"Baiklah itu sahaja untuk harini.Jong hyun nanti tolong kumpulkan buku latihan ya." Arah cik syoo sebelum melangkah keluar kelas"Terima kasih cikgu"
"Selamat tinggal-eh eh terima kasih cikgu~~" siap tutup tutup mata lagi.Aiii kawan kawan aku dah macam penari mabuk ketum.
Kelaut semua.Kelas depan pun manyak tumbang ek time cikgu mengajar?.
"Hah cepat cepat bagi aku buku latihan." Jerit jong hyun sebelum berdiri menghampiri kawan kawannya.Hampir separuh kelas mengeluh kuat.Ada yang berguling dilantai menunjukkan protes.
Taehyung mencampakkan buku latihannya tepat tepat kemuka jong hyun.
"Aishh sorry." Ujar taehyung sebelum ketawa sambil menepuk kawan kawannya.
"Wauu taehyung pandai gelak ah sekarang." Ujar min ah dan disambut uuuu oleh kawan sekelas
Taehyung ketawa lagi sebelum melambai lambai kearah kawan kawannya.Jimin dah menepuk meja menandakan sokongan.
Jennie tersenyum kecil melihat taehyung yang sudah pandai bergurau dengan kawannya.Nampaknya dia ikut pertua aku lah tu.Senyum akan hilangkan semua masalah
Dan dia nampak lebih ceria sekarang.
Nampaknya...aku boleh tinggalkan kau dengan aman nanti tae...
Taehyung masih lagi ketawa terbahak bahak bersama kawan kawannya yang lain.
.
.
."Jomlah aku lapar ni." Ujar jisoo sebelum bangun dari duduknya.Aku turut bangun dan berjalan bersama mereka keluar kelas.
Aku memandang kebelakang lebih tepat ke meja taehyung.aku nampak dia sedang tergelak gelak sambil menyiapkan latihannya.
Jin dan jungkook sudah mengadu lapar.Jimin pula setia memberi jawapan kepada taehyung yang nampak bahagia meniru jawapan.
"Jomlah." Jawab aku dan menarik tangan kawan kawan aku.
.
.
."Terkejut doh aku tengok taehyung boleh gelak gelak tadi." Kata rose dan aku angguk.
"Tulah..nampaknya makin ramailah peminat dia nanti..dah sporting an." Jawab jisoo dan aku terdiam.
Ya tak ya jugak.
"Takpa jennie kau ada peluang." Jawab lisa dan menepuk bahu aku.Aku ketawa.
"Kau fikir aku boleh goda dia?" Soal aku dan laju dorang semua angguk.
"Eh mestilah kau cantik doh."Aku dah kembang semacam bila rose puji.Jangan puji manyak sangat nanti aku kembang.
"Tupun kalau sempat untuk aku goda dia." Bisik.aku perlahan.
"Ahh weii aku tertinggal duit dalam kelas , jap tau aku ambil."
"Okkk nanti tunggu kat kantin au."
"Ya" jawab aku laju dan terus aku berlari anak kekelas.
.
.
."Hah jumpa pun." Ujar aku sambil memgang dompet kain yang bewarna merah jambu itu.
Terus aku berjalan kearah pintu kelas untuk keluar.
"Kim jennie?"
Aku angkat muka kemudian memandang kearah empat orang pelajar perempuan depan aku.
"Ya." Aku angguk sebelum menghulur senyum.
"Boleh ikut kami sekejap?" Soal gadis berambut merah itu dan aku terdiam sekejap.
"Tapi.-"
" sekejap je boleh?" Ulangnya lagi dan aku angguk.
"Ok."
. . . . . . . . . . . .. . . . . . . .
"Kita nak ke mana ni?" Soal aku apabila kami sudah sampai ke belakng stor sukan sekolah.
"Start"
Aku terkejut amat bila kedua dua tangan aku dipegang sebelum aku didudukan ke bawah.
Kepala aku ditolak kebawah seakan akan gaya bersujud pada kaki gadis yang berambut merah itu.
"Hei!"
.
.
.
.
Irene mengankat kepala jennie sehingga mata mereka saling bertentangan."Ini balasan untuk kau sebab dekat dengan taehyung aku."
"Kau..kau kan perempuan penyibuk tu?"
Aku terus pandang wajahnya dan aku sedikit terkejut.
Perempuan ni...perempuan ni yang bermesra ngan taehyung kan?.
"Tak sangka...kau..." dia diam semula dan kembali tersenyum sinis
Terus telefon bimbitnya dihulurkan kepada jessica.Mereka berdua saling bertukar senyum antara satu sama lain.
"Hei!lepaslah!" Jerit jennie kuat sebelum menggoncangkan lengannya dari pegangan nana dan krystal.
"Rakam jes."
Kepala jennie dipangungkan keatas sebelum bibir sinis milik irene dihulurkan kepada jennie.
"Kau tahu cara buat kek?" Soalnya dan dia terus menolak kepala jennie kebawah menghadap kamera.
"Biar aku ajarkan kau." Jawabnya berbisik perlahan.
"Step 1 pecahkan telur"
Irene mencapai telur dari tangan kawannya sebelum dibaling keatas kepala jennie.
"Lepaslah!!" Jerit jennie dengan linangan air mata. "Kau lepaskan aku!"
Cecair telur yang mengena dahinya menambahkan pedih pada luka tersebut.
Dua biji telur dipecahkan sebelum disapu kemuka jennie.
"Kulit kau akan makin cantik" jawabnya sebelum ketawa.
"Step 2 tambah tepung diatasnya."
Bungkusan besar tepung gandum itu dibuka dan dituang ke kepala jennie.Jennie mengetap bibirnya perlahan sebelum matanya ditutup menghalang serbuk tepung memasuki mata.Air matanya yang meluncur laju dibiarkan.
"Step 3 tambah kan sos khas."
Dua botol mineral yang mengandungi cecair bewarna perang dibuka sebelum dituang ke kepala jennie.
"Taraaa anda boleh cubanya dirumah" jawab irene gembira sebelum menolak kepala jennie sehingga tersembam ketanah.
Rambut jennie ditarik kuat.Matanya bersambung dengan mata jennie sebelum tersenyum sinis.
"Kau dekati taehyung makin banyak kau dapat." Katanya sebelum meninggalkan jennie sendiri.
.
.
.
.Aku mengenggam kedua belah tanganku sekuat mungkin.Air mata yang mengalir aku biarkan.Bau hanyir telur dan 'sos khas' itu benar benar meloyakan.
"Jadi..itulah irene."
TBC-😢
YOU ARE READING
S1 .KISS K.T.H (Malay)✔ft Jennie
RomantizmTaehyung ft jennie 🚻 Satu ciuman yang menemukan kita Start:25 may End:on going S1 and S2 S2 Start: End: Genre:romantic Language:Malay