TROLI di dorong perlahan, sambil mata memerhati pergerakan isterinya yang sedang asyik dalam memilih barangan keperluan mereka.
"Abang,"
"Ya sayang, kenapa?" sahut Yoongi. Dia pandang Anna dengan kening dijongket sebelah.
Segera tangan Anna menunjuk kotak susu ibu mengandung yang berada di rak atas sekali pada Yoongi.
"Tu tolong ambilkan, saya tak sampai lah." pinta Anna.
Yoongi mengerling Anna sebelum sebuah senyuman mengejek terbias dibibir.
"Payah betul kalau jadi orang pendek kan? Semua benda tak sampai nak ambil." ejek Yoongi selamba, sejurus mencapai susu yang dipinta Anna.
Muncung sedepa mulut Anna, dia cebik kesal dengan jelingan maut pada Yoongi. Tidak puas hati bila dikatai pendek.
"Apa tak puas hati?" senyum nakal bermain dibibir Yoongi bila melihat wajah mencuka isterinya.
Anna bercekak pinggang, dia memandang Yoongi dengan wajah dibuat garang.
"Ya! Saya tak puas hati. Lelaki memang suka eh kutuk pompuan yang pendek, apa abang ingat orang pendek ni tak ada perasaan? Tsk! Abang silap besar hina orang pendek ni, orang pendek antara orang yang paling tercomel sedunia macam saya ni ha."
Tergelak Yoongi dibuatnya .
"Perasannya dia. Comel dari mana entah," Yoongi mengejek lagi sambil mendorong kembali troli yang sudah diisi penuh dengan barangan mereka berdua.
"Hei jangan nak mencarut, ingat sayang tu tengah hamil tua." tegur Yoongi dalam ejekannya bila melihat mulut Anna yang berkumat-kamit seperti tidak puas hati lagi dengannya.
"Hamil tua?" mata Anna membulat, dia merenung Yoongi kesal. Terus lengan suaminya diketiknya halus, buatkan Yoongi mengerang kesakitan.
"Padan mu.." ayat dan gelak Anna terputus bila pipinya dicium Yoongi. Dia terkedu.
"Baru adil." Yoongi tersenyum sambil mengenyit sebelah matanya.
Pipi Anna merah padam jadinya, dia menunduk malu. Dia memukul dada Yoongi perlahan.
"Saja kan nak buat saya malu?" kata Anna dengan kerlingan mata dibuat sekesal mungkin.
Yoongi hanya tersenyum sahaja sambil menepuk-nepuk lembut kedua belah pipi isterinya yang kelihatan tembam sejak dia mengandung.
"Dah! Jangan nak merajuk, jom kita pergi bayar. Dah tak ada kan barang nak di beli?" Yoongi mengubah topik pembicaraan.
Anna memandang barang keperluan mereka di dalam troli tersebut. Perlahan kepalanya diangguk kecil pada Yoongi.
"Dah tak ada. Jom pergi bayar dan balik. Saya rasa penat pula." kata Anna.
Yoongi sekadar mengangguk patuh.
"Jom lah sayang, kesian pula abang tengok mak buyung macam sayang ni. Penat ya sayang?"
Anna merengus halus seraya menjeling jengkel pada Yoongi.
"Yalah penat! Tengok perutlah!" getus Anna sebal sambil menunjuk perutnya yang sudah kedepan itu.
Yoongi tergelak.
"Tak tengok pun dah tau, perut sayang buncit macam bola. Aduh!" Yoongi mengaduh sakit dalam gelak tawanya. Tambahan lagi, melihat wajah Anna yang sudah mencuka itu.
"Sudahlah! Malas layan abang, tau nak kenakan orang aje! Ugh!" cemuh Anna geram. Dia mengorak langkah meninggalkan Yoongi yang masih asyik mentertawakan dirinya.
Gelak Yoongi reda seketika, dia tersenyum dalam gelengan kepala.
"Sayang wait!"
******
Tbc.
KAMU SEDANG MEMBACA
Lagenda Isteri Durjana (M.Y.G FF) [C]√
Fanfiction"Walaupun kau buat aku, macam diri ini tunggul kayu. Aku okey, asalkan kau bahagia. Tapi, aku juga manusia yang punya perasaan dan tahap sabar." Start : 21/5/19 End : 8/10/19 Status : Complete!