.kalau nak lagi feeling sepanjang baca ff ni boleh dengar lagu i will go to you like a first snow.Lagu tu macam ost lah😁selamat membaca.
.
.
.
.~~🌸
"Lepaskan aku!!syaitan iblis!! Lepasss" jerit aku kuat sambil menolak tubuh lelaki itu dari terus menindih tubuh aku."Lepaslahhh mama papa tolong jennie!!" Jerit aku kuat sambil menangis teresak esak.
Pang!
Pipi aku ditamparnya lagi dengan sekuat hatinya.Laju air mata aku turun
"Kau minta tolong mak bapak kau? Mak bapak kau dah tak sayangkan kau sebab tulah diorang mati tanpa bayar hutang aku.Sekarang kaulah dapat habuannya.Its ok baby .I dont hurt you." Jawab lelaki itu dan tangannya mula menjalar pada pinggang aku.
Aku menjerit nyaring.
"Taknak lepaskan aku syaitan lepaskan!!!!" Jerit aku lagi dengan air mata yang menitik laju.
Pang!
Sekali lagi pipi aku ditamparnya.
Aku dah tak tahan.Badan aku yang sakit sakit kerana dipukul menyukarkan aku untuk melawan balik
"Tolong...sesiapa...tolong aku~~" ujar aku perlahan.
.
.
.
.
............"Hah!"
Aku membuka mata sebelum bangun dari pembaringan aku terus duduk sambil melepaskan nafas yang seakan tersangkut pada dada.Wajah aku yang penuh peluh aku lap perlahan.Terus aku menutup muka menggunakan kedua belah tapak tangan dan meluahkan tangis semahunya.
Sebabkan terlalu risau aku sampai terbawakan hal itu dalam mimpi aku.Aku terus menarik nafas lembut.
Jantung aku yang berdegup kencang disebalik dada aku.Aku usap perlahan.Cuba menenangkan diri.
Perlahan aku bangun dari pembaringan dan meregangkan badan.Jam dinding yang sudah usang itu aku kerling.
"Dah pukul 5.40a.m. Haishh cepatnya masa..penatnya" keluh aku perlahan.semalam aku tidur lewat kerana bekerja lebih masa untuk membeli makanan dan sedikit barangan sekolah yang telah rosak.Nasib baik semalam sempat basuh baju kat dobi.Jadi harini aku pakai baju sekolah lah..
Terus aku melipat toto nipis yang menyakitkan belakang aku sebelum disusun ditepi dinding.Tuala yang aku sangkut diatas ampaian rumah .Aku capai sebelum melangkah kebilik air.
Pintu bilik air yang diperbuat dari plastik itu aku tolak perlahan.keadaan bilik air rumah aku yang tampak agak usang namun bersih tanpa sebarang lumut itu menyeramkan aku.Sebabkan aku selalu menyental bilik air ini agar lumut atau kulat tidak berkumpul.
Terus aku tadah air kedalam baldi sebelum gayungnya aku capai.
...............
Aku membuka pintu peti ais sebelum mengeluarkan beberapa biji telur dan sebungkus roti yang aku beli semalam.
Dapur gas aku buka sebelum kuali aku letakkan dan menuang sedikit minyak.Selepas minyak panas aku mengoreng telur secara hancur.
Selepas siap aku membancuh air susu daripada susu yang aku beli bulan lepas.
"Adoii tinggal sikit je ni...takpalah gaji lagi satu aku beli." Kata aku perlahan sebelum mula membancuh air.
Selepas bersarapan aku mencapai pakaian dan memakai baju sekolah.Jam tangan hitam aku capai dan dipakaikan ke tangan kiri.
Terus aku melangkah kepintu keluar dan mengunci pintu selepas keluar dari rumah.
"Haishh sampai bila lah hidup aku nak macam ni?" Bisik aku perlahan sambil memandang pintu rumah aku.
.............
Perlahan aku hayunkan kaki menjauhi kawasan perumahan aku.Aku melalui lorong kosong untuk sampai ke sekolah.Walaupun awal pagi tapi ini sahaja jalan untuk aku sampai ke sekolah dengan awal.
Sedang aku berjalan aku ternampak seorang lelaki berjalan dengan keadaan yang agak laju kearah aku.
Aku mengecilkan mata sehinggalah aku nampak beberapa orang kelompok perempuan mengejarnya.Aku tergelak sendiri.Nak lari dari peminatlah tu...alah alah
"Alahai bestlah ramai peminat"
Lama lama aku jalan langkah aku yang agak laju terhenti apabila wajah lelaki itu aku dapat cam.
"Wait...tu..lelaki hensem tu kan?" Oh nooo
Baru sahaja aku nak memusingkan badan menjauhi lelaki itu aku dapat rasakan tangan aku dipegang dan badan aku dipusingkan.
Mata aku berlaga dengan mata lelaki itu.Terkedu seribu bahasa aku.Kumpulan pelajar perempuan yang mengejarnya tadi turut berhenti.
"Awak..awak nak apa?" Soal aku cuba menolak tangannya dari lengan aku
"Kau langgar aku semalam...jadi tolong aku sekarang." Jawabnya selamba.
"Tolong ap-" tak sempat ayat aku habis aku dapat rasakan bibirnya menyentuh lembut bibir aku.
Terus nafas aku terhenti.Jantung aku dah berdegup kencang.Laju tangan aku ingin menolaknya menjauhi aku tapi laju tangannya menangkap tangan aku.Pinggang aku dirangkulnya sampaikan bibir aku agak tenggelam didalam ciumannya.
Makin aku cuba tolak makin lama diciumnya.Tapi selepas aku perasan pelajar pelajar perempuan tadi sudah pergi dengan tangisan yang sangat hiba itu bibirnya terus melepaskan bibir aku.
Air mata aku laju menitik.
"Aku benci kau!kau ingat aku murah ke?" Tanya aku meninggi dengan air mata yang menitik laju.
Terus aku menolak tangannya dan berlari meninggalkannya.
"Arghhhhh aku dah kena cium dengan crush aku!!" Jerit aku sambil berlari.Air mata aku biarkan jatuh
Aku tak tahulah ni air mata gembira atau sedih.
..~TBC
YOU ARE READING
S1 .KISS K.T.H (Malay)✔ft Jennie
RomanceTaehyung ft jennie 🚻 Satu ciuman yang menemukan kita Start:25 may End:on going S1 and S2 S2 Start: End: Genre:romantic Language:Malay