《25》

187 19 0
                                    

.....○~●
Aku diam berkutik sambil meramas hujung baju gim aku.Mata aku takut takut nak memandang taehyung yang sedang fokus dengan permanduannya

"Ta-taehyung...awak bukaklah tingkap.saya faham.." ujar aku perlahan.Taehyung hanya berdehem perlahan tetapi matanya langsung tak dikalihkan dari memandang tingkap hadapan keretanya.

Langsung takda tanda tanda dia nak membuka tingkap.

Perlahan aku jauhkan diri aku darinya.Keluhan aku lepaskan lembut.Luka pada kepala aku semakin berdenyut dari tadi.

Aku dan dia diam je.Aku dah tak tahu nak cakap apa.Cakap kang dia tak jawab buat malu aku je nanti.

Baik aku diam simpan tenaga aku dari buang masa nak cakap dengan dia.

Aku marah ?

Ya aku marah.

Kalau dia boleh palaukan aku.Aku pon boleh.
........

Aku diam sahaja sambil memandang dia membuka pintu apartment yang tampak mewah itu.Aku pandang tempat lain.

Jarak aku dan dia aku jauhkan.Tak mahu dia rasa tak selesa semacam mana aku rasa sekarang.Apa aku rasa?

Aku rasa marah,malu,geram,sedih dan sakit hati.Agrhrhhg tapi ada dia kesah?

Dia takkan kesah.

"Masuk" katanya sepatah dan mulanya aku rasa takut takut jugak.

"Kenapa?" Soal aku dan dia yang baru nak melangkah masuk terhenti sebelum pandang aku.

Kami saling bertatapan mata selama beberapa saat.

And kau tahu time tu aku rasa nak pengsan gila! Dub dab dub dab tapi ya lah aku cover.

"Kau taknak bersihkan diri kau ke?" Soalnya sebelum tersenyum sengit.Senyum bodoh.

Senyum sengit dia tu betul betul buat aku sakit hati

Aku berdecit geram sebelum menjelingnya.Terus aku melangkah masuk selepas dia masuk.

Pintu apartment itu aku tutup rapat.

"Nah!"

Dia campak aku satu tuala dengan baju dan seluar
Aku pandang dia sebelum baju yang aku pegang.

Dia seronok landing atas sofa sambil tengok tv.Dengan tak tunjuk kat mana bilik air.Dengan muka selamba dia serius aku rasa nak sembelih orang arghhhhh geramnya!!

"Baju ni besar sangat lah taehyung.Dan mana bilik air?" Soal aku bila beberapa minit kami diam.
Dia jeling aku sebelum memandang telefonnya balik.

Memang bakat mamat ni menyakitkan hati aku ke?

"Bilik air kat sebelah dapur and biarlah kalau baju tu besar ke kau nak berkemban? Aku ok je."

Aku dah angkat muka sebelum aku hantar isyarat mata KAU MANUSIA GATAL.

Aku pandang dia dan.

Ting.

Dia kenyit mata kat aku sebelum mengigit hujung bibirnya.

Now aku rasa seram sejuk.terus aku melangkah dengan laju meninggalkan dia.Laki bukan boleh percaya lagi lagi kim taehyung.

Hanat punya kerasshh.

TBC-🍃

S1 .KISS K.T.H (Malay)✔ft JennieWhere stories live. Discover now