YOONGI merenung pantulan wajahnya di permukaan cermin solek, pucat dan lesu sahaja wajahnya.
Helaan nafas terlepas dari mulut Yoongi, sekeping kertas yang berada di atas meja solek itu dia capai.
Anak mata Yoongi bergerak ke kiri dan ke kanan membaca rangkaian kata yang terukir dipermukaan dada kertas tersebut. Kertas yang dia terima daripada Hoseok.
Dare.
Dendam.
Rahsia.Di antara aku dan Anna, yang mana satu kau pilih nak tau? Atau kedua-duanya?
"Apa maksud dia? Adakah ini permulaan dari rancangan mereka berdua? Aku harus cari tau, walaupun aku tau resiko dia amat menyakitkan tapi aku tak kisah. Asalkan aku tau macam mana kisah akhir permainan yang diorang cipta sendiri ini." bisik Yoongi perlahan.
Kertas tersebut di simpan kedalam laci meja. Yoongi mendudukkan dirinya di kerusi, dia meletak kedua tangannya ke atas meja lalu wajah ditongkat dengan menggunakan tangan kanan. Dia pandang kosong pada pantulan wajahnya di permukaan cermin solek. Terasa hambar sahaja.
"Yoongi.."
Yoongi tersentak lalu berpaling ke arah suara yang memanggilnya. Dia mengubah posisi duduknya menjadi tegak.
"Apa kau nak?" soal Yoongi datar. Dia bingkas berdiri, wajah isterinya dia pandang malas.
Anna merengus halus seraya tersenyum sumbing. Dia melangkah mendekati Yoongi, senyumannya makin melebar.
Gelisah pula hati Yoongi apabila melihat senyuman isterinya yang terasa aneh itu. Ingin bertanya, namun kerana ego dia acuhkan sahaja.
"Tak ada, aku cuma nak tido sini malam ni boleh?" Anna berterus terang, memang itulah kedatangannya ke bilik Yoongi.
Mata Yoongi membulat, dia memandang Anna daripada hujung rambut hingga hujung kaki. Waswas pula rasanya.
"Janganlah tengok aku macam tu, aku taulah aku cantik. Tapi aku memang nak tido sini, tak ada niat nak berolahraga okey." kata Anna datar, seolah boleh membaca apa yang ada difikiran lelaki dihadapannya itu.
Yoongi tersenyum masam. "Mana tau kan? Otak kau kan memang jenis blue."
Anna menggulingkan bebola matanya ke atas, malas mahu melayan perlian daripada Yoongi jikalau memang pada akhirnya dia juga yang kalah.
"Terserah kau lah. Aku tetap nak tido sini." kata Anna selamba sambil menerpa ke arah katil bersaiz king itu, lantas dia terus merebahkan tubuhnya di atas katil tersebut.
Yoongi hanya diam sambil memandang Anna yang sedang berguling-guling di atas katilnya. Ingin marah, namun hanya percuma sahaja.
"Kau nak pergi mana?" Anna berhenti daripada berguling, dia memandang Yoongi yang berjalan ke arah pintu bilik dengan wajah hairan.
Yoongi berpaling, lalu dia berkata.
"Kau nak tido sini kan? So, biar aku tido kat luar aje." kata Yoongi selamba.
Wajah Anna berubah kesal.
"Min Yoongi!" panggil Anna keras.
Tangan Yoongi terhenti daripada memulas tombol pintu biliknya, dia sedikit kaget dengan suara keras Anna.
"Ya, Min Anna? Aku nak keluar, kau tido aje lah. Hari dah na.."
Kata-kata Yoongi dipintas oleh Anna.
"Tapi, aku nak tido dengan kau Yoongi. Please Yoongi, meh sini tido dengan aku." rayu Anna lirih sambil menepuk-nepuk tilam disampingnya.
Yoongi berpaling, dia memandang Anna dengan wajah ragu-ragu dan waspada. Takut jikalau itu hanyalah sebuah gurauan semata, akan tetapi melihat anak mata Anna buatkan hati dia luluh.
"Fine. Tapi kau jangan minta yang macam-macam, hanya tido saja okey?" kata Yoongi tegas. Anna tersenyum dengan kepala diangguk laju.
Dengan langkah yang entah terasa berat, Yoongi melangkah jua ke arah katil. Dia merebahkan tubuhnya disebelah Anna. Sebaik sahaja dia berbaring di atas katil, tubuhnya terus dipeluk erat oleh Anna. Yoongi tersentak, namun dia hanya diam.
"Yoongi, aku suka bau tubuh kau. Wangi dan nyaman. Night husband." bisik Anna dicuping telinga Yoongi, wajahnya diusap pada dada bidang Yoongi sebelum dia terlena.
Debaran didada Yoongi bermaharajalela selepas mendengar bisikan tersebut, berasa tidak percaya namun itulah kenyataannya. Dia terkesima.
"Night."
******
Tbc.
KAMU SEDANG MEMBACA
Lagenda Isteri Durjana (M.Y.G FF) [C]√
Fanfiction"Walaupun kau buat aku, macam diri ini tunggul kayu. Aku okey, asalkan kau bahagia. Tapi, aku juga manusia yang punya perasaan dan tahap sabar." Start : 21/5/19 End : 8/10/19 Status : Complete!