e

220 18 1
                                    

Aku mengelap air mata aku beberapa kali sebelum menyambung kerja aku.

Air mata aku yang melurut jatuh aku biarkan malas untuk lap balik.Rasanya air mata aku dah selaju air terjun Niagara kot. Lama lama aku biarkan akhirnya aku tewas dengan desakan perasaan dan..

"HUARGHHHHH😭😭😭😭😭😭"

tangis aku kuat dan syahdu.

"Oi apahal kau ni? Kupas bawang je kan.takyah ah nangis macam suami kau dah dijemput tuhan." Rengus chanheyol sebelum mengambil duduk disebelah aku.

"Saya mana ada suami." Ujar aku tanpa rasa bersalah.Chanheyol terus menolak lembut hujung kepala aku membuatkan aku terjerit kecil.

"Sakitlah jangan main kepala boleh? Cubit kang" ujar aku geram siap dengan pakej mulut termuncung.Ni bukan sebab mengada ya.Ni sebab kesedihan aku mengupek bawang.

Aku mengelap pipi yang disapa air mata.Chanheyol dah menggelengkan kepalanya beberapa kali.

Lelaki kelahiran busan itu turut mencapai bekas bawang yang telah aku kupak dan basuh sebelum dia asingkan.

Lelaki pertama emm maybe kedua selepas Ahjushi kwang soo tukang kebun sekolah.Aku kenali Chanheyol sebabkan kerja yang aku ambil ini.Kebetulan restoran ini restoran keluarganya.Walaupun anak tauke tetap turun padang membantu perniagaan keluarga.Bagus bagus.

"Hiks hiks sakitnya mata..." tangis aku lagi dan dia tergelak.Sebelum menggeleng.

"Yang awak gelak kenapa?" Soal aku perlahan.Rasa kekok dan takut itu tetap ada tapi sebabkan kerja aku jauhkan perasaan takut aku.

"Aku nak tanya kau sikit boleh?" Soalnya pula tanpa menjawab soalan aku.Sebabkan malas nak layan aku anggukan sahaja.

"Apa?"

"Awak janji tak marah."

"Kalau awak tanya soalan fizik saya marah ah jugak"

"Eh dia ni orang serius dia main main."

Aku ketawa perlahan apabila melihat mukanya berubah masam.Bibir pulak dah termuncung gaya bibir ikan termakan asam plum.

Ni nak mengejek aku ke apa ni?

"Yelahh tanyalah." Jawab aku semula.Plastik yang dipenuhi kulit bawang aku ikat ketat sebelum diletakkan ke tepi besin yang sudah kosong.

"Kenapa awak kerja kat sini? Balik dari sekolah terus kerja.Balik tengah malam pulak tu.Awak tak penat ke?Mak ayah awak mana?"

Terus tingkah aku terhenti.Cepat cepat aku capai besin yang sudah dipenuhi bawang itu sebelum berdiri

"Saya bawak masuk ni dulu." Ujar aku sebelum laju masuk kedalam kawasan dapur restoran menggunakan pintu belakang.

Masuk sahaja terus aku meletakkan besin itu dan air mata yang menitik aku seka perlahan.Dari menangis depan Chanheyol yang baru beberapa hari aku kenal baik aku nangis sorang diri.

.............

Sinaran lampu malam ditepi jalan menemani perjalanan aku pulang ke rumah.Esok hari isnin.Maksudnya aku perlu ke sekolah.Tinggal beberapa minggu sahaja lagi sebelum genap sebulan.

Aku memerhatikan keadaan Lorong dimana lelaki hensem itu mencuri ciuman aku.Arghh apahal aku ingat hal ni..tak kena timinglah.Terus aku tepuk tepuk muka perlahan.Tapi bibir aku tetap tersenyum

Haishh mesti jisoo jaelous..sebab aku pernah kiss crush aku!!Tapi laki hensem tu baru je jadi crush aku beberapa hari lepas.

But....aku dah pernah cium dia!!!uwarghhh mesti peminat dia jaelous tahap nak mati kalau tahu.hihihi

S1 .KISS K.T.H (Malay)✔ft JennieWhere stories live. Discover now