Kring..
BUNYI loceng kedengaran, menandakan ada pelanggan yang berkunjung. Yoongi berdiri sejurus menundukkan kepalanya sedikit pada pelanggannya itu.
"Selamat datang ke Studio Min encik." sapa Yoongi sopan dengan senyuman manis diberikan pada pelanggannya.
Yoongi mendongakkan kepala, memandang ke arah lelaki tersebut. Tidak lama kemudian senyuman Yoongi pudar apabila melihat wajah lelaki yang menjadi pelanggannya.
"Terasa dihormat pula kerana disambut dengan sopan sekali dari kau, Min Yoongi?"
"Jung Hoseok."
Hoseok tersenyum herot tatkala terpandang wajah Yoongi yang berubah keruh itu.
"Hai musuh lama. Long time no see ya?" sapa Hoseok dengan nada ceria.
Yoongi hanya tersenyum tipis seraya merenung Hoseok datar.
"Hai." balas Yoongi sepatah, datar.
"Kau datang ni, nak cari alat muzik ke?" Yoongi bertanya, sekadar berbasa-basi.
Kening Hoseok terjongket sebelah, pandangan mata diedarkan segenap studio muzik milik Yoongi. Boleh tahan besar juga studio ini dan alatan muzik yang ada di sini juga cukup lengkap.
"Yeah, maybe? Hmm, but actually I come here because of you Min Yoongi."
Sudut bibir Yoongi terangkat sedikit, kening dijongket hairan.
"What? Me?"
Hoseok hanya tersenyum lebar, tangannya dicelup ke dalam poket seluar. Sepucuk kertas kecil dikeluarkan dari poket, lantas kertas tersebut disuakan pada Yoongi.
"Take this."
Kertas putih tersebut bertukar tangan. Yoongi menilik kertas yang berada di tangannya dengan tatapan mata waspada.
"What is this?" soal Yoongi, dia mengerling Hoseok datar.
Bahu dijongket malas, senyuman sumbing terukir dibibir Hoseok. Bahu Yoongi ditepuk perlahan.
"By the way, I have to go right now. Jangan lupa baca."
Yoongi hanya mendiamkan diri sambil memandang kepergian Hoseok dengan hujung mata. Kertas yang di kasi oleh Hoseok sebentar tadi, dia buka tergesa-gesa.
Mata Yoongi terpaku pada perkataan yang berada di permukaan kertas tersebut. Lidah dia kelu.
"W..what?"
•••••
SENYUMAN lebar mengembang diwajah Taehyung, sesekali dia menyisip air milonya.
"Kenapa hyung call aku suruh datang sini? Ah! Aku tau mesti hyung rindu aku eh?" kata Taehyung berjenaka. Sekadar mahu menyakat Yoongi.
Yoongi tersenyum kecil. "Tak rindu."
"Apa?" mata Taehyung membulat, dengan rengusan keluar dari mulutnya.
"Aku tak rindu kau pun."
"Sampai hati!" wajah Taehyung berubah cemberut dengan mulut dimanyunkan kebawah.
Gelak kecil tercetus dibibir Yoongi. Air kopi yang masih hangat, dia hirup perlahan.
"Jangan nak merajuk. Cuba kau ulang balik ayat aku tadi, buang dua kata dalam ayat aku tadi dan kau temukan jawapannya."
Kepala Taehyung terlentok ke kiri, anak matanya menerawang ke siling kafe. Mindanya bermain peranan.
Sedetik kemudian, wajah Taehyung berubah ceria semula. Senyuman lebar terbias di bibirnya.
"Hehe. Aku dah jumpa jawapannya. Hyung ni suka sangat main dengan kata-kata. Dasar tsundere."
Yoongi hanya tersenyum menanggapi perkataan Taehyung itu.
"Hmm. Kau bila nak naik pelamin Tae?"
Kata-kata spontan yang keluar dari mulut Yoongi, buatkan Taehyung tersedak air liur sendiri. Yoongi terkekek geli hati melihat wajah kemerahan Taehyung itu.
"Ish hyung ni! Ayat sensitif tu, tak sukalah." Taehyung berkata dengan nada suara marah yang dibuat-buat.
"Habistu, asal kau tak kahwin lagi? Ingat, umur kau tu dah dua puluh empat."
"Dua puluh empat tu, dikira muda lagi okey?" bidas Taehyung selamba.
Yoongi menggulingkan bebola matanya ke atas. "Dah tu?"
Helaan nafas terlepas dari mulut Taehyung.
"Aku.. Aku cuma takut."
Mendengarkan itu, buatkan gelak Yoongi terhambur. Taehyung hanya menjeling kesal.
"Kau takut nak kahwin ke dude? Haha, lawakny.."
Belum sempat Yoongi habiskan ayatnya, Taehyung sudah memotongnya.
"Aku takut, ada sebab okey. Sebab aku adalah kau hyung. Selepas melihat kehidupan rumah tangga hyung yang hampir hancur itu, buatkan aku takut nak dirikan rumah tangga. Aku takut rumah tangga aku juga, hancur seperti hyung."
Mulut Yoongi terkunci rapat setelah mendengar kata-kata Taehyung tersebut. Kelu dan terkesima Yoongi dibuatnya. Tidak di sangka, dia punca yang Taehyung takutkan.
"Taehyung jangan disebabkan aku, kau macam ni. Maybe, ni memang dah takdir hidup aku. Tuhan cuma nak uji aku Taehyung, aku dah kuat dengan semua ni. Takdir kita, berlainan Taehyung. Tak semestinya, apa yang aku lalui kau juga akan lalui.
Mungkin ada, tapi tak semestinya sama. Kau tak boleh tolak takdir kau Taehyung. Setiap hambaNya mesti diberi ujian, Dia buat macam tu sebab Dia sayangkan hamba-hambaNya. Setiap ujian yang kita lewati, pasti dibalas dengan ganjaran yang istimewa."
"Hyung.."
Yoongi memandang Taehyung dengan senyuman kecil.
"Ya."
"Kau kata kau kuatkan? Tapi, sebenarnya kau tak kuat kan?"
Yoongi berdeham sejenak. Dia pandang wajah Taehyung.
"Ya. Luaran aku memang nampak kuat, tapi tidak pada dalaman aku. Aku seorang insan yang lemah dan rapuh Taehyung."
Yoongi berjeda seketika, nafas ditarik sebelum menyambung kembali perkataannya.
"Tapi, apa boleh buat kan? Aku hanya pasrah dalam menjalani kehidupan aku ni, aku cuma nak tau apakah pengakhiran kisah hidup aku aje. Apakah aku bahagia atau tidak? Itu aje."
Taehyung hanya mampu mendiamkan diri sambil memandang wajah Yoongi yang berubah suram dan redup itu. Namun tidak lama kemudian, Taehyung teringat akan sesuatu. Sesuatu yang melibatkan diri Yoongi.
"Hyung."
"Hmm?" Yoongi berdeham. Dia memandang Taehyung yang seakan teragak-agak mahu mengatakan sesuatu padanya.
"Ehem. Sebenarnya aku nak kasi tau kau something hyung."
"Apa?" soal Yoongi panasaran, perasaannya mendadak menjadi tidak senang.
"Aku harap kau kuat selepas dengar apa yang akan aku katakan ni, hyung."
*****
Tbc.
KAMU SEDANG MEMBACA
Lagenda Isteri Durjana (M.Y.G FF) [C]√
Fanfiction"Walaupun kau buat aku, macam diri ini tunggul kayu. Aku okey, asalkan kau bahagia. Tapi, aku juga manusia yang punya perasaan dan tahap sabar." Start : 21/5/19 End : 8/10/19 Status : Complete!