《28》

198 17 2
                                    

Taehyung pov-👨

Bingkai gambar yang elok terletak diatas meja itu aku capai sebelum mata aku menjalankan tugas merenung gambar yang diletakkan didalam bingkai gambar itu.

Perlahan mata aku digenangi air mata lagi sebelum ia menitik jatuh.

"Damn it! Aku menangis lagi!Lemahnya kau taehyung."

Aku ketap bibir perlahan sebelum air mata itu aku lap.

Bingkai gambar yang memuatkan gabar sewaktu hari jadi aku yang ke 11.Aku tak sangka itu hari jadi terakhir aku bersama ibu aku.Aku jugak tak sangka aku akan 'kehilangan' ayah aku juga.

5 tahun lepas...

"Bo youn.Siapa lelaki yang masuk rumah awak tu? Kawan awak ek?"

Pertanyaan dari yo haa benar benar menyentak jantung tuan kim.Matanya terkebil kebil sambil memandang wajah isteri kepada mendiang kawannya yang sudah meninggal itu.

"Apa maksud awak? Lelaki mana?" Soal Tuan Kim terketar ketar.Mana mungkin isterinya membawa masuk lelaki lain ke rumah mereka.Tak mungkin.

"Ehh biar betul awak ni? Semalam saya nampak ada lelaki masuk rumah awak.Saya fikir kawan awak." Tambah Yoo haa lagi sengaja menambah minyak keatas api.

Melihat wajah Tuan Kim yang berubah 180 darjah membuatkan Yoo haa tersenyum bangga.

"Mana mungkin lah.Mungkin awak silap tengok kot." Ujar Tuan Kim lagi.Cuba nak menenangkan hati semula.Dia yakin isterinya bukan orang yang akan membawa lelaki masuk ke rumah mereka.

Yoo haa mencebik benci.Nampaknya dia perlu lakukan sesuatu untuk pisahkan Tuan Kim dan  Eun min.Dia takkan benarkan Eun min bahagia.

......

"Abang!!" Jerit Eun Min gembira sambil menerpa kearah Tuan kim.Tuan kim menghantar senyuman gembira sebelum tubuh kecil isterinya yang sudah sarat itu dipeluk erat.

"Isteri abang ok hari ni? Anak papa ok tak?" Ujar Tuan Kim sambil mengelus lembut perut isterinya yang sudah menggunung.Taehyung pula sedang seronok bermain diatas katil mereka.Walaupun anaknya itu sudah berumur 11 tahun

Sedaya upaya ditolak ketepi apa yang diperkatakan oleh Yoo Haa padanya tadi.Tak mungkinlah isterinya yang sudah sarat ini membawa pulang lelaki lain.

"Anak papa oklah.Mak dia pon.Eun min tak sabar nak tunggu baby keluar." Ujar eun min gembira.Bibir suaminya itu dikucup lembut sehinggakan Tuan Kim naik terkejut.

Matanya membulat memandang wajah isterinya.Amboi beraninya.Muka isterinya sudah berubah merah

"Abang ingat tau.Eun Min sayang abang sorang je."

Ujar eun min dan laju Tuan Kim angguk.

"Abang pun.Takda apa yang boleh hancurkan kepercayaan abang pada sayang." Ujar Tuan kim lagi.Eun min tersenyum manis.

Entah kenapa dia seakan tak percaya dengan kata kata suaminya.

"Appa eomma!! Tae lapar." Ujar taehyung sambil menepuk perutnya.Encik kim tergelak sebelum memeluk bahu isterinya dari tepi.Eun min tersenyum sebelum mengapai tangan taehyung

"Jom kita makan luar." Ujar eun min gembira.Tuan kim turut tergelak kerana taehyung dah melompat suka.Dia berharap keluarganya akan kekal gembira selamanya

...........

"Erghhh abang...perut eun min sakit." Ujar eun min menangis teresak esak.Tuan Kim menampar kuat wajah isterinya.

"Sampai hati kau!! AKU percayakan kau! Ni kau buat kat aku!!" Tengking encik kim sebelum tubuh isterinya yang sarat itu ditarik keluar dari pagar rumah.

"Appa jangan buat eomma!!" Halang taehyung sambil mengejar ayahnya.Air matanya jatuh menitik memandang ibunya yang ditarik keluar dari rumah.Yoo haa yang menjadi pemerhati tersenyum sinis.

Nampaknya tak lama lagi kekayaan tuan kim akan jadi miliknya.

Entah syaitan apa yang merasuk tuan kim.Sehinggakan dia tidak langsung rasa simpati pada isteri dan kandungan dalam perut isterinya itu.

Kalau dia tak pulang awal harini sampai bila bila dia takkan tahu isterinya curang dengannya.Apa yang kurang pada dirinya sampaikan wanita yang paling dicintainya itu mengharapkan kasih lelaki lain.

"Aku taknak tengok kau lagi!pergi kau! Aku  ceraikan kau!" Tengking Tuan Kim dan membuatkan Eun min yang sedang menangis itu terdiam.Matanya memandang mata suaminya yang berubah beku.Tidak lagi memandangnya dengan pandangan penuh cinta seprti dulu.

Taehyung yang seakan memahami yang ibu bapanya akan berpisah meraung kuat sebelum berlari kearah ibunya.Memaksa eun min untuk masuk kedalam rumah semula.

"Eomma masuklah !jangan tinggalkan tae!appa..jangan buat eomma macam ni." Laju taehyung memaksa ayahnya.Tuan Kim menarik tubuh taehyung menjauhi eun min.

Eun min sekadar mampu melihat sebelum air mata nya jatuh laju.

"Bye tae..nanti eomma datang melawat ya." Ujar eun min dalam sisa tangisnya
Yoo haa naik menjeling memandang wajah eun min.Salah kau eun min.Kau bertuah sangat.Aku tak suka tengok org lain lebih dari aku.

"Pergi kau ! Aku takkan benarkan kau jumpa anak aku" tengking Tuan Kim.Eun Min memandang wajah suaminya mungkin untuk kali terakhir.

Walau macam mana pun.Lelaki itu tetap nombor satu dihatinya.Matanya menjeling kearah Yoo Haa pula.Nampaknya suaminya lebih percayakan wanita itu berbanding isterinya sendiri.

Eun min memalingkan wajahnya sebelum mula berjalan.Air mata yang bertakung didalam kolam mata menghalangnya untuk melihat.Air matanya laju turun membasahi pipi.

Pinpin!!

"Eomma!!" Jerit taehyung kuat.Tuan kim yang menjadi pemerhati terkaku memandang jasad isterinya yang sudah tercampak

Perlahan lututnya terasa longgar sebelum dia jatuh terduduk.Air matanya jatuh laju.Jasad isterinya sudah dikerumuni orang ramai.Dia masih lagi disitu terkaku.

"Eun min... eun min...eun min..." sebut tuan kim perlahan.

"Eun min..."

.........

Tbc

S1 .KISS K.T.H (Malay)✔ft JennieWhere stories live. Discover now