Ting! Tong!
BUNYI loceng rumah kedengaran, Anna yang sedang menghidang makanan di atas meja menoleh pada Yoongi yang tengah sibuk mengelap pinggan.
"Abang, tolong bukakan pintu maybe diorang dah datang." pinta Anna. Yoongi tersenyum sambil menganggukkan kepala.
"Haip captain!" sahut Yoongi spontan lantas dia berlalu ke pintu utama rumah mereka berdua.
Anna tersenyum dalam gelengan kepalanya melihat gelagat spontan suaminya. Comel aje.
Pintu rumah dibuka luas, Yoongi mengulas senyum kecil pada tetamu yang datang ke rumahnya.
"Korang berdua mesti kawan Anna kan? Jemputlah masuk, jangan malu-malu." kata Yoongi mempersilakan mereka berdua masuk ke dalam rumah.
Jimin dan Aera tersenyum manis, seraya melangkah kaki masuk ke dalam rumah.
"Anna mana Yoongi?" soal Aera pada Yoongi yang sedang menutup pintu rumah.
"Oh, dia kat dapur. Pergilah nak jumpa dia." balas Yoongi bersahaja.
Aera mengangguk kepala lantas dia menonong pergi ke arah dapur, meninggalkan Jimin begitu sahaja.
Jimin dan Yoongi berbalas pandangan seketika, Yoongi menjongketkan keningnya dan Jimin hanya tersenyum canggung.
"Hmm, nama saya Park Jimin, kalau hyung?" Jimin memperkenalkan dirinya sendiri tanpa dipinta.
"Min Yoongi. Salam kenal." jawab Yoongi seadanya. Jimin mengaru belakang kepalanya. Canggung.
"Oh salam kenal juga hyung." kata Jimin dengan senyuman manis.
Kepala Yoongi terangguk perlahan dengan senyuman nipis.
"Jomlah ke dapur, maybe makan malam dah siap. Jom." ajak Yoongi seraya mendorong tubuh Jimin agar lelaki itu mengikutinya ke dapur. Tidak sopan sebenarnya, tapi Yoongi peduli apa.
Jimin berdeham sahaja dengan wajah yang kelihatan blur bila diperlakukan begitu.
•••••
SUASANA di ruang makan agak meriah dengan gelak tawa daripada Aera dan Anna. Manakala yang lelaki hanya diam sambil memasang telinga mendengar bualan mereka berdua.
"Jadi, kandungan kau dah masuk berapa bulan?" soal Aera.
"Dah nak masuk tiga bulan. Kau dan Jimin bila nak menyusul kitorang?" kata Anna sedikit mengusik.
Wajah Jimin dan Aera berona merah.
"Ish kau ni! Aku memang nak, tapi tulah. Orang 'tu' tak nak lamar aku lagi, macam mana nak kahwin. Katanya tak bersedia lagi." rungut Aera. Hujung matanya menjeling ke arah Jimin.
Yoongi mengerling Jimin disebelahnya, wajah lelaki itu tampak kemerahan bila disindir oleh teman wanitanya. Anna tersenyum dalam gelak kecilnya.
"Ish Aera ni, malulah saya. Awak ni pun satu, dah gatal sangat ke nak kahwin?" kata Jimin.
"Yela. Saya nak kahwin dengan awak and punya anak dengan awak, salah ke?"
Jawapan spontan yang keluar dari mulut Aera mengundang tawa Yoongi dan Anna. Manakala Jimin sudah mati kutu bila mendengar kata-kata yang tidak ditapis dahulu oleh Aera bahkan wajahnya makin teruk merahnya kerana malu.
"Dah, dah. Jangan nak gaduh, jom makan dulu. Lepastu kita sambung bual kat ruang tamu okey. Jemput makan!" kata Anna dengan keriangan.
Mereka bertiga tersenyum kecil bila melihat Anna yang sarat hamil muda itu, sedang makan dengan berseleranya.
*****
Tbc.
KAMU SEDANG MEMBACA
Lagenda Isteri Durjana (M.Y.G FF) [C]√
Fanfiction"Walaupun kau buat aku, macam diri ini tunggul kayu. Aku okey, asalkan kau bahagia. Tapi, aku juga manusia yang punya perasaan dan tahap sabar." Start : 21/5/19 End : 8/10/19 Status : Complete!