kiss💏1

573 28 0
                                    

Taehyung pov...

Aku menongkat dagu sambil memandang kearah papan putih yang dipenuhi dengan tulisan cakar ayam milik Sir Arumugam
Lelaki kacukan india- korea itu seronok menerangkan tentang formula matematik yang diajarnya sambil siap mengelek gelekkan badan

Sesekali guru itu akan menyanyikan bait bait lagu hindustan yang digubah menjadi lagu formula matematik.Katanya dengan cara ini fungsi otak kiri dan kanan akan berfungsi serentak dan akhirnya semakin mudah fokus.

Tapi perlu ke joget dan menonggeng gaya penari balle patah pinggang.Serius semua yang aku nampak ni sangat.....

Mengarut

Serius.Dan budak yang lain gelak dan seronok melihat gaya pengajaran cikgu yang tah apa apa tu.

Terus aku menguap besar.Malas nak belajar.Balik rumah boleh belajar lagi.Bukannya aku minat belajar sangat.Lagi sanggup aku buat taik mata kat sini berbanding belajar tarian tah apa apa daripada sir Arumugam ni.

Terus aku katupkan mata dan membenamkan muka keatas meja.Perlahan lahan suara sir arumugam bertukar sayup sebelum hilang kerana diherdik Cik Chong guru disipilin yang memarahi sir kerana berbuat bising.

Ahahahah padan muka.

......

Aku berjalan sambil membuat muka selamba apabila ditegur oleh beberapa pelajar perempuan.Sesekali pelajar pelajar itu akan tergelak gelak dan saling menepuk antara satu sama lain

Nasib baik tak tepuk tepuk pastu bergaduh sampai patah gigi.

Aku memberhentikan langkah aku apabila ternampak seorang pelajar berjalan menghampiri ke arah aku.Ditangannya elok memegang bekas makanan sebelum mengukir senyum bukan main manis kearah aku.

Sekali aku menjeling geram dengan gaya malas nak layan.Makin dicakap makin taknak didengar.Memang nak kena minah ni.

"Hai baby..nah i masakkan ni untuk you." Dengan penuh selamba minah itu panggil aku baby.Hello?? Bila aku jadi baby kau? Kau lahirkan aku ke?

"Aku taknak kau makanlah sendiri" jawab taehyung selamba.Taknak ambil pusing dengan apa yang gadis genit itu katakan.Gadis genit yang menyusahkan hidupnya dengan idea gila mak ayah mereka nak menjodohkan mereka.

Such aku tak sangka zaman moden ni pun nak main kahwin kahwin paksa. Klise sangat.

"Alahh pleasee ambillah penat i masak tau baby." Jawab irene selamba siap rambut merah paras bahu itu dikibas kibas gaya gedik yang amat.Mata pulak terkebil kebil menunjukkan kecomelannya pada taehyung

Serius tak comel langsung! Buat malu segala keturunan jelah minah ni.Pelajar pelajar lain pun ada turut memandang aksi kami.Ada yang berbisik.Ada yang bertepuk teruja ada yang mencebik.

Melihat banyak mata yang memandang kearah kami.Terus dengan kasar aku merampas bekas makanan di tangan irene
Baru sahaja bibir itu mahu mengukir senyum kepuasan...

Serentak dengan itu satu koridor yang membingit tadi menjadi sunyi apabila keluar bunyi yang agak kuat dari arah aku dan irene.

Bunyi bekas plastik dipijak.Bukan dipijak siap direnyuk renyuk dan digilis pakai lori.Menjadikan bekas plastik berbentuk doraemon itu renyuk.Dari doraemon menjadi emm tahlah nak cakap apa.

Mata irene bergenang dengan air mata apabila melihat hasil titik peluhnya selamba sahaja dipijak oleh aku dengan muka tiada perasaan.

Dan tanpa sebarang kata kata terus aku berlalu meninggalkan koridor yang masih bising ditambah dengan adegan tangisan dan pujukan dari kawan kawan irene.

"Siapa suruh aku dah cakap aku taknak" kata aku selamba sambil tersenyum riang dan dengan riangnya menuruni tangga pejabat yang dilarang oleh pihak sekolah untuk pelajar gunakan.

Tapi itu tak menjadi halangan untuk kim taehyung melaluinya.Siapa yang tak kenal Kim taehyung? Pelajar gengster paling mereng disekolah.Tiada perasaan, beku.Suka bertumbuk .anak orang kaya.?memang skop skop anak orang kaya dalam drama.

Memang hadiah pemberian daripada peminat pasti akan dibuang atau dicampak ke tingkat bawah.untuk memusnahkannya.

Apa gunanya nak semak kan bilik semata mata dengan hadiah tah apa apa dari peminat peminatnya.Malahan kalau dia nak pasti dia akan dapat tak kira mahal mana pun

Kalau nak bandingkan dengan hadiah dari peminatnya....

Emmm celah jari jelah

.
.
.
.TBC

S1 .KISS K.T.H (Malay)✔ft JennieWhere stories live. Discover now