Part 32

332 34 0
                                    

Keesokkan harinya..

SENYUMAN manis bermain dibibir Anna. Kening Yoongi terangkat sebelah bila melihat wajah berseri Anna pada pagi itu.

Yoongi berdehem sejenak. "Happy semacam aje hari ni, kenapa? Ada apa-apa ke?"

Gelak kecil tercetus dibibir Anna. Dia memandang ke arah Yoongi.

"Abang, hari ni saya nak minta izin keluar boleh?" ujar Anna.

"Keluar? Awak nak pergi ke mana pagi-pagi ni?" soal Yoongi panasaran.

Anna tersenyum seraya mendekati Yoongi yang sedang melipat baju di atas karpet ruang tamu. Kepala suaminya dibelai lembut.

"Saya nak pergi butik, dah jarang saya ke sana. Lagipun hari ni ada meeting. Boleh ya abang, tak lama pun lepas habis je meeting saya terus balik okey?" kata Anna.

Yoongi diam buat seketika lalu kepalanya diangguk kecil.

"Yela. Tapi, abang temankan ya? Abang risau kalau terja.."

Belum sempat Yoongi habiskan ayatnya, Anna sudah memotong kata-katanya terlebih dahulu.

"Tak payahlah. Saya okey aje, abang janganlah risau." kata Anna.

"Tapi.."

"Tak ada tapi-tapi. Saya pergi dulu ya? Bye husband." bibir suaminya dikucup sekilas sebelum dia berlalu untuk ke pintu utama rumah mereka berdua.

"Hati-hati bawa kereta, kalau ada apa-apa telefon abang tau! Bye wife." jerit Yoongi pada Anna.

"Ya abang." sahut Anna dalam gelak kecilnya. Tangannya dilambai perlahan pada Yoongi dengan senyuman manis.

Selepas kelibat Anna menghilang di balik pintu rumah yang ditutup rapat, Yoongi termenung seketika. Matanya merenung kosong pada kain baju yang masih belum siap dilipat.

"Kenapa perasaan aku tak sedap eh? Aku harap, tak ada apa-apa yang terjadi." bisik Yoongi perlahan sejurus melanjutkan kerjanya yang tergendala seketika itu.

Namun tangan Yoongi berhenti daripada melipat pakaian. Kedua tangannya tergetar-getar dengan tiba-tiba. Wajahnya berubah pucat. Peluh mula menitis di dahi.

"Ugh!" rintih Yoongi sambil memegang kepalanya yang terasa sakit seolah dicucuk-cucuk dengan sebatang jarum yang tajam.

"Argh, sakit!" rambutnya diramas-ramas dan ditarik-tarik kasar sekadar mahu menghilangkan rasa sakit namun perbuatannya hanya sia-sia sahaja. Rasa sakit makin kuat menyerang dirinya.

"Argh!! Uhuk, uhuk!" jerit Yoongi dalam batuknya. Seleleh cecair merah pekat keluar dari rongga hidungnya.

Batuk Yoongi makin kuat, darah tersembur keluar dari mulutnya mengenai baju-baju yang ada di depannya.

"Sakit, ugh!" Yoongi merintih. Tubuh Yoongi rebah di atas karpet, sesaat kemudian pandangan matanya mula menggelap.

•••••

TANGAN Anna menyentuh dadanya yang sedari tadi berdegup dengan begitu kencang. Perasaannya begitu tidak tenang, sejak dia melangkah keluar daripada rumah lagi. Wajah Yoongi terbayang-bayang di ruang matanya.

"Yoongi, tak ada apa-apa yang terjadi kan?" bisik Anna resah.

"Bos?" bahu Anna terangkat kecil kerana kaget, dia membalikkan badan lalu tersenyum pada pekerjanya.

"Ya?" soal Anna dengan wajah dibuat semanis mungkin, agar wajah gelisahnya tidak dilihat oleh para pekerjanya.

"Bos okey? Kalau bos tak okey bos boleh balik, biar saya saja yang handle meeting tu." kata Hemi, pekerja Anna sekaligus merangkap orang kanan Anna.

Anna tersenyum kecil. "Saya okey. Tak apa, jangan risau. Meeting start bila?"

Hemi mengerling jam yang melingkar di pergelangan tangannya.

"Lagi 3 minit, bos. Kalau macam tu boleh lah kita buat persiapan dulu untuk meeting nanti." kata Hemi sopan pada Anna.

Kepala diangguk perlahan, wajah ayu Hemi dipandang.

"Hmm, kalau macam tu awak pergi siapkan apa yang patut dulu. Saya nak call seseorang kejap." kata Anna.

"Baiklah bos." sahut Hemi. Dia menundukkan kepala sedikit lantas dia berlalu pergi.

Anna hanya memandang kepergian Hemi dengan hujung mata, helaan nafas terlepas dari mulutnya. Tangannya mengeladah isi di dalam hadbag, telefon bimbitnya dikeluarkan. Laju tangannya mendial nombor seseorang. Telefon bimbit diletakkan di cuping telinga.

"Please angkat abang." hujung kuku jari digigit perlahan. Wajah Anna terlakar raut risau dan gelisah bila panggilan telefonnya tidak dijawab oleh Yoongi.

"Abang tolonglah angkat, jangan buat saya risau please." gumam Anna, suaranya kedengaran gementar dan panik.

Maaf nombor yang anda dail tidak dapat dihubungi, sila ke..

Anna merengus halus seraya mematikan panggilan telefon, dia menoleh ke belakang bila ada yang menepuk bahunya.

"Bos, meeting dah nak mula. Diorang semua sudah ada kat dalam bilik meeting." kata seorang pekerja lelaki yang bernama Vernon.

Anna terdiam sejenak lalu kepalanya diangguk perlahan. Dia pandang skrin telefonnya buat seketika.

"Baiklah. Jom."

******
Tbc.


Lagenda Isteri Durjana (M.Y.G FF) [C]√Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang