Beberapa bulan kemudian..
KATIL beroda empat bergerak laju, membawa seorang wanita muda yang tengah sarat mengandung di atasnya.
"Abang sakit!" Anna menggenggam kuat tangan Yoongi sambil mengerang kesakitan. Nafasnya memburu dengan peluh membasahi sekujur tubuhnya.
Yoongi hanya mampu menenangkan Anna dengan kata-kata penenang. Sesekali tangannya sibuk mengelap wajah Anna yang penuh dengan peluh.
"Just calm down dear, everything gonna be okay." bisik Yoongi lirih dengan senyuman nipis.
"Maaf, anda di minta tunggu di luar." kata seorang nurse wanita melarang Yoongi daripada masuk ke dalam bilik bersalin.
Yoongi hanya menganggukkan kepala, dia memandang Anna yang sudah di bawa masuk ke dalam bilik bersalin. Dalam hatinya, dia tidak henti-henti berdoa agar isterinya baik-baik sahaja dan juga bakal anaknya selamat dilahirkan.
"Yoongi!!" Yoongi berpaling bila mendengar namanya dipanggil lantang oleh seseorang. Dia tersenyum kecil bila mendapati keluarganya dan Anna bahkan kawannya Taehyung turut datang kemari.
"Omma!" Puan Min dan Yoongi berpelukan.
"Macam mana Anna sekarang?" soal Tuan Choi.
"Dia ada kat dalam sana, baru nak bersalin." jawab Yoongi.
Kepala mereka terangguk faham, mereka semua melabuh duduk di kerusi.
"Hubungan kamu berdua makin baik, baguslah. Mama bersyukur sangat yang anak mama balik ke pangkuan kamu semula Yoongi, mama harap hubungan kamu berdua selalu membawa kebahagiaan sehingga ke jannah." kata Puan Choi. Dia tersenyum manis pada menantunya.
"Betul tu kata mama kamu, papa salut pada kamu yang sanggup tunggu dan sabar dengan Anna. Papa bangga ada menantu macam kamu Yoongi, tak sia-sia kami ambil kamu jadi menantu. Kami sayang kamu." kini Tuan Choi pula meluahkan kata.
Yoongi tersenyum nipis, namun tidak berkata apa-apa. Ibu bapa Yoongi hanya tersenyum senang mendengarkan itu.
Taehyung menepuk bahu Yoongi seraya tersenyum manis.
"Congrats hyung, hyung dah nak jadi ayah. Aku harap hyung dapat jadi ayah yang terbaik, boleh membimbing dan mendidik mereka ke arah kebaikan." kata Taehyung.
Mereka berdua berbalas senyum.
"Thanks Taehyung." ucap Yoongi.
"You're welcome dude."
•••••
PIPI tembam bayi perempuan yang kemerahan itu, dicium penuh kasih oleh Yoongi. Dia tersenyum manis pada Anna. Dahi isterinya dicium lama.
"Thanks sayang untuk hadiah berharga ini. Luv you." ucap Yoongi dengan senyuman bahagia.
Anna membalas senyuman Yoongi.
"Sama-sama abang. Luv you too." balas Anna.
Ibu bapa mereka yang turut ada di situ tersenyum bahagia melihat pemandangan indah didepan mata mereka. Taehyung diam dalam senyumnya, dia turut tumpang bahagia atas kebahagiaan Yoongi.
"Meh, sini Yoongi biar omma pula dukung cucu omma yang comel ni. Tapi, kau orang nak namakan apa untuk anak kamu ni?" kata Puan Min, bayi perempuan tersebut bertukar tangan.
Anna memandang Yoongi dengan kening dijongket sebelah.
"Abang nak namakan apa?" kini Anna pula menyoal Yoongi. Mereka semua mula menumpukan perhatian pada Yoongi.
"Hmm, saya namakan dia Min Yoonna."
"Yoonna?" soal mereka semua.
"Ya. Nama Yoonna diambil daripada nama kitorang berdua. Yoongi dan Anna." Yoongi tersenyum pada mereka semua lalu pandangan matanya jatuh pada wajah Anna.
"Wah! Sweetnya hyung." kata Taehyung dengan gelak kecil.
"Dengki ke? Kalau dengki pergi lah kahwin cepat!" bidas Yoongi selamba. Wajah Taehyung berubah cemberut apabila mendengar perlian tersebut.
Bilik rawat Anna, tidak lama kemudian dipenuhi dengan gelak tawa daripada mereka semua tatkala melihat gelagat dua sekawan itu. Suka sangat menyakat dan menyindir satu sama lain.
*****
Tbc.
KAMU SEDANG MEMBACA
Lagenda Isteri Durjana (M.Y.G FF) [C]√
Fanfiction"Walaupun kau buat aku, macam diri ini tunggul kayu. Aku okey, asalkan kau bahagia. Tapi, aku juga manusia yang punya perasaan dan tahap sabar." Start : 21/5/19 End : 8/10/19 Status : Complete!