HUJUNG mata Yoongi mengerling tindak tanduk Anna yang duduk di sebelahnya. Sedari tadi wajah isterinya berubah-ubah, seperti tidak senang duduk sahaja gelagatnya.
Yoongi berdehem. "Kau kenapa?"
Laju kepala Anna terkalih dari kotak televisyen ke Yoongi, kening dijongket tinggi.
"Saya kenapa?" soalnya kehairanan.
"Kau tu lah kenapa, macam gelisah aje. Kau fikirkan apa?" kata Yoongi.
Anna terdiam, dibenak fikirannya ligat bermain peranan. Jari jemarinya yang berada di atas riba, diramas-ramas resah.
"Saya sebenarnya.." Anna menggigit bibir bawahnya bila terpandang tatapan mata Yoongi terarah padanya. Redup sahaja mata lelaki itu.
"Apa? Cakaplah, aku tak makan orang pun." Yoongi bercanda kata. Dia tersenyum kecil.
Deheman terdengar dari mulut Anna.
"Saya sebenarnya ada benda nak minta dari awak."
"Apa?"
"Hmm. Kalau awak tak keberatan bolehkah saya nak minta awak mainkan piano untuk saya? Saya teringin nak dengar awak main piano. Boleh tak?" teragak-agak Anna menyuarakan kehendak hatinya.
Lama Yoongi merenung wajah Anna sehinggakan gadis itu tertunduk malu. Seculas senyuman kecil tersungging dibibir Yoongi. Perlahan umbun-umbun isterinya diusap lembut.
"Boleh." mendengar sahaja jawapan daripada Yoongi, buatkan kepala Anna terangkat. Dia memandang wajah Yoongi dengan senyuman lebar.
"Betul ni boleh?" soal Anna minta kepastian. Melihat anggukkan daripada Yoongi, buatkan senyuman Anna kian melebar. Tubuh suaminya didakap erat.
"Kau nak aku mainkan bila?"
"Sekarang boleh?"
"Okey. Jom ke bilik aku."
Yoongi mematikan suis televisyen lantas mereka berdua bergerak ke tangga untuk menuju ke tingkat atas. Tanpa sedar tangan mereka berdua saling bertaut erat.
Sampai sahaja mereka di bilik, sepasang suami isteri itu melabuh duduk di depan piano.
"Kau nak aku mainkan lagu apa?" Yoongi bertanya tanpa memandang Anna, dia merenggangkan jari jemarinya.
"Ikutlah,"
"Okay. This song just for you, listen."
Perlahan-lahan jari jemari Yoongi mula menari di atas tut-tut piano. Suara piano mula menggema segenap ruangan bilik Yoongi.
Yoongi mula mengeluarkan suaranya. Anna yang berada disebelah Yoongi, merenung wajah suaminya. Lelaki itu seakan menghayati lagu yang dia nyanyikan, Anna hanya diam sambil menghayati lirik lagu yang Yoongi mahu sampaikan padanya.
If this night passes.
I'm scared that I might not see you.Those clear eyes,
That familiar touch.
Your face that I looked at while smiling.
Will I not be able to see those again.Lagu yang dinyanyikan Yoongi seperti mahu menyampaikan sesuatu makna yang amat mendalam, tapi dia tidak pasti apa. Tapi, kenapa kelopak matanya terasa basah?
My every day,
You are there.
Your every day,
I am there.
When that moon goes down,
And the sun goes up.
You who was with me,
Will you not be there.If I close my eyes,
I think I'll remember the times that we are together.
When I close my eyes,
I think I will only remember the happy memories.Semakin mendayun suara Yoongi masuk ke dalam telinganya, turun pula ke hati. Suara Yoongi sedikit sebanyak bergetar dalam mengalunkan lagu tersebut.
Mata Anna mengerling Yoongi, dia terkedu bila mendapati ada aliran air jernih menuruni ke pipi Yoongi. Tidak sedar, dia turut menjatuhkan air mata.
If I close my eyes.
If I close my eyes.If I close my eyes.
I think I'll remember the times that we are together.
When I close my eyes.
I think I will only remember the happy memories.If this night passes.
I'm scared that I might not see you
If this night passes.
I'm scared that I will be left alone.Nyanyian Yoongi diakhiri dengan tangisan kecil daripada Anna. Yoongi menoleh dengan raut wajah bersahaja walaupun pipinya sudah basah oleh air mata yang sedari tadi tidak mahu berhenti.
"Anna.." tidak sempat Yoongi mahu sentuh pipi Anna sekadar mengesat air mata, Anna sudah pun mengangkat punggung.
"Saya ke bilik dulu." Anna berlalu keluar bilik Yoongi, meninggalkan Yoongi yang sedang memandang ke arahnya dengan tatapan mata redup.
"Anna.."
******
Tbc.
KAMU SEDANG MEMBACA
Lagenda Isteri Durjana (M.Y.G FF) [C]√
Fanfiction"Walaupun kau buat aku, macam diri ini tunggul kayu. Aku okey, asalkan kau bahagia. Tapi, aku juga manusia yang punya perasaan dan tahap sabar." Start : 21/5/19 End : 8/10/19 Status : Complete!