DENGAN penuh kelembutan Anna membelai wajah Yoongi yang sudah diulik mimpi selepas menangis sepuas hati tadi. Seulas senyum sedih terukir pada bibir Anna.
"Entah kenapa hati aku tak tenang sejak akhir-akhir ni, Yoongi. Macam sesuatu mahu terjadi. Apakah ada pertanda buruk mahu terjadi? Aku harap tu semua hanyalah mainan perasaan sahaja."
"Yoongi, katakan lah suatu hari nanti aku tak ada di sisi kau buat selamanya, apakah kau kuat tanpa aku? Bolehkah kau jaga anak kita ni seorang diri dengan penuh kasih sayang?"
Keluhan keluar dari mulut Anna, bibirnya bergetar. Tubir matanya bergenangan. Perlahan dahi Yoongi dikucup lama. Setitis air mata jatuh kepipi dan mengenai dahi Yoongi.
"I love you Yoongi."
Tubuh suaminya didakap kemas, lantas dia turut memasuki alam mimpi.
•••••
YOONGI tersedar daripada tidur lenanya dengan cara mengejuk. Nafasnya termengah-mengah, dahi pula sudah mencurah-curah mengeluarkan peluh. Dia bingkas bangun, pelukan daripada Anna terhadapnya dirungkai perlahan lantas dia berlari anak ke dalam bilik air.
Seketika suasana hening diruang biliknya, dihiasi suara muntah Yoongi dari bilik air.
Anna menenyeh matanya, dia memandang ruang di sebelahnya. Kosong. Pandangan matanya terkalih ke arah bilik air tatkala telinganya mendengar suara muntah seseorang.
Anna mendudukkan dirinya, mata Anna tertala pada Yoongi yang sudah keluar dari bilik air dengan wajah pucat dan lesu. Cara jalan lelaki itu juga agak lemah seperti tiada tenaga.
"Yoongi, awak okey? Muka awak pucat."
Teguran dari Anna membuatkan kepala Yoongi yang menunduk sedari keluar dari bilik air terus terangkat. Dengan teragak-agak Yoongi berkata dengan nada suara datar.
"Aku okey."
Yoongi melabuhkan punggungnya di birai katil. Anna mengesotkan tubuhnya ke arah Yoongi, bahu lelaki itu disentuhnya.
"Betul ni awak okey? Kalau awak okey, kenapa muka awak pucat semacam? Apa kata kita ke klinik, saya takut awak.."
"Aku okey, tak payah risau lah." tegas sahaja suara Yoongi berkata.
Mulut Anna terus terkunci rapat, tidak mahu berdebat pada waktu pagi-pagi begini. Dia mengerling jam yang tergantung pada dinding.
"Hmm. Kalau macam tu, saya mandi dululah. Dah masuk pukul 7.30 pagi, saya nak masak sarapan pagi. Awak nak makan apa pagi ni?" kata Anna sambil bangun daripada katil, dia berdiri di hadapan Yoongi.
"Ikutlah." jawab Yoongi sepatah.
Mulut Anna mencebik kesal. "Mana ada nasi ikutlah! Cakaplah awak nak makan apa, saya masak."
Yoongi hela nafas sejurus mendongakkan kepala memandang ke arah isterinya yang sudah tersenyum manis.
"Ikutlah." Muncung sedepa mulut Anna, bila mendengar jawapan yang sama dari lelaki itu. Dia bercekak pinggang.
"Ish! Saya tak nak dengar jawapan 'ikutlah', saya nak jawapan yang tepat. Ikutlah, ikutlah." Anna mengutarakan rasa ketidakpuas hatinya.
Yoongi berdecit perlahan. Matanya menyerlung tajam pada Anna.
Kepala Anna terus tertunduk bila mendapat pandangan tajam tersebut daripada Yoongi. Gerun pula rasanya.
"Yalah. Saya akan buat sarapan 'ikutlah' seperti awak cakapkan tu eh? Saya pergi mandi dulu." sempat Anna mencuri cium pipi kanan Yoongi sebelum menghilangkan diri ke dalam bilik air.
Wajah Yoongi hanya bersahaja, bila mendapatkan perlakuan begitu. Namun, dia tidak dapat menyembunyikan senyumnya yang sudah terbias pada bibir. Senyuman yang mengandungi pelbagai jenis rasa di dalamnya.
******
Tbc.Hmm. Korang blh teka x ending dia macam mana nati? 🤔
KAMU SEDANG MEMBACA
Lagenda Isteri Durjana (M.Y.G FF) [C]√
Fanfiction"Walaupun kau buat aku, macam diri ini tunggul kayu. Aku okey, asalkan kau bahagia. Tapi, aku juga manusia yang punya perasaan dan tahap sabar." Start : 21/5/19 End : 8/10/19 Status : Complete!