Seminggu kemudian...
SUDAH seminggu kejadian tersebut berlaku dan seminggu itu juga lah mereka berdua tidak bersapa satu sama lain. Masing-masing sibuk membuat hal sendiri.
Namun begitu, Yoongi tidak pernah mengabaikan tanggungjawabnya sebagai seorang suami. Nafkah dan keperluan isterinya, selalu dipenuhi.
Tambahan lagi, Anna tengah mengandungkan anaknya dan dia tidak boleh main lepas tangan begitu sahaja, hanya kerana masalah di antara mereka. Dia tidak boleh egois hanya disebabkan itu.
"Yoongi.." langkah kaki Yoongi terhenti tepat di hadapan pintu dapur. Dia mengerling Anna yang berdiri di sebelah meja makan, seakan menunggu kedatangannya untuk sarapan pagi bersama.
"Awak dah nak pergi kerja ke? Tak nak makan dulu? Saya ada buat makanan favort awak. Jomlah makan sekali." ajak Anna dengan nada suara yang lembut. Dia memandang Yoongi dengan penuh pengharapan.
"Kau makanlah dulu, aku tak lapar lagi. Kalau aku lapar, pandai-pandai aku lah cari makan kat luar." katanya tanpa memandang ke arah isterinya.
Wajah Anna berubah muram. Tubir matanya bergenangan. Sejak mengandung, dia selalu sensitif dengan semua benda. Itu tidak kena dan ini pun tidak kena, tambah lagi suaminya yang sudah tawar hati serta kecewa akan dirinya.
Macam mana lagi aku kena pujuk dan ambil hati dia? Itulah yang selalu bermain di benak fikirannya akhir-akhir ini. Sudah pelbagai cara dia lakukan untuk mengambil hati seorang Min Yoongi yang semakin menjauh dan menjaga jarak di antara mereka berdua.
Yoongi mengeluh kecil apabila melihat wajah mendung Anna, terbit pula rasa bersalah. Dia tahu orang yang mengandung ini, akan menjadi sensitif jikalau permintaan mereka itu tidak ditunaikan.
"Baiklah, aku makan."
"Apa?"
"Tak dengar apa yang aku cakapkan tadi? Pekak."
Yoongi melabuhkan punggungnya di atas kerusi, pinggan yang berisikan nasi goreng kampung itu ditarik ke arahnya. Lantas dia makan dengan keadaan yang senyap.
Anna tersenyum lebar tatkala melihat nasi goreng buatannya dimakan Yoongi. Dia terus mengambil tempat duduk di hadapan Yoongi. Wajah tenang Yoongi yang sedang menikmati makanannya dipandang dalam-dalam.
"Aku taulah yang aku ni hensem, tapi tak payah lah pandang aku macam tu. Please lap air liur kau tu."
Anna dengan spontan menyentuh sudut bibirnya, wajahnya berubah merah dengan tekaan Yoongi yang amat tepat itu. Dia mengelat sudut bibirnya perlahan.
Yoongi mengangkat wajah, memandang Anna yang sudah termalu sendiri kerana sudah tertangkap basah dengannya.
Yoongi simpan senyum yang hendak terukir dibibir, dia berdeham apabila pandangan mata mereka bertaut buat seketika. Dengan kadar segera, Yoongi mengalihkan pandangan matanya daripada Anna, buatkan gadis itu dilanda rasa kecewa.
Yoongi bingkas berdiri. "Hmm, aku pergi dulu."
Sebelum Yoongi berlalu, dia sempat berkata.
"Jangan lupa minum susu."
Anna hanya menganggukkan kepalanya perlahan sambil memandang kepergian Yoongi dengan perasaan kosong. Dia tersenyum sedih.
"Maafkan aku Yoongi. Untuk kali ini, aku tak akan menyerah untuk mendapatkan hati kau balik. Walau pelbagai cara sekali pun, aku akan curi hati kau seperti mana kau curi hati aku selama ini. Tunggu aku Yoongi."
•••••
HOSEOK dan Yoongi saling berpelukan. Satu bisikan menyentuh cuping telinga Yoongi.
"Tolong jaga Anna, Yoongi. Aku tau kau pasti dapat jaga dan didik dia dengan baik. Jaga lah dia seperti mana kau jaga diri kau sendiri." bisik Hoseok.
Yoongi tersenyum nipis.
"Ya, tanpa kau suruh pun pasti aku buat semua tu. Itukan sudah tanggungjawab aku. Selagi nyawa ni dikandung badan dan selagi diri ini masih bernafas di atas muka bumi aku akan jaga dia semampu aku."
Senyuman terbit di bibir Hoseok. Air mata yang sempat mengalir ke pipi, dikesat perlahan. Pelukan mereka berdua terlerai.
"Aku pegang kata-kata kau." kata Hoseok.
"Hmm. Kau, betul ke kau tak nak bagitau Anna yang kau pergi hari ni?" Yoongi menyoal pada Hoseok.
Senyuman Hoseok pudar, dia hela nafas. Dia ukir senyum yang agak terpaksa. Dia menepuk bahu Yoongi.
"Tak. Mungkin ini yang terbaik untuk dia. Oh ya, boleh kau bagi benda ni kat Anna? Mungkin ini hadiah dan surat terakhir aku untuk dia."
Hoseok segera mengeluarkan sepucuk surat dan kotak persegi panjang berwarna merah daripada beg galasnya. Kedua benda itu dihulurkan pada Yoongi.
"Boleh kau bagi surat dan hadiah ni pada Anna?" soal Hoseok.
Yoongi menyambut huluran Hoseok tersebut lalu dia tersenyum kecil. Kepalanya diangguk sekilas.
"Kau jangan risau, benda ni akan segera sampai ke tangan dia. Tapi, kakak kau ke mana? Dia tak ikut kau pergi?"
"Taklah. Semalam lagi dia bertolak pergi, sebab aku tak nak dia ternampak kau nanti bila kau datang untuk hantar aku. Kau tau tak, punya lah payah nak pujuk dia untuk pergi. Pelbagai cara aku guna dan akhirnya dia luluh juga." jelas Hoseok.
Kepala Yoongi terangguk faham.
"Macam tu, lepas ini kau nak buat apa?"
Tersengih Hoseok dibuatnya bila mendengar soalan daripada Yoongi tersebut.
"Nak buat apa lagi kalau bukan mulakan kehidupan baru dan buka buku baru kan?"
"Betul juga. Aku harap.." perkataan Yoongi terpotong begitu sahaja tatkala pembesar suara dari Airport Incheon Internasional terdengar.
Hoseok tersenyum tatkala mendengar pengumuman tersebut.
"Kau akan ke German?" soal Yoongi. Hoseok mengangguk.
"Ya. Okeylah Yoongi, aku gerak dulu flight aku dah sampai. Jaga diri tau? Kirim salam aku pada Anna ya? Terima kasih sebab kau sudah maafkan kesemua perbuatan aku selama ini, perasaan aku rasa tenang sekarang. Jikalau dipanjangkan umur kita berjumpa lagi. Bye and take care yourself Min Yoongi."
Yoongi tersenyum nipis.
"Ya dan ya. Aku tunggu kepulangan kau nanti. Take care yourself too, bye Jung Hoseok."
Mereka berdua saling melambaikan tangan, sehinggalah susuk tubuh Hoseok menghilang di sebalik pintu balai berlepas.
Yoongi menjatuhkan tangannya kebawah, dia tersenyum nipis.
"Aku harap kau hidup bahagia di sana. Buang yang keruh ambil lah yang jernih. Sampai bertemu lagi Hoseok."
******
Tbc.Hye my love readers, ni cunan nak tanya pendapat korang lah. Ff ni hampa sangat ke? Ada yang suka ke dgn ff ni? Apakah penulisan cunan agak cliche dan kebudakkan? Sila beri pendapat seikhlas hati korang. Me lov you!
KAMU SEDANG MEMBACA
Lagenda Isteri Durjana (M.Y.G FF) [C]√
Fanfiction"Walaupun kau buat aku, macam diri ini tunggul kayu. Aku okey, asalkan kau bahagia. Tapi, aku juga manusia yang punya perasaan dan tahap sabar." Start : 21/5/19 End : 8/10/19 Status : Complete!