TEPAT dalam pukul 1 pagi, Anna menghendap-hendap keluar daripada bilik dengan langkah senyap.
Satu-persatu anak tangga dipijaknya, matanya melirik ke kiri dan ke kanan. Dia hela nafas, kakinya digorak laju menuju ke pintu utama rumah.
Baru sahaja tangan hendak menyentuh tombol pintu, satu suara garau menyapa gegendang telinganya. Dia berdiri kaku dihadapan pintu.
"Kau nak pergi mana malam-malam buta macam ni, Min Anna?"
Anna hanya merengus kasar seraya berpaling ke belakang. Dia mendapati Yoongi sedang merenungnya tajam dengan tangan disilang kedada.
"Asal kau nak menyibuk pula? Suka hati aku lah nak pergi mana. Kau tu macam mana boleh tau yang aku nak keluar huh? Kau skodeng ya?" kata Anna kasar sambil menuduh lelaki itu.
Sudut bibir Yoongi terangkat sedikit, dia memandang wajah isterinya datar.
"Aku sibuk pasal kau sebab kau tu isteri aku. Suka ke tak suka ke, aku kena ambil tau ke mana dan dengan siapa kau nak pergi. Aku tak skodeng kau, hanya kebetulan aku nampak kau yang keluar senyap-senyap dari bilik. Mungkin Tuhan nak tunjuk kat aku, bertapa degilnya isteri aku ni."
Anna tergelak sinis, tidak mengambil peduli dengan apa yang Yoongi katakan barusan. Dia hanya anggap kata-kata Yoongi tersebut bagaikan angin malam yang menyapa cuping telinganya.
Yoongi tersenyum geram, apabila mendengar gelak yang dibuat-buat oleh Anna itu. Dia memandang Anna dari hujung rambut hingga hujung kaki.
Dia ingin marah tatkala melihat baju yang agak menjolok mata dikenakan pada tubuh isterinya itu, tapi dalam masa yang sama dia tahu marah pun hanya membawa sia-sia sahaja. Anna bukannya dengar kata-katanya itu.
"Asal kau tengok aku macam tu? Tak puas hati? Dah lah, layan kau hanya buang masa aku aje. Baik aku bla!" baru sahaja Anna mahu berpaling, dia terdengar kata-kata Yoongi yang seperti menyindirnya itu.
"Kalau dengan aku memang membuang masa kau aje kan? Habistu kau keluar dengan jantan lain kat luar tu tak buang masa kau pula? Kau memang suka buang dara kau sesuka hati kat jantan lain kan? Bahagia betul jadi orang macam kau."
Kedua tangannya terkepal kemas, apabila mendengar kata-kata hinaan yang keluar daripada mulut Yoongi tersebut. Anna berpaling lantas dia menerpa ke arah Yoongi, satu tamparan dia lepaskan pada pipi lelaki itu. Nafasnya memburu, kerana geram dan marah.
Yoongi hanya tersenyum sahaja menerima habuan tersebut. Raut wajah Yoongi berubah datar, wajah Anna dicengkamnya lembut. Dia merenung ke dalam anak mata gadis itu.
"Kau terasa ke dengan kata-kata aku tadi, kalau kau terasa bermakna kau masih ada perasaan. One more thing, aku tak izinkan kau keluar tanpa minta kebenaran aku! Aku haramkan kau untuk jejak lagi ke tempat jahanam tu! Kalau aku tau kau pergi juga, aku tak teragak-agak nak talakkan kau saat tu juga. Faham?!"
Senyuman sumbing terukir dibibir Anna. Dahi suaminya ditunjal dengan jari telunjuk, kasar. Tangan Yoongi yang masih mencengkam wajahnya ditepis kasar.
"Kau ingat aku takut? Okey! Tapi dengan satu syarat." kata Anna dengan senyuman senget.
Perasaan Yoongi mula tidak enak apabila melihat senyuman isterinya itu.
"Apa?" tanya Yoongi datar.
Anna menarik kolar kemeja Yoongi, sehingga membuatkan wajah mereka berdua mendekat bahkan hidung mereka saling bersentuhan. Anak mata mereka saling bertaut, entah mengapa di sudut hati Anna yang paling dalam seakan berdesir hangat melihat wajah suaminya sedekat itu.
"Dah puas tenung muka aku?" sergahan lembut daripada Yoongi buatkan Anna tersedar. Dia berdeham.
"Dah! Syarat yang aku nak kasi tau kau, aku nak kau puaskan aku malam ni. Boleh, Min Yoongi?" bisik Anna didepan wajah Yoongi. Tarikan pada kolar baju Yoongi makin ditarik mendekat kearahnya.
Yoongi terdiam apabila mendengarkan syarat yang dilontarkan oleh isterinya, dia sedikit terpempan.
Tidak lama kemudian, Yoongi tersenyum nipis.
"As your wish dear." bisik Yoongi perlahan.
Anna tersenyum herot, matanya dipejam rapat apabila Yoongi mula mencumbu bibirnya. Anna dapat merasakan kelembutan dan penuh kasih sayang yang Yoongi salurkan dalam ciuman tersebut.
Perasaannya bercampur aduk menjadi satu, dadanya sesak. Di sudut hatinya terasa hangat namun, terselip juga rasa kesal akan dirinya Yoongi yang masih diam sambil mencium bibirnya tanpa sebarang gerakan.
Mata yang dipejam, kini dibuka perlahan. Anna merenung Yoongi yang sedang memandangnya dengan tatapan mata yang redup. Anna merengus halus dalam ciuman mereka.
Anna menekan belakang kepala Yoongi, lantas dia membalas ciuman Yoongi dengan kasar. Yoongi sedikit tersentap namun dia hanya mendiamkan diri sambil menikmati permainan daripada isterinya.
Yoongi melepaskan ciuman mereka secara sepihak, dia sempat dengar suara rengekan daripada Anna namun dia abaikan.
"Kenapa berhenti? Aku.."
"Kau memang suka main kasar eh? Meh sini aku tunjuk cara macam mana nak main kasar yang sebenarnya."
Usai berkata begitu, Yoongi terus mencium Anna kasar. Tangannya naik ke belakang kepala Anna lalu ditekannya kuat. Bibir bawah Anna digigitnya perlahan dan disertai hisapan. Puas bermain disitu, ciuman Yoongi turun ke leher jenjang isterinya.
Anna tersenyum sinis sambil mencengkam kedua bahu Yoongi kemas. Anna juga tidak akan duduk diam, dia turut memberikan ciuman demi ciuman pada Yoongi. Leher suaminya dikucup lama, sehingga meninggalkan tanda merah di leher lelaki tersebut.
"Are you ready for next step dear?" bisik Yoongi dengan suara yang rendah.
Anna tersenyum sumbing. Pipi suaminya diusap perlahan lalu satu kucupan hinggap di pipi Yoongi.
"Yes. I'm always ready for you love, touch me babe."
******
Tbc. Sorry if chapt ni agak berada di aras atas 😅. Otak aku mengila masa menaip chapt ni. 😂. Sorry tau! Btw enjoy it! 🤗.
KAMU SEDANG MEMBACA
Lagenda Isteri Durjana (M.Y.G FF) [C]√
Fanfiction"Walaupun kau buat aku, macam diri ini tunggul kayu. Aku okey, asalkan kau bahagia. Tapi, aku juga manusia yang punya perasaan dan tahap sabar." Start : 21/5/19 End : 8/10/19 Status : Complete!