ANNA melangkah longlai masuk ke dalam rumah, matanya sembap dan memerah kerana menangis. Kakinya yang mahu memijak anak tangga, terbantut tatkala mendengar satu suara garau menyapa gegendang telinganya.
Dia menoleh ke arah Yoongi yang berdiri di muka pintu dapur sambil memegang segelas air putih. Lelaki itu merenungnya penuh kelembutan dengan dahi berkerut, mungkin hairan kerana melihat raut wajahnya yang sedih dan muram.
"Anna, kau okey? Kenapa dengan muka kau tu, gaduh dengan boyfriend kau ke?" ujar Yoongi dengan nada sinis.
Anna merengus halus seraya menaiki anak tangga untuk menuju ke biliknya, meninggalkan Yoongi begitu sahaja.
Yoongi hela nafas sejurus menjongketkan bahunya acuh.
"Period ke apa pompuan tu? Gaduh dengan Hoseok maybe."
Dia melabuh duduk di sofa sambil meneguk air putih yang di ambil dari dapur. Usai minum, gelas tersebut dia letakkan ke atas meja kopi. Televisyen yang sedari tadi dia pasang, menjadi santapan mata.
Yoongi mengurut kepalanya, apabila diserang rasa sakit dan pening secara tiba-tiba. Pandangan matanya mulai berubah buram dan kabur. Yoongi merintih perlahan dengan kepala ditunduk kebawah.
"Sakit." rintih Yoongi kesakitan. Dia memegang kepalanya kuat, apabila denyutan yang dirasakan makin lama makin diserang rasa sakit.
Seleleh cecair merah pekat, mengalir keluar dari kedua lubang hidung Yoongi.
Yoongi menekup hidungnya, dia bingkas berdiri lalu berlari dengan susah payah menuju ke tandas yang berada didapur.
"Kenapa rasa dia sakit sangat akhir-akhir ni, dah lama aku tak rasa sakit macam ni last jadi macam ni tahun lepas." monolog Yoongi sambil memandang wajahnya dipantulan cermin tandas.
Yoongi meringis apabila melihat wajahnya sendiri yang amat pucat itu. Darah yang masih mengalir di hidungnya, dibasuh dengan air bersih berkali-kali.
Namun, darah yang keluar dari hidung Yoongi seakan tidak mahu berhenti dari terus mengalir. Berderu-deru keluar, tanpa henti. Mahu menangis dibuatnya Yoongi, apabila melihat darah pekat yang keluar dari hidungnya makin banyak.
"Kenapa darah banyak sangat keluar ni? Dia tak nak berhenti ke? Bodoh punya darah." bentak Yoongi kesal.
Saluran pernafasan Yoongi, secara tiba-tiba tersekat-sekat membuatkan Yoongi kesulitan untuk bernafas. Dia termengah-mengah mencari oksigen.
"Yoongi? Kau ada kat dalam?" satu ketukan dari luar pintu tandas mengejutkan Yoongi.
"Y..ya, ke..kenapa?"
"Tak ada apa. Aku cuma nak bincang sesuatu dengan kau. Boleh tak kita bercakap sekejap?"
Yoongi menggigit bibir bawahnya menahan rasa sakit yang mendera dirinya, pinggir sinki dia cengkam erat.
"Okey."
*****
Tbc.
KAMU SEDANG MEMBACA
Lagenda Isteri Durjana (M.Y.G FF) [C]√
Fanfiction"Walaupun kau buat aku, macam diri ini tunggul kayu. Aku okey, asalkan kau bahagia. Tapi, aku juga manusia yang punya perasaan dan tahap sabar." Start : 21/5/19 End : 8/10/19 Status : Complete!