KELOPAK mata Yoongi terbuka perlahan, dia memandang ke sekeliling. Dia masih diruang tamu.
"Ugh, sakitnya." Yoongi bangun dan bersila. Kepalanya dipegang seraya diurut perlahan.
Anak matanya mengerling ke arah jam dinding. Angka sudah menunjukkan pukul 12.30 tengah hari. Sudah dua jam lebih dia pengsan.
Pandangan Yoongi jatuh pada tumpukan baju yang masih tersisa tidak terlipat. Separuh daripada baju tersebut, sudah terkena darah. Dengan laju Yoongi memungut baju yang sudah tercemar oleh darahnya, lantas dia bergegas ke dapur.
Mesin basuh ditujunya, baju yang kotor tersebut di masukkan ke dalam mesin basuh automatik itu. Yoongi mengerling baju t-shirtnya yang turut terkena darah, lantas dia membuka bajunya lalu di masukkan ke dalam mesin basuh.
Selesai sahaja satu kerja, dia beralih ke sinki. Besen diambil lalu diisikan air bersih ke dalamnya, sehelai tuala kecil yang bersih di capai. Lalu dia beredar menuju ke ruang tamu semula.
Karpet biru yang turut terkena imbasnya, di bersihnya dengan kain basah sehingga tompokan darah yang melekat pada karpet tersebut hilang.
Dia tersenyum kecil seraya helaan nafas terlepas dari mulut Yoongi. Dia mengemas apa yang patut sehingga kemas. Baju yang separuh sudah dilipat kemas itu, di ambil lalu dibawanya ke bilik.
Setelah selesai semua kerjanya, Yoongi mengambil keputusan untuk membersihkan diri.
•••••
PINTU rumah di buka kasar dari luar, buatkan Yoongi yang sedang menikmati mi goreng sambil menonton movie terkaget. Dia memandang ke arah pintu rumah, sedetik kemudian wajah isterinya terjengul.
Wanita muda itu menerpa ke arahnya dengan langkah laju, lantas tubuh Yoongi didakap erat oleh Anna.
"Anna kena.."
"Abang okey? Tak ada apa-apa yang terjadi kan semasa saya keluar?" soal Anna tanpa sempat Yoongi habiskan ayatnya.
Wajah Yoongi berkerut hairan. Namun dia tersenyum nipis bila mendapat tangkap apa yang mahu disampaikan oleh Anna. Dia membalas pelukan isterinya. Ubun-ubun Anna dikucup perlahan.
"I'm okay dear, don't worry. Everything is okay." bisik Yoongi lirih, sedikit menafikan apa yang terjadi padanya.
Anna mendongakkan kepala memandang wajah Yoongi.
"Betul ni? Awak tak tipu saya kan? Awak tau tak hati saya ni sedari pagi tadi tak sedap selepas keluar rumah." luah Anna dengan wajah muram.
Yoongi meleraikan pelukan mereka, dia memandang anak mata Anna dalam-dalam. Seulas senyuman manis diberikan pada isterinya. Kedua pipi Anna dibelainya perlahan, tidak lama satu kucupan hangat hinggap di kedua belah pipi Anna.
Wajah Anna berbahang dek perlakuan manis Yoongi tersebut.
"Abang okey, jangan risau. Tapi yang buat abang risau adalah diri sayang ni, awak kata yang awak keluar sebentar aje. Tapi, berjam-jam awak keluar. Apa meeting sampai berjam-jam? Kesian kat abang kena makan sesorang kat rumah."
Anna tergelak kecil apabila melihat wajah cemberut Yoongi, mulut Yoongi yang termuncung sedepa itu dikucup sekilas membuatkan Yoongi terkaget dengan wajah berona merah.
"Hei!" Yoongi mencubit pipi Anna geram. Tidak lama kemudian gelak mereka berdua bersatu, memenuhi ruang tamu tersebut.
"Sorry tau. Tadi ada hal, tu yang balik lambat sikit. Maaf mungkir janji, lain kali saya tak buat dah." Anna tersenyum bersalah pada Yoongi.
"Tak apa. Kerja memang macam tu, macam-macam hal kena buat. It's okay, I'm fine don't worry. Abang tak ambil hati pun. " kata Yoongi lembut. Rambut isterinya dibelai perlahan, dia tersenyum.
"Thanks abang. Hmm, abang makan apa? Mi goreng? Abang baru makan tengah hari ke?" kata Anna. Matanya mengerling mi goreng yang masih tersisa di atas meja.
Yoongi menganggukkan kepalanya.
"Ha'ah. Kenapa, sayang belum makan ke? Kalau belum, mi goreng ada lagi kat dalam kuali. Nak abang ambilkan?"
Anna hanya tersenyum sahaja. "Tak apa, biar saya am.."
"Biar abang ambilkan, sayang tunggu sini." Yoongi bingkas bangun lalu menuju ke dapur.
Anna memandang suaminya dengan hela nafas. Entah mengapa hatinya berasa gelisah, tambahan lagi saat dia mendapati wajah Yoongi yang pucat semacam. Apakah suaminya sakit? Tapi sakit apa?
"Mungkin dia tak enak badan." bisik Anna. Mahu menenangkan hatinya yang gelisah itu.
******
Tbc.
KAMU SEDANG MEMBACA
Lagenda Isteri Durjana (M.Y.G FF) [C]√
Fanfiction"Walaupun kau buat aku, macam diri ini tunggul kayu. Aku okey, asalkan kau bahagia. Tapi, aku juga manusia yang punya perasaan dan tahap sabar." Start : 21/5/19 End : 8/10/19 Status : Complete!