Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
"Do your best no matter what happen.."
20 jun 20xx 6.50 a.m
Suasana apartment mewah seoul yang terletak betul betul ditengah bandaraya terlihat sangat indah dan memukau setiap mata yang memandang.
Manakan tidak apartment setinggi 12 tingkat dan berskala besar itu tampak elegant dengan rekaan ala english-korea. Memang nampak cantik dan sekali pandang kita mengetahui bahawa siapa golongan yang sepatutnya berada disini.
Namun suasana apartment seoul hari ini tidak seindah hari hari lain.....
Bilik 1203
"kim taehyung!!! "
"Ya tuhan taehyung bila awak nak bangun ni dah lambat!! " jerit aku kuat. manakan tak aku dah jerit panggil dia lebih daripada 100000 kali masih lagi tak bangun.
Aku menepuk nepuk badannya yang masih berbalut dengan selimut.Langsung takda tanda dah bangun. Mati ke apa dia ni?
Ah sudah.
"taehyung... Bangunlah kita dah lambat. "rengek aku tercebik sebelum meletakkan muka pada tapak tangan sendiri
"taehyung.... Yah Kim taehyung!!!!!" jerit aku sekuat kuatnya sampaikan pasu disebelah katil taehyung bergerak sedikit disebabkan jeritan aku. alu dah geram angat ni tak pernah pernah aku menjerit kat orang. Tapi budak kim taehyung ni benar benar menguji kesabaran aku.
Taehyung terus membuka matanya luas sebelum memberikan jelingan penuh tajam pada aku. eh kau fikir aku takut lah dengan jeling kau tu?
"Bangunlah taehyung kita dah lambat!!!" marah aku lagi.
"ya pun tak yah lah menjerit! "
Eh aku pulak yang kena marah
Terus aku menepuk kuat tilam katilnya. Mata aku memandang semula muka mamainya yang nampak masih tak sedar sepenuhnya.
"Awak cakap jangan jerit?? Awak tahu tak dah berjuta juta kali saya panggil! " marah aku lagi.
Taehyung pulak selamba mak nenek atuk moyang dia je menguap depan aku sebelum menggaru punggungnya beberapa kali.
"Bising ah kau berambuslah!! " ucap taehyung lalu menolak selimut yang membalutinya dengan kuat sehingga terkena aku.Kemudian dia berjalan dengan penuh lenggang lenggok tali kecapi dia tu kebilik air. Mamat ni memang nak kena