DAUN pintu rumah diketuk beberapa kali, tidak lama kemudian tuan punya rumah datang membuka pintu. Yoongi tersenyum pada ibu mertuanya.
"Kamu Yoongi yang datang, mama ingat siapalah yang datang bertamu pada waktu senja-senja ni. Meh masuk ke dalam rumah."
Puan Choi mempelawa menantunya, masuk ke dalam rumah. Yoongi menganggukkan kepalanya sambil melangkah masuk ke dalam rumah beriringi dengan Puan Choi.
Mereka berdua melabuh duduk di atas sofa ruang tamu.
"Kenapa Yoongi datang? Kamu baru balik kerja ke?" Puan Choi bertanya.
"Ha'ah kerja Yoongi dah selesai, tu yang datang sini. Bosan juga duduk kat rumah aje. Papa ke mana? Tak balik lagi?"
"Oh, macam tu. Ha'ah, papa kamu tu tak balik lagi. Katanya kerja masih banyak." kata Puan Choi.
Yoongi hanya menganggukkan kepala sahaja.
"Mama, boleh Yoongi tanya sesuatu tak?" Yoongi duduk sambil mengadap ke arah Puan Choi yang ada disebelahnya itu. Kening Puan Choi terangkat sebelah.
"Boleh, apa yang kamu mahu tanya?"
"Beberapa hari yang lalu, mama ada nak bagitau sesuatu kat Yoongi kan? Tapi, terganggu pula dengan kedatangan Anna yang tiba-tiba mengamuk itu. Apa yang mama cuba nak bagitau saya?"
Nafas Puan Choi seakan tersekat-sekat tatkala mendengar bait demi bait yang dilontarkan oleh Yoongi. Dia tidak sangka yang menantunya masih ingat tentang perkara itu.
"Mama?" panggil Yoongi, apabila melihat Puan Choi yang mendiamkan diri.
Puan Choi mengertap bibirnya, tidak lama hembusan nafas panjang keluar dari kedua belah mulutnya. Dia pandang wajah Yoongi dalam-dalam.
"Sebenarnya, mama dah lama nak kasi tau kamu pasal ni tapi tak kesampaian. Kamu tau yang Anna, ada simpan banyak rahsia dari pengetahuan kamu. Hanya mama dan papa saja yang tau pasal ni.
Mama dan papa dah lama berniat nak berterus terang pada kamu, tapi Anna selalu ancam kami yang dia akan bunuh diri kalau kami bongkarkan rahsia dia pada kamu." kata Puan Choi dengan panjang lebar.
"Katakan mama, apa lagi rahsia yang dia sembunyikan dari saya mama. Saya berhak tau pasal ni, tolong beritahu saya mama. Saya mohon sangat." kata Yoongi dengan nada suara merayu.
Puan Choi hela nafas lemah. "Kamu tau yang isteri kamu ambil.."
"Dia ambil dadah? Apa betul yang saya katakan tadi?"
Lidah Puan Choi seakan kelu seketika, perlahan-lahan dia menganggukkan kepala.
"Jadi betullah apa yang Taehyung katakan petang tadi, yang dia ambil dadah?"
"Ya. Tapi siapa Taehyung?" soal Puan Choi.
Yoongi tersenyum nipis. "Dia kawan saya dan dia juga yang bagitau saya apa yang Anna lakukan di belakang saya."
Kepala Puan Choi terangguk kecil.
"Apa ada lagi yang mama nak kasi tau saya?"
Puan Choi memandang Yoongi, dengan fikiran bergeliga untuk mengingat kembali sesuatu benda yang mungkin sempat dilupakan olehnya.
Kepala Puan Choi tergeleng perlahan.
"Itu je yang mama boleh bagitau kamu, kalau yang lain maafkan mama. Tapi, mama tau pasti banyak lagi yang Anna rahsiakan daripada kita semua.
Mama harap kamu dapat bongkarkan rahsia yang dia sembunyikan dari kita semua. Tapi kamu jangan risau, mama dan papa akan bantu serta sokong kamu dari belakang."
Yoongi tersenyum seraya menganggukkan kepalanya.
"Thanks mama."
******
Tbc.
KAMU SEDANG MEMBACA
Lagenda Isteri Durjana (M.Y.G FF) [C]√
Fanfiction"Walaupun kau buat aku, macam diri ini tunggul kayu. Aku okey, asalkan kau bahagia. Tapi, aku juga manusia yang punya perasaan dan tahap sabar." Start : 21/5/19 End : 8/10/19 Status : Complete!