YOONGI tersedar daripada tidurnya, dia bangun dan bersandar di kepala katil.
Wajah diraup perlahan, sejurus itu dia mengerling ke arah sebelahnya. Dia mendapati Anna masih dibuai mimpi, wajah gadis itu nampak tenang dan damai sahaja apabila tidur.
Lama Yoongi merenung wajah isterinya, sehinggalah dia tidak perasan akan Anna yang sudah sedar daripada tidurnya.
"Thanks for last night."
Lamunan Yoongi melambung pergi apabila mendengar suara Anna yang menyapa cuping telinganya. Dia hanya memandang Anna dengan wajah bersahaja, dia tidak menyahut kata-kata isterinya itu.
Mata mereka berdua bertaut buat seketika, sehinggalah Yoongi terlebih dahulu melarikan pandangan mata ke arah lain. Anna hanya memandang Yoongi dengan raut wajah yang sukar untuk dimengerti.
"I think, kau macam tak suka dengan apa yang berlaku semalam. Ke benda yang berlaku semalam tidak menyenangkan kau?" kata Anna sambil bangun daripada pembaringannya.
Yoongi terkesima, dia mengerling isterinya. Namun, mulutnya seakan berat untuk dibuka mahupun membalas kata-kata Anna. Dia hanya diam sambil memandang wajah Anna.
Anna tersenyum herot, dagu suaminya dicengkam kasar. Wajah Yoongi dipandang sinis.
"Aku tak kisah kau nak pandang aku ni macam apa-apalah. Tapi, benda semalam bukanlah perkara yang pertama yang pernah aku buat. Benda tu dah sebati dalam hidup aku, dah biasa." ujar Anna mendatar.
Dia ukirkan senyuman masam. Dagu Yoongi yang dia cengkam itu, dilepaskan secara kasar.
Ya, aku tau. Benda tu memang dah jadi perkara biasa bagi kau Anna. Tapi, tidak dengan aku. Sanggup kau bagi sisa kat aku? Bisik hati Yoongi dengan raut wajah kecewa.
"Aku bla dulu. By the way, thanks again for last night Min Yoongi. Bye." Anna tersenyum kecil, bibir suaminya dikucup sekilas sebelum dia bangkit dari katil dan beredar keluar bilik.
Yoongi hanya memandang kepergian Anna dengan tatapan mata kosong, bibirnya yang dicium oleh Anna masih terasa hangat itu dia sentuh perlahan.
Setitik air mata jatuh kepipi Yoongi, dia lelah dengan semua ini. Dia lelah menjadi suami yang hanya digunakan untuk memuaskan nafsu buas dan kebosanan daripada isterinya.
Yoongi tahu dia bodoh kerana terlalu tunduk dan akur dengan apa Anna lakukan terhadapnya. Dia terlalu lembut dalam mendidik isterinya, sebab itulah isterinya makin lama makin liar. Dia tidak tegas dalam bertindak dan mendidik isterinya itu.
"Menangis mata darah sekali pun, dia tak akan berubah kalau didikan yang aku bagi tak tegas."
Yoongi mengeluh sambil mengesat pipinya yang basah oleh air mata itu.
"Mulai sekarang aku akan tegas dengan dia. Kalau cara lembut dia tak makan, aku akan ambil cara kasar." bisik Yoongi perlahan.
"Hanya satu aje aku nak daripada dia, aku nak dia balik ke dirinya yang dulu dan insaf dengan apa yang dia buat selama ni sebelum aku pergi jauh dari sini."
Yoongi tersenyum pilu sambil memandang ke luar jendela bilik dengan perasaan gundah gulana.
•••••
ANNA membuang putung rokok ke dalam bekas yang tersedia untuk rokok di atas meja, dia tersenyum mengoda ke arah lelaki dan perempuan yang datang beriringan ke arahnya.
Mereka berdua mengambil tempat duduk di hadapan Anna. Lelaki yang menarik minat Anna itu hanya tersenyum nipis, manakala yang perempuan di sebelah lelaki itu hanya diam dengan senyuman masam.
"So, apa yang buat kau nak jumpa aku ni? Kau tau tak yang aku ni ada date dengan boyfriend aku?" kata si perempuan kesal. Dia menjeling ke arah lelaki kacak yang duduk di sebelahnya.
Anna tergelak kecil.
"Sorry Aera. Aku tak tau pula yang kau ada date, tapikan lelaki ni siapa? Tak pernah pula kau bawa lelaki teman kau bila jumpa aku? Tak marah boyfriend kau ke kalau nampak kau bawa lelaki lain?"
Anna memandang mereka berdua dengan kening dijongket beberapa kali.
Aera tersenyum lebar apabila Anna mempertanyakan hal itu.
"Oh ya. Kenalkan ni Park Jimin, my love boyfriend. Chim ni kawan I, Choi Anna atau kata lain Min Anna."
Aera dengan santai memperkenalkan lelaki disebelahnya kepada Anna. Dia tersenyum kecil tatkala melihat wajah Anna yang sudah berubah itu, dia tahu apa yang ada di dalam kepala otak perempuan itu. Janganlah kawannya itu, kebas teman lelakinya sudahlah.
Jikalau benda itu terjadi, jangan harap perempuan itu dapat hirup udara lagi.
"Oh, hai Jimin salam kenal." sapa Anna lembut dengan senyuman manis.
Jimin hanya menganggukkan kepala dengan senyuman manis yang menghiasi wajah kacaknya itu.
"Hai juga Anna." kata Jimin sopan. Dia melarikan pandangan mata ke arah lain apabila melihat tatapan kagum daripada Anna terhadapnya.
Aera merengus kasar apabila melihat gelagat kawannya yang seperti mengagumi Jimin.
"Min Anna jangan buat hal, kau tu isteri orang." kata Aera tegas dengan anak mata menyerlung tajam ke arah Anna.
Anna tergelak kecil, tangan diangkat.
"Fine. Aku main-main ajelah." balas Anna dengan wajah meremehkan.
Aera hanya memandang Anna tidak suka, manakala Jimin pula hanya mampu tersenyum sahaja dan memandang mereka berdua dengan kening berkerut hairan kerana kurang faham dengan apa yang di bicarakan oleh mereka berdua itu.
******
Tbc.
KAMU SEDANG MEMBACA
Lagenda Isteri Durjana (M.Y.G FF) [C]√
Fanfiction"Walaupun kau buat aku, macam diri ini tunggul kayu. Aku okey, asalkan kau bahagia. Tapi, aku juga manusia yang punya perasaan dan tahap sabar." Start : 21/5/19 End : 8/10/19 Status : Complete!