SENYUMAN sinis terukir pada bibir Yoongi, genggaman tangan Anna pada rambutnya ditepis kasar. Dia pandang Anna datar.
"Pembalasan? Kau nak balas apa?" datar sahaja suara Yoongi. Tangan disilang kedada.
Anna menyungging senyuman herot. Tubuhnya yang separa bogel itu, diusap perlahan kerana hawa dingin yang menusuk ke permukaan kulitnya.
"Nanti kau akan tau juga. Belum saatnya kau tau. Aku akan pastikan kau sengsara dan derita secara perlahan. Benda tu akan berlaku juga bila sudah tiba waktunya."
Terkelu lidah Yoongi, dengan apa yang terucap di bibir isterinya itu. Entah apa yang sedang dirancangkan oleh Anna untuknya. Dia tahu benda yang Anna katakan itu bukanlah sesuatu yang baik untuknya.
Helaan nafas lelah terhembus dari kedua belah bibir Yoongi. Tatapan matanya redup, dia merenung segenap raut wajah isterinya.
"Sampai bila kita nak hidup macam ni, Anna? Kau tak penat ke hidup macam ni? Sampai bila kita nak akur satu sama lain? Aku.. Aku dah penat hidup macam ni, rumah tangga kita ni aku rasa macam.. Macam hampa saja." luah Yoongi lirih.
Sudut bibir Anna bergetar, perasaannya sedikit terasa pilu tatkala mendengar nada suara Yoongi yang seperti lelah akan semua yang telah terjadi hampir setahun lebih ini. Namun, cepat-cepat dia halau perasaan tersebut daripada semakin menghimpit dirinya.
Gelak sinis tercetus dibibir Anna.
"Hampa?"
"Ya, hampa. Tersangat hampa."
Anak mata digulingkan ke atas, pipi Yoongi ditepuk perlahan lalu tersenyum datar.
"Kalau kau dah bosan dengan aku, kau boleh ceraikan aku sekarang juga." ujar Anna selamba sambil mengelus pipi Yoongi lembut.
Yoongi dengan perlahan menepis tangan Anna daripada pipinya. Dia tersenyum tipis seraya merenung anak mata isterinya dengan tatapan mata redup. Anna terkedu melihat pandangan mata Yoongi, sinar mata itu seperti kehilangan cahaya dan kosong sahaja.
"Ya. Jikalau benda itu aku boleh buat, dah lama aku buat. Tapi, aku tak dapat. Aku buta dan bodoh sebab ada rasa macam ni terhadap kau. Kenapa bayangan kau tak nak pergi daripada bermain difikiran aku?"
Yoongi menarik nafas perlahan, lalu kembali melanjutkan kata-katanya.
"Tolong, tolong beri aku satu kesempatan untuk merasai apa tu dicintai oleh orang yang aku cintai. Tolonglah, itu saja yang aku pinta daripada kau."
"Aku tak tau apa yang kau rancang selama ni untuk aku, akan tetapi sebelum benda tu terjadi baik kau cegah." sambungnya.
"Asal pula aku nak cegah? Aku dah penat rancang benda ni dengan seseorang, senang kau aje nak aku gagalkan macam tu aje sebelum aku mulai?" kata Anna bengang.
Yoongi tersenyum sahaja.
"Ya. Daripada kau menyesal di akhir rancangan kau tu, penyesalan memang selalu berlaku di akhir perbuatan kita sendiri kan? Aku tak tau apa yang berlaku suatu hari nanti, tapi aku harap kau tak menyesal dengan apa yang berlaku nanti."
Bahu isterinya ditepuk perlahan lalu dia beredar daripada ruang tamu, meninggalkan Anna yang terkesima dengan kata-katanya itu.
"One more thing, please jangan pergi ke tempat tu lagi. Aku mohon sesangat, Anna."
•••••
DI sebuah bilik, terlihat Anna yang terduduk di birai katil sambil melayang lamunan.
Sudut hatinya berasa gelisah dan resah tidak menentu, perkataan Yoongi sebentar tadi terngiang-ngiang di benak fikirannya.
"Aku.. Aku tak menyesalkan? Ya! Aku tak kan menyesal, aku dah lama tunggu benda tu terjadi. Melihat kehancuran seorang lelaki yang bernama Min Yoongi, adalah impian aku. Dan juga, dare tak guna ni akan segera berakhir. Aku dah muak dengan semua ini."
Anna bangun dan melangkah menuju ke meja soleknya. Laci meja yang paling bawah, dia buka. Dia tersenyum lebar, bila mendapati benda yang sudah jarang dia tidak sentuh selama ini. Perlahan dia capai benda tersebut.
Bunyi deringan telefon bimbit membuatkan Anna tersentak kecil. Mulutnya mengeluarkan carutan, kerana kesal diganggu.
"Hello?"
"Hello sayang."
"Apa you nak?" soal Anna malas. Kedengaran suara gelak diseberang talian.
"I nak you boleh? Tapi, kenapa you tak datang lagi ni? Puas I cari you kat dalam klub ni? You datang tak ni? Atau you nak I ambilkan?"
Bibir Anna terjuih ke bawah.
"Sorry? Tak payah lah you datang ambil I, Hoseok. I tak datang malam ni, sorry okay?" kata Anna datar berbaur kesal.
Gelak sinis tercetus dibibir Hoseok.
"Okay dear. But, betul ke you tak nak datang ni? Ke suami you yang larang keluar?" tanya Hoseok dengan nada suara sinis.
Anna menggeram kesal.
"Bukan urusan you, dahlah I ada benda nak selesaikan ni. Bye!"
Tanpa menunggu balasan daripada Hoseok, dia terus memutuskan panggilan tersebut. Telefon bimbitnya dibuang ke atas katil, lalu pandangan matanya jatuh pada benda yang dia genggam sedari tadi.
"Okay, let's try."
*******
Tbc.
KAMU SEDANG MEMBACA
Lagenda Isteri Durjana (M.Y.G FF) [C]√
Fanfiction"Walaupun kau buat aku, macam diri ini tunggul kayu. Aku okey, asalkan kau bahagia. Tapi, aku juga manusia yang punya perasaan dan tahap sabar." Start : 21/5/19 End : 8/10/19 Status : Complete!