Jennie pov
.
.
.
.
...~🌸Aku hanya berjalan tanpa mengendahkan pandangan mata pelajar sekolah aku kepadaku.Muka selamba aku layangkan tetapi apabila malu menguasai diri terus aku tundukkan muka menahan rasa.
Sesampai sahaja aku dihadapan tandas laju aku masuk dan mengunci pintu.Perlahan aku lurutkan badan pada pintu tandas.Aku mencangkung sebelum menangis teresak esak.Laju aku menutup muka dan mengetap bibir perlahan.Tangisan yang sedari tadi aku tahan aku luahkan semahunya tetapi didalam suara yang perlahan
Risau dikesan orang lain pastu buat spekulasi ada hantu langsuir menangis dalam tandas.
" Apa aku nak makan? Macam mana nak basuh baju? Duit takda nak pergi dobi....ishk ishkk apa aku nak buat" tangis aku laju.
Tok tok tok
Cepat cepat aku bangun dari sandaran apabila pintu bilik air diketuk dari luar.Terus aku mengelap muka beberapa kali sebelum membuka pintu.
"Jennie..kau ok tak?"
Selepas membuka pintu jisoo memandang kearah aku.Cepat cepat aku larikan wajah daripada ditatap oleh jisoo .Mengelakkan kesan tangisan mata aku dikesan.
"Aku ok..jangan risaulah.dah jom masuk kelas." Jawab aku selamba terus aku keluar dari tandas.Baju yang tersarung pada badan aku pastinya menarik minat sahabat aku itu.
Manakan tak aku hanya memakai seluar panjang bewarna hitam dan baju lengan panjang putih.Antara sebabnya adalah untuk menutup kesan lebam pada lengan dan betis aku.
Sebatang pen,pembaris,liquid sahaja yang aku bawa aku masukkan kedalam poket.
Tangan jisoo aku gapai dan kami jalan bersama ke arah blok yang sama.
Biarlah biar aku saja yang tahu.aku taknak susahkan sesiapa
.........
Taehyung pov.
Aku melangkah keluar dari limosin bewarna putih milik ibu bapa aku.Aku melangkah kearah pintu pagar sekolah yang sudah ditutup rapat.aku mendengus Menyusahkan
"Nak tutup tutup bagai.ni kira baiklah jugak aku datang sekolah Menyusahkan." Rengus aku sendiri.
Jam tangan aku dikerling.pukul 9? Bukan lambat pun takat lewat 2 jam je.Kecoh.
Aku memandang kiri dan kanan memastikan tiada orang yang memandang.Dengan penuh selamba.Aku mengundurkan badan dan berlari laju sebelum melompat.
Badan aku pusingkan sehingga tangan aku menyentuh jalan kemudian aku melompat sedar sedar je aku sudah memasuki kawasan sekolah.
Aku tersenyum sinis sebelum mengebas tangan sendiri
"Mudah."
Terus aku berjalan sambil menguap perlahan.Kawasan sekolah yang sunyi kerana waktu peperiksaan sedang berlangsung.
"Periksa? Huh malas.menyusahkan je." Dengus aku.Alah aku tak belajar pun memang pandai.Puji diri aku sendiri
Tapi itulah hakikatnya.aku memang antara pelajar cemerlang disekolah ini.
Takpayah nak pulun kat sekolah pulun kat rumah je.Aku melangkah tanpa perasan apabila melalui koridor.Sedang aku berjalan kaki aku terlangar setin air minuman yang sudah kosong sehinggakan aku hampir jatuh tersungkur.
"Shit!" Tengking aku meninggi.terus aku menendang tin itu menjauh sehingga aku mendengar bunyi orang mengaduh.
Aku memandang hadapan dan terus aku meneguk liur.Oh gosh!!
"Kim taehyung!pergi ke bilik saya sekarang"
Aku menjeling.
Perempuan memang menyusahkan
.....TBC~~
YOU ARE READING
S1 .KISS K.T.H (Malay)✔ft Jennie
RomanceTaehyung ft jennie 🚻 Satu ciuman yang menemukan kita Start:25 may End:on going S1 and S2 S2 Start: End: Genre:romantic Language:Malay