KEPALA Anna terdongak, memandang raut wajah Yoongi. Dahi berkerut hairan bila suaminya meletak sebuah kotak persegi panjang bersama dengan sepucuk surat dihadapannya.
"Apa ni?" soal Anna, penuh dengan kehairanan.
"Tu pemberian dari your ex boyfriend." jelas Yoongi ringkas, lantas dia mula mengorak langkah meninggalkan isterinya begitu sahaja.
Anna hanya memandang Yoongi dengan raut wajah bingung. Dia kembali melabuhkan pandangan mata pada surat dan kotak persegi panjang tersebut.
"Yoongi kata ex boyfriend aku? Means, Hoseok lah kan? Kenapa dia tak bagi sendiri aje pada aku?" bahu dijongket acuh. Dia mula mencapai kotak persegi panjang berwarna merah lantas kotak tersebut dibuka dengan perasaan berdebar.
Mata Anna seolah terpaku dengan apa yang dia lihat, seutas rantai emas dengan ukiran huruf Y&A terukir indah. Tapi, apa makna dibalik dua huruf itu?
"Y dan A, apa makna dua huruf ni? Dia mesti nak aku berteka-teki, dasar Hoseok." tanpa banyak soal, dia terus memakai rantai tersebut ke lehernya. Dia tersenyum lebar.
Anna mengerling surat yang masih terdampar di atas meja, perlahan dia raih surat tersebut. Perlahan-lahan dia membuka lipatan kertas tersebut.
Mata Anna memerah bila dia selesai membaca isi kandungan yang terangkai indah di dada surat. Kata-kata yang agak menyentuh hati dan perasaannya.
Pipinya yang basah dikesat perlahan dengan senyuman kecil.
"Aku janji yang aku akan berubah menjadi lebih baik daripada sebelum ini. Aku akan cuba sedaya upaya untuk membahagiakan dia, tu janji aku. Terima kasih sebab sudah pernah singgah di hati aku, walaupun hanya sekejap. Aku harap kau bahagia dan hidup dengan aman sejahtera." bisik Anna perlahan.
Mata Anna tertala pada hujung surat tersebut, senyumannya terukir lebar.
Kau nak tau apa makna Y&A yang terukir pada rantai tu? Kalau kau nak tau, dua huruf tu berasal dari nama korang berdua. Yoongi dan Anna.
Aku buat khas untuk kau, maybe tu hadiah terakhir dari aku. So, Anna jaga lah rantai tu baik-baik tau? Aku sayang kau, sebagai kawan. Okeylah. Take care yourself babe, bye.
"Aku pun sayang kau, kawan." seculas senyuman nipis terlakar diwajah Anna, biarpun air matanya kembali mengalir ke pipi.
•••••
HELAAN nafas terhambur kecil dari kedua belah bibir Yoongi, terasa sedikit lega selepas menelan sebutir dua ubat penahan sakit.
Dia menilik wajahnya yang pucat tidak berdarah di cermin solek, wajahnya tidak ubah seperti mayat hidup. Pucat semacam.
Dahinya berkerut bila kepala masih disengat rasa sakit, walaupun tidak sesakit tadi.
Kepala Yoongi tertunduk, merenung meja solek. Tubuh dijatuhkan pada kerusi.
"Kenapa aku harus lalui semua ni Tuhan? Kenapa? Tak bolehkah aku mengecapi rasa bahagia walaupun hanya sekejap saja sebelum aku pergi menghadapMU. Tolonglah, aku merayu padaMU. Kalau tak pun, biarlah aku dapat tengok anak aku lahir ke muka bumi ini sebelum mata ni terpejam buat selamanya. Tu aje yang aku pinta Tuhan."
Yoongi menggongoi perlahan, air jernih mengalir begitu lebat ditubir matanya. Rasa sedihnya tidak dapat lagi dibendungnya, apabila mengingatkan kesihatannya makin menurun.
Yoongi menyembamkan mukanya pada meja, lalu tangisannya yang ditahan sedari tadi diluakkan disitu.
"Yoongi.." satu sentuhan lembut pada bahunya, buatkan Yoongi berhenti daripada menangis walaupun esakkan masih kedengaran.
"Yoongi, awa.." tidak sempat Anna habiskan ayatnya, dia sudah dibuat terkedu bila tubuhnya dipeluk erat oleh Yoongi.
"Aku mohon, beri aku peluang untuk mencintai dan dicintai oleh kau buat kali terakhir. I'm.. I'm really love you, always and forever."
Hati Anna seolah terpaku mendengar suara lirih Yoongi yang amat memilukan lagikan mendalam maknanya. Entah bagaimana, air matanya turut jatuh ke pipi. Dia membalas pelukan suaminya itu seerat mungkin.
*******
Tbc.
KAMU SEDANG MEMBACA
Lagenda Isteri Durjana (M.Y.G FF) [C]√
Fanfiction"Walaupun kau buat aku, macam diri ini tunggul kayu. Aku okey, asalkan kau bahagia. Tapi, aku juga manusia yang punya perasaan dan tahap sabar." Start : 21/5/19 End : 8/10/19 Status : Complete!