.....
.
.
.🌸"Haish...letihnya kerja." Ujar aku perlahan sebelum membuka kunci rumah.
"Baru balik jennie?"
Aku yang baru ingin masuk ke dalam rumah terhenti.Terus aku memalingkan wajah dan memandang gerangan orang yang memanggil aku.
"Haah ajuma..jennie ada kerja tadi." Ujar aku tersenyum kepada jiran sebelah aku yang suka sangat kepoh hal aku.Tapi sebabkan umur yang tersangat jauh beza aku menghormatinya.
Mungkin juga dia risaukan keadaan hidup aku.
"Ya ke pergi kerja?entah entah kau buat entah apa apa kat luar tu
Jangan kau nak buat onar lah kesian kat mak bapak kau yang dah mati tu."Amboi lajunya mulut mengata orang.Kalau ikutkan hati dah lama aku sumbat penyapu tu dalam mulut kau.
Aku kerling jam tangan aku dan ia menunjukkan pukul 11.00 malam🕚.Terus aku mencebik dan mengerling sedikit kearah wanita separuh abad yang sedang terbongkok bongkok menyapu sampah
Malam buta pun nak menyapu lagi.Gila ke apa?
Aku diam sahaja sebelum cepat cepat masuk kedalam rumah.Takut makin lama aku kat luar aku jadi kurang ajar.
Masuk saja kedalam rumah terus aku mencapai tuala dan berlalu kebilik air untuk membersihkan diri.Selepas membersihkan diri aku berjalan kearah dapur.Kabinet dapur yang agak tinggi itu menyukarkan aku untuk mencapai bungkusan makanan segera yang aku asingkan untuk hujung bulan.
Lantas kerusi kayu itu aku tarik kearah aku sebelum dipanjat.Sedang aku terjengket untuk mencapai bungkusan itu.Kaki aku sedikit tergelincir hinggakan aku hampir terjatuh dari kerusi yang aku gunakan untuk memanjat
"Arghh"
Jeritan aku sedikit terhenti bila terasa ada tangan yang menangkap tubuh aku dari terjatuh.Elok sahaja tangannya dipinggang aku.
Terus aku membuka mata dan bukan main terkejutnya aku apabila melihat wajah orang dihadapan aku.
"Awak..apa awak buat kat-"
Terkunci terus bibir aku apabila jari telunjuknya menyentuh lembut bibir aku.Mengarahkan aku diam.
Mata aku dan mata lelaki itu saling bertaut.Persoalannya sekarang macam mana dia tahu rumah aku ni?Senang senang dia nak masuk sini.
"Er..awak dah boleh lepas-emhpp"
Sekali lagi
Sekali lagi bibir aku diciumnya.Tapi ciuman kali ini lebih lembut berbanding sebelum ini.Cepat cepat aku tolak tubuhnya agar dapat melepaskan diri.
Tetapi sedikit pun dia tidak berganjak sebaliknya terus membiarkan aku khayal dalam ciumannya.Aku..
Khayal...
Dan aku biarkan sahaja........
Cepat cepat aku membuka mata dan memandang keliling kawasan dapur apartment rumah aku.Laju aku menekup muka sebelum duduk mencangkung.
Apa aku buat? Ya tuhan..apahal aku mengkhayal pasal dia.......aeghhhhh
Aku membuka mata dan memandang kearah kabinet yang terbuka luas itu.Perlahan aku panjat kerusi dan mencapai bungkusan makanan dengan muka kemerahan.
aku menyentuh perlahan bibir aku sebelum menutup muka lagi.Malunya...kalau ditahu dek sesiapa ini..mati matiiii.
Kenapa aku mengkhayal pasal dia?
Masalahnya kenapa khayalan aku pun.Aku cium dia???
"KAU TAHU TAK SEBAB KAU CIUM AKU LAH AKU JADI MACAM NI AKU BENCI ENGKAU BUDAK HENSEM!!!"jerit aku kuat melepaskan rasa malu yang amat.
Perlahan lahan aku duduk dan merangkak rangkak.Rasanya sebab khayalan tadi aku jadi gila macam niii.
"Dah jennie stop lah fikir pasal dia...lepasni kau siapkan homework then makan...."
Laju aku berdiri dan membuka bungkusan plastik itu.
"Aku akan lupakan kau budak hensemmm aku takkan fikirkan kau lagiiii" jerit batin aku sekuatnya...
..........🚻..........
Aku mengira wang daripada tabung aku.Sebelah lagi tangan aku ligat menulis perbelanjaan yang akan aku gunakan.
Terus aku mengeluh perlahan duit itu aku ikat menggunakan gelang getah sebelum dimasukkan kedalam tabung semula.Perlahan aku baringkan badan dengan air mata yang bertakung.
Tak cukup lagilah jawabnya...
Mana cukup duit ni..nak bayar yuran sekolah...nak beli barang sekolah nak bayar hutang samseng tu lagi
.lainlah kalau aku ikat perut setahun bolehlah aku bayar...duit biasiswa pun tak cukup."Jennie jangan persoalkan takdir." Laju aku bercakap cuba untuk menyedarkan diri semula...tapi...aku dah penat..aku dah tak larat.apalagi aku perlu buat?
"Esok..aku cari kerja lagi...malam ni..tidurlah dulu."
Terus aku membaringkan badan pada lantai mamar yang sejuk itu.Aku terlalu penat untuk hampakan toto.
"Nasib baik homework aku dah siap...Matematik ni senang sangat lah" bisik aku sebelum tersenyum nipis.
.........
Taehyung pov.
Buku Aditional mathematics itu ditutup kasar sebelum kalkulator dicampak keatas meja.Matanya mencerlung tajam memandang buku latihan itu seakan ia yang bersalah pada kebodohan diri kerana tak mampu menyelesaikan soalan matematik tu.
"Bodohlah matematik ni.Aku rasa matematik ni baik pergi mampus." Jeling taehyung geram sebelum bangun dan membaringkan badan keatas katil empuk yang sangat selesa
"Menyusahkan betul..." dengusnya lagi.
Alat kawalan jauh televisyen dicapai sebelum punat on ditekan.
"Iah tak da cerita bestlah pulak" rengus taehyung geram kemudian telefon bimbitnya dicapai.
Bulatan hijau ditepi chat kumpulan rakan rakannya.Banyak juga mesej daripada no yang tak dikenali.Ni tak lain tak bukan no peminat dialah ni.
Taehyung tersengih senget sebelum nombor nombor itu diblock.Nombor irene juga dibuang.
"Aku dah block banyak kali pun masih terhegeh hegeh." Dengus taehyung kemudian ditekan pula chat kumpulan kawan kawannya.
KORANG KENA TENGOK VIDEO NI DAHULU SEBELUM SAMBUNG BACA.
Taehyung menutup telefon bimbitnya sebelum menguap perlahan
"Comellah sangat..comel celah mana?" Soalnya sendiri.
Kalau kawan aku tauu...aku pernah cium dia.
Ahahahahha
Taehyung menutup matanya.Peristiwa ciuman pertamanya dalam hidup kembali bermain dalam ingatan.
Apahal aku ingat benda bodoh tu?
"Kau kira bertuah lah perempuan...senang senang dapat."
....TBC~~
YOU ARE READING
S1 .KISS K.T.H (Malay)✔ft Jennie
RomanceTaehyung ft jennie 🚻 Satu ciuman yang menemukan kita Start:25 may End:on going S1 and S2 S2 Start: End: Genre:romantic Language:Malay