Part 27

357 31 14
                                    

TANGAN Yoongi terangkat sebelah, lalu daun pintu dihadapannya dia ketuk perlahan.

"Anna, keluarlah." panggil Yoongi diselangi ketukan pada pintu bilik isterinya.

Selepas kejadian petang tadi, isterinya mengurung diri di dalam bilik. Entah kenapa isterinya berbuat begitu, Yoongi pun tidak tahu menahu. Dipanggil pun, tidak pernah bersahut. Dia risau jikalau berlaku apa-apa pada isterinya di dalam sana.

"Ann.." ayat Yoongi terputus begitu sahaja bila pintu bilik Anna dibuka dari dalam. Dia tersenyum nipis tatkala terpandang wajah muram isterinya, mata gadis itu sembap dan bengkak.

"Kau kenapa berkurung dalam bilik? Kau buat aku risau tau? Asal muka kau macam lepas nangis aje? Hmm, jom kita makan malam. Baby kita kat dalam perut ni mesti dah lapar kan?"

Tangan Yoongi menyentuh lembut perut Anna yang sudah sedikit membesar. Sekilas dia kucup perut Anna yang berlapiskan baju tidur jubah.

Tersentuh hati Anna melihat perbuatan Yoongi tersebut. Terlihat benar yang lelaki itu amat menyayangi anak yang sedang dia kandungkan ini.

"Jom makan." ajak Yoongi lagi bila isterinya tidak buka suara barang sedikit.

Anna mengerling Yoongi seraya kepalanya diangguk perlahan. Satu senyuman dilakar pada wajahnya.

"Okey. Tapi.."

Dalam tersenyum, Yoongi memandang Anna dengan wajah berkerut.

"Tapi?"

"Saya nak awak dukung saya sampai ke meja makan boleh?" ucap Anna dengan suara manja.

Gelak kecil tercetus dibibir Yoongi. Pandangan matanya jatuh pada wajah Anna dengan tatapan yang lembut penuh akan kasih sayang.

"As your wish dear." terus tubuh isterinya dicempungnya, lantas dia mendukung Anna dengan penuh hati-hati menuju ke tingkat bawah.

Anna melingkarkan tangannya pada leher Yoongi, dia tersenyum sumbing bila melihat wajah bersahaja Yoongi tersebut.

"Yoongi." panggilan Anna buatkan Yoongi menunduk untuk sekadar memandang isterinya yang berada di dalam dukungannya.

"Hmm." gumam Yoongi perlahan.

"I love you Yoongi." empat kalimat yang terlontar spontan dari mulut Anna, berjaya menghentikan langkah Yoongi.

Renungan mata Yoongi yang redup itu, buatkan degupan jantung Anna bergetar dengan tidak normalnya. Seolah dia baru sahaja berlari dalam 50 kilometer lagaknya.

Yoongi tersenyum sekilas. Bibir mungil Anna dikucup Yoongi.

"Love you too. Always and forever."

•••••

USAI makan malam, mereka berdua hanya melepak di ruang tamu sambil menonton acara langsung Buletin Utama.

Anna mengerling tangan Yoongi yang berada diriba lelaki itu, dengan keberanian dia meraih tangan Yoongi lalu digenggam kemas. Wajah terkejut Yoongi hanya dipandang selamba.

"Yoongi, I want to say something, can you hear me?" suara lembut Anna mengundang Yoongi untuk memandang tepat ke wajahnya.

"Okay, what's that?" sahut Yoongi. Kini pandangan mata Yoongi sepenuhnya ditumpukan pada Anna, dalam dia merenung anak mata isterinya.

"Apakah awak dah maafkan saya?"

Diam Yoongi jadinya, dia merenung wajah Anna.

Anna menunduk sambil bermain dengan jari jemari Yoongi yang berada di atas ribanya sementara menunggu balasan daripada Yoongi.

"Kenapa kau tanya?"

Wajah Anna terdongak, tapi tidak bertahan lama dia kembali menundukkan kepala bila tidak kuat berlawan mata dengan Yoongi.

"Sebab.. Sebab saya tanya awak ni kerana awak tak jawab lagi permohonan maaf dari saya hari tu. Hmm, apa awak dah maafkan saya?"

"Kau nak aku jawabkan?" kepala Anna terangguk laju, dengan pandangan mata mengharap.

"Okey." dagu isterinya dipaut seraya membawa wajah Anna mendekat ke arahnya dan cup!

Satu kucupan hinggap di bibir Anna, buatkan Anna terkedu dengan tindakan Yoongi tersebut namun dia hanya mendiamkan diri sambil memejamkan kelopak matanya rapat.

"I'm forgive you, sayang."

*****
Tbc. Like? Or not? Voment juseyo! 🤗

Lagenda Isteri Durjana (M.Y.G FF) [C]√Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang