Jennie pov.
.
.
.
.~~🌸🌸Aku menutup perlahan pintu kayu hadapan rumah aku.Rumah aparment usang yang tampak buruk dan menyeramkan.Macam rumah hantu dalam filem tu.
Tapi apakan daya dah ini sahaja tempat untuk aku berteduh.Kini hanya tuhan sahaja yang tahu bertapa aku rindukan kedua orang tua aku.Bertapa aku rindukan mereka
Aku menarik nafas sebelum dihembus lembut.
"Hei!!"
Aku yang baru sahaja melangkah terkedu apabila disergah begitu.Melihat gerangan orang yang memanggil aku automatik badan aku mengigil tapak tangan aku menjadi sejuk sebelum terketar ketar.
"Bila kau nak bayar hutang kau hah!!" Tengking lelaki berkumis tebal itu dengan mata mencerlung tajam memandang aku.
Aku mengetap bibir perlahan baru je aku nak mengeluarkan suara aku diherdik lagi.Aku terus menikus sambil memandang bawah.
"Aku bagi kau tempoh sebulan kalau kau tak berjaya nak bayar 5000 000 won bekas hutang bapak kau tu.Siap kau.Aku kerjakan rumah ni.Sekali kali ngan kau" jawabnya sebelum ketawa mengekeh.Aku cepat cepat mengangguk kan kepala selaju yang boleh.
Terus aku melangkah laju nak menjauhi kumpulan kumpulan pengugut hutang itu yang aku yakin masih mencerlung memandang aku.Ditambah dengan keadaan apartment yang menakutkan macam rumah hantu ini.Makin buat aku seram.
"Hei ada aku suruh kau pergi??!" Soalnya meninggi lebih kepada menengking.Aku perlahan memalingkan wajah menghadap lelaki itu.
"Saya saya nak pergi sekolah harini ada ujian." Jawab aku perlahan cuba mendapatkan simpati daripada lelaki itu.
"Pang"
Satu tamparan kuat lagi hangat mendarat ke pipi munggil milik aku.Aku terus menekap tangan aku ke pipi.Air mata laju menuruni pipi sebelum teresak perlahan
Tamparan yang kuat lagi berbisa itu memang membuatkan aku pening lalat.Ditambah dengan ketakutan aku berhadapan dengan lelaki.
"Ni lebih baik dari pada aku ratah ratah kau kat sini ya.kau dengar sini.Kalau kau tak langsaikan hutang bapak kau...kau tahu tahulah apa akan aku buat pada kau perempuan."
Selepas habis bercakap terus tubuh aku ditolak kasar kearah dinding.Kepala aku yang menghentak dinding menambahkan rasa pening kepala aku.Terus aku jatuh terduduk sehinggakan pakaian sekolah aku yang serba putih mejadi kotor kerana air tangki yang menitik jatuh atas kepala aku.
Aku menangis teresak esak meluahkan rasa sakit pada tubuh dan hati aku.
Beg sekolah aku digeledahnya.Semua barang sekolah aku jatuh dan menjadi kotor kerana terkena air tangkir yang bertakung.
Buku sekolah aku dipijak sebelum dompet aku dikeluarkan.Semua duit dari dompetku dikeluarkan.Laju aku bangun dan cuba merampas dompet aku.
"Jangan...duit tu saya nak guna nak beli makanan tolonglah jangan ambil" tangis aku teresak esak.Dompetku diangkat tinggi sebelum tubuh aku ditolak jauh sehingga aku terduduk.
Pantas aku bangun dan menerpa kearah lelaki itu.Badan yang sakit aku tak endahkan
"Tolonglahh saya merayu." Tangis aku lagi.
"Kau diamlah perempuan!!"
Dengan perkataan dan tengkingan kuat itu kepala aku ditolak kearah dinding sehinggakan aku jatuh terduduk.Laju air mata aku menuruni pipi.
Sakit pada badan menghalang aku untuk merampas kenbali wang yang tungkus lumus aku cari untuk membeli makanan dan alatan sekolah.Semuanya lesap.Susah payah aku bekerja selama sebulan lesap sekelip mata.
Perlahan lahan aku menggerakkan badan menjauhi lompok air kotor itu ketepi dan bersandar ke dinding luar apartment aku yang diselaputi lumut halus.
Langkah kaki samseng yang menjauh itu aku pandang dengan mata berbalam.
Mama...jennie dah tak tahan..apa jennie nak buat? Harini jennie ada exam ma....hiks hiks..jen jennie kena datang juga...ka kalau tak..jennie tak dapat masuk kelas yang jennie nak...
Mama...jennie rindu mama.....jennie rindu papa....jennie..jennie...jennie tak sanggup hidup macam ni
Perlahan aku bangun dari sandaran aku pada dinding.Air mata yang laju turun aku lap kasar
"Takpa jennie.kau jangan sedih.sikit je ni..sikit je..sekarang jom pergi sekolah."laju bibir aku mengukir kata sebelum aku mengebas ngebas baju sekolah aku
"Tapi..takkan aku nak pakai macam ni? Barang sekolah aku macam mana? Buku nota aku? Ya tuhan..." Soal aku perlahan sebelum aku memicit pelipis.Kesan lebam pada betis aku jelas terlihat.Air mata makin laju menuruni pipi.
Aku memejamkan mata dan membiarkan air mata aku mengalir
"Siapa nak tolong aku ni?"...
TBC.........
YOU ARE READING
S1 .KISS K.T.H (Malay)✔ft Jennie
RomanceTaehyung ft jennie 🚻 Satu ciuman yang menemukan kita Start:25 may End:on going S1 and S2 S2 Start: End: Genre:romantic Language:Malay