...
"Baiklah siapa yang tahu kira sudut bulatan?"soal mr taeyong sambil memandang anak muridnya."Sesiapa? Taehyung?"
Semua mata memandang kearah taehyung.Taehyung ketap bibirnya perlahan.Mentang mentang dia duduk belakang asyik nama dia yang disebut.
"Saya rasa cikgu patut tanya shin hwa...lagipun mesti dia tahu macam mana nak kira sebab dia ada bulatan diperutnya." Jawab taehyung dan disambut tawa rakan rakannya.
Taehyung dah terjerit jerit apabila shin hwa yang duduk disebelahnya bertindak mencucuk pinggangnya.
"Dah dah taehyung kamu boleh duduk." Jawab mr taeyong sambil tersenyum nipis.
"Baiklah kita sambung."
.
.
.Klak-.
Semua mata memandang kearah aku.Yalah aku tahu bau daripada badan aku memang meloyakan.
Busuk sangat aku pun sampai nak pengsan.
"Maafkan saya."
Terus aku tundukkan badan sambil berjalan ke meja aku.Baju sekolah yang telah aku basuh aku masukkan kedalam plastik.
Sekarang aku pakai pakaian sukan.
"Maaf..mesti busuk kan bau dia." Kata aku pada jisoo.
Laju jisoo geleng.
"Busuk sangat weii kau pi mana rehat tadi?"
Aku diam kejap..kawan kawan aku pun dah pandang aku
Malu aku tundukkan muka takkan nak cakap kan.Aku taknak susahkan sesapa.
"Cikgu saya rasa ada orang buang angin ."
Sekelas ketawa sambil menjeling pada aku.Aku tundukkan muka sambil memandang bawah.Jisoo disebelah tampak macam nak mengamuk.Matanya mencerlung tajam memandang pelajar lain.
Pang!
Kelas yang bising tadi berubah sunyi apabila terdengar bunyi meja dihentak.Semua mata memandang belakang.Termasuk aku.
Aku nampak taehyung sudah bangun dari duduknya dan wajahnya yang selama ni beku sahaja berubah jadi beku yang amat.Tiada lagi senyuman terukir dibibirnya
Matanya menentang tajam mata jong hyun yang ketawakan aku tadi.Muka dah macam nak siat orang hidup hidup.
Jong hyung yang sedar akan hal itu cepat cepat palingkan muka ke arah lain.
Menyeramkan.
Kawan kawannya pun dah meneguk liur memandang taehyung.
Taehyung angkat mukanya dan mata kami bersambung.Terus aku pandang hadapan semula tak mahu menatap matanya.Kalau aku pandang tak fasal aku menangis.
"Ikut aku."
Tangan aku ditariknya.Aku terpinga sambil memandang dia.Melihat reaksi aku terus dia menarik lengan aku sehingga aku berdiri.
"Eh..tae sekarang masa belajar." Kata aku apabila lengan aku ditariknya mengamit aku untuk ikut sekali.Beg pemberian taehyung yang elok diatas meja aku pandang.
Jisoo lisa dan rose juga tampak terkejut.Aku hantar isyarat tolong jaga beg aku pada jisoo dan dia anguk
"Taehyung sekarang masa belajar."
Tanpa endahkan amaran aku terus dia tarik tangan aku hingga keluar kelas.Dan aku perasan semua mata memandang.
Aku tak tahu sebab aku jalan dengan taehyung and dia pegang tangan aku atau sebab muka beku kuasa 10000 dia atau sebab bau busuk ni.
TBC-✔
YOU ARE READING
S1 .KISS K.T.H (Malay)✔ft Jennie
RomanceTaehyung ft jennie 🚻 Satu ciuman yang menemukan kita Start:25 may End:on going S1 and S2 S2 Start: End: Genre:romantic Language:Malay