."

"Tak nak layan sudah, biar abang suruh siapa nama tu Aera? Hah Aera, biar abang minta dia layan abang." kata Yoongi dengan nada suara mengusik.

"Abang!" jerit Anna lantang, geram. Yoongi memejam matanya sambil menutup kedua belah telinganya, dia tergelak kecil.

******
Tbc.

Lagenda Isteri Durjana (M.Y.G FF) [C]√Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang