Part 29

365 33 1
                                    

ANNA menjengukkan kepalanya dibalik dinding dapur, dia memandang Yoongi yang sedang sibuk memasak sesuatu. Dia tersenyum geli hati melihat Yoongi yang mengenakan apron warna merah jambu, comel sangat.

Dengan langkah perlahan, Anna mendekati Yoongi yang sepertinya tidak perasan akan kedatangannya kerana khusyuk menggoreng sesuatu di dalam kuali. Dia tersenyum nakal seraya memeluk pinggang Yoongi dari belakang.

Yoongi tersentak kecil, namun dia hanya diam dalam senyumnya. Dia menepuk perlahan tangan Anna yang masih setia memeluk pinggangnya.

"Sayang dah bangun rupanya, baguslah. Lagipun tak elok tau tido petang-petang ni, nanti otak jadi bengong dalam sekejap." kata Yoongi lembut.

"Yelah. Abang masak apa?" Anna menjenguk ke dalam kuali.

"Abang goreng donut, sayang nak?"

"Abang ke yang buat donut besar ni? Bukan selalunya donut saiz dia kecil ke? Ni macam sebesar telapak tangan aje saya tengok." omel Anna tatkala melihat donat yang digoreng Yoongi tersebut, dia boleh agak yang saiz donat itu sebesar telapak tangannya.

Yoongi hanya tersenyum sahaja sambil mencium sekilas pipi kanan Anna.

"Sekali sekala buat donut besar, apa salahnya."

Yoongi mematikan dapur gas, terus donat yang telah masak diangkat dengan menggunakan pengepit lalu di letakkan ke atas pinggan. Gula halus dicapai, lantas gula tersebut di tabur ke atas donat-donat buatannya.

Anna masih setia memeluk pinggang Yoongi, tidak sedikit pun dia lepas walaupun Yoongi bergerak ke hulur ke hili sibuk menyediakan juadah makan petang.

"Okey dah siap. Jom makan. Hmm, sayang tak nak lepaskan abang ke? Abang nak duduk payah kalau sayang asyik peluk abang." Yoongi tersenyum dalam gelengan kepala apabila melihat gelagat manja isterinya.

"Tak nak. Kenapa abang tak suka saya peluk dah ke?" rungut Anna sebal.

"Mana adalah. Meh sini."

Anna merengus bila Yoongi meleraikan pelukan tersebut, lalu lelaki itu memimpin tangannya menuju ke meja makan. Yoongi melabuh duduk di atas kerusi, lantas dia menarik Anna duduk ke atas ribanya. Wajah Anna berbahang panas bila diperlakukan begitu.

"Abang.."

Yoongi mengerling dalam senyuman lebarnya, dia mencubit sedikit isi donat yang masih panas lantas dia menyuakan pada Anna.

"Nah trylah sayang," kata Yoongi.

Mulut Anna terbuka menerima suapan daripada Yoongi. Mata dia membulat.

"Kenapa? Tak sedap ke?" panik Yoongi bila mendapat reaksi sebegitu dari Anna.

Anna tergelak kecil, dia belai pipi Yoongi lembut.

"Donat abang buat sedaplah! Nanti ajarkan saya ya abang?" ucap Anna dengan semangat.

Senyuman Yoongi terukir.

"Memanglah sedap, dah abang buat dengan penuh kasih sayang. Kalau orang makan ni mesti jatuh sayang pada abang." angkuh pula Yoongi berkata siap dabik dada lagi. Anna mencebik.

"Menyesal puji."

Yoongi tergelak bila melihat wajah cemberut Anna. Kepala isterinya dipaut seraya mendaratkan ciuman pada dahi berkerut Anna tersebut.

"Dah jangan nak buat muka, jom makan. Sejuk tak sedap pula."

Anna membuat muka. "Yalah."

•••••

Lagenda Isteri Durjana (M.Y.G FF) [C]√Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang