" Kau gila ke apa, Jennie ?! " soal Jimin sebaik sahaja aku menceritakan segala yang berlaku antara aku dengan Jisoo sebentar tadi.
Pantas aku menekup mulut Jimin dengan gelengan perlahan. Tak payahla menjerit aish !
" Park Jimin, tak perlulah sampai nak menjerit. Tanya elok-elok tak boleh ke ? " soalku dengan cebikkan di wajah.
Buat malu aku jela manusia ni. Aku menepuk lengan Jimin kuat membuatkan namja di sebelah aku ini mengaduh kesakitan dengan bibir yang dimuncungkan.
" Sakitlah. " ujar Jimin perlahan sambil menjeling aku sekilas.
Ewah-ewah ini budak. Sejak bila pandai nak jeling-jeling aku ni ha ? Ish !
Aku mendengus kecil. Buku nota addmath aku ambil keluar lalu letakkan di atas meja. Baik aku study daripada layan manusia kuat merajuk ni. Hmph !
" Tapi seriuslah, Jen. Kau nak tolong Jisoo then jumpa Yoongi depan-depan ? Kau tak takut ke ? " soal Jimin sambil mencucuk-cucuk bahuku.
Aku mengeluh kecil. Pandangan aku lemparkan ke luar tingkap. Gilalah kalau aku jawab yang aku tak takut. Silap-silap aku boleh kena pannic attack nanti.
Tapi dah Jisoo minta tolong dari aku dan ini je satu-satunya peluang untuk buatkan Yoongi sedar akan kewujudan aku.
Bukanlah maksud aku nak merampas Yoongi dari Jisoo tapi at least Yoongi taulah yang selama ni aku ada crush pada dia. Itupun dah memadai.
" Jennie... kau okay tak ? " soal Jimin perlahan kedengaran di gegendang telingaku.
Aku mengeluh sekali lagi lalu aku menoleh memandang Jimin disebelahku. Senyuman nipis aku hadiahkan padanya.
" Yeah, I'm fine. Jangan risaulah. " balasku. Tipu.
Aku cuma tak nak Jimin risaukan aku saja. Lagipun this is not a big deal. Cuma jumpa Yoongi, bagi chocolate yang Jisoo kirimkan dan bagitau itu dari Jisoo.
Ya. Itu saja. Tak susah mana pun dan aku pasti semuanya akan berjalan dengan lancar...kan ?
Aku melentokkan kepalaku di atas meja. Pandangan ku alihkan pada arah pokok yang subur gah di luar kawasan sekolah itu.
Sebenarnya itulah tempat persembunyian aku. Di atas pokok itu terdapat sebuah pondok kecil yang memang dapat memuatkan beberapa manusia yang sekecil aku sahaja.
Kalau aku sedih ke geram ke apa ke memang aku akan naik atas sana dan rileks kan diri. Kebanyakkan masanya adalah apabila aku bergaduh dengan ayah aku. Atau lebih tepat, ayah angkat aku.
Nanti-nanti sajalah aku ceritakan tentang kisah keluarga aku. Sekarang aku tengah resah sebab tak lama lagi aku kena jumpa Yoongi depan-depan.
Huh...
●♡●♡●♡●
Aku melangkah bersendirian menuju ke kantin sekolah. Jimin ? Oh, dia tengah bersiap sedia dengan team dia untuk perlawanan petang nanti.
Aku tak pernah ada kawan perempuan di sekolah ini selain dari Jisoo. Tapi bila dapat tahu dia tikam belakang aku, hubungan kami terus merenggang.
Sakit tu memang sakit tapi aku rasa tu je pilihan yang tepat supaya aku tak menghambur kata-kata yang tak sepatutnya di hadapan muka dia.
" Jennie. "
Aku mengangkat wajahku memandang empunya suara yang memanggil nama aku.
Senyumanku ukir walaupun dalam keadaan paksa. Jisoo lagi. Apa dia ni memang ada sixth sense ke ? Setiap kali aku mengumpat pasal dia, mesti dia muncul depan aku hm.
" Aku ada hal dalam kelas kecantikan sekarang ni so aku nak minta tolong dari kau lagi. Boleh ? " pinta Jisoo dengan bibir yang diketap.
Aku melepaskan keluhan perlahan kerana takut didengari oleh Jisoo.
" Apa dia ? " soalku dengan senyum paksa.
Jisoo mengeluarkan beg dompetnya lalu beberapa not wang diserahkan padaku. Aku hanya memandang dengan penuh pandangan kosong.
Dah kenapa dia nak sedekahkan duit dia pada aku ?
Hello. Aku tak miskin sangatlah.
" Tolong temankan Yoongi pergi makan. Boleh ? Please.. " pinta Jisoo sambil membuat wajah comelnya kesekian kalinya.
Mulutku ternganga luas mendengarkan permintaan Jisoo itu. Apa gila ke dia ni ?
Takkanlah dia tak kisah kalau aku pergi makan dengan namchin dia ? Sah, gila !
" Tak nak lah, Jisoo ! Kau ni dah kenapa eh ? Biar jelah Yoongi tu makan sendiri kalau kau tak boleh teman. " ujarku sambil menolak duit Jisoo itu kembali padanya.
Jisoo melepaskan keluhan kecil kemudian wajahnya bertukar serius. Not wang yang berada di tanganya itu diletakkan kembali ke dalam beg dompetnya.
" Aku buat semua ni untuk kau, Jennie. Aku tau kau suka gila-gila dekat Yoongi dan sebenarnya aku pun sukakan dia. Tapi aku tak naklah disebabkan aku couple dengan Yoongi, kau menjauhkan diri dari aku. " ujar Jisoo sambil merenung tajam ke arah anak mataku.
Aku terkedu. Tak sangka pula dia terfikirkan aku walaupun dia sudah bahagia dengan Yoongi.
Tapi...
Apa motif plan dia semua ni ? Apa ?
" Aku rela lepaskan Yoongi untuk kau sebab aku tau yang aku takkan dapat bahagiakan dia dalam tempoh masa yang lama. " sambung Jisoo kemudian dia tertunduk memandang lantai.
Semakin lama aku semakin tidak keruan mendengarkan kata-kata Jisoo ini. Apa yang dia cuba sampaikan sebenarnya ?
" Jennie, rebutlah peluang untuk dapatkan perhatian Yoongi. Aku tak nak minta putus dari dia sebab aku nak luangkan masa dengan dia sementara aku masih hidup. Tapi bila aku dah tak ada nanti, aku nak kau yang temankan dia sepanjang life korang. " terang Jisoo.
Jelas aku nampak tubir matanya mulai bergenang dengan air mata. Aku tak tahu pula yang selama ini Jisoo sedang melawan sakit.
Kalau aku tau, aku takkan tinggalkan dia. Kawan tak guna betullah aku ni. Kan ?
Jisoo perlahan-lahan menghampiri aku lalu dia pegang tangan aku. Aku perasan air mata dia dah jatuh setitik.
Ah janganlah macam ni ! Nanti aku pun ikut menangis sama." Aku ada kanser payudara tahap empat dah, Jennie. Memang tak lama dah aku hidup. Tolong, tunaikan permintaan aku ? " rayu Jisoo dengan sebaris senyuman.
Aku tau tu senyuman terseksa. Memang ini peluang aku untuk rapat dengan Yoongi tapi dia nak ke dekat aku ?
Kewujudan aku pun dia tak pernah sedar, inikan tiba-tiba nak couple dengan aku ?
Memang taklah weh. Mana tau ada manusia lain pula yang dapat hati dia, kan ? Ataupun dia akan jadi kebal lepas ketiadaan Jisoo nanti. Kita tak tahu semua tu.
Dan aku tak nak ambil risiko. Aku tak nak.
" Mianhae, Jisoo. Aku tak boleh. Ya, memang aku dah lama crush dekat Yoongi and kau pun tau tapi aku tak boleh muncul dalam hidup dia macam tu je. Tak semena-mena aku dicop sebagai perampas pula nanti.
Kau sendiri cakap yang masa kau dah tak lama. Kau gunakanlah masa yang ada sekarang dan luangkan dengan Yoongi, bukannya gunakan untuk rapatkan aku dengan dia. " balasku dengan senyuman nipis.
Wah ! Aku tak sangka aku lepaskan peluang aku macam tu je.
Tapi... inilah pilihan yang terbaik, kan ?
To Be Continued❤
YOU ARE READING
#5 your smile [ C ]
FanfictionHe's my crush. My first love. My senior. But.. Does he ever know my existence ? Am I even visible to him ? His smile is just enough for me Since I knew he already had a girlfriend But.. I still love him Start [ 4 . 8 . 2019 ] End [ 11 . 8 . 20...