" Kyaaa ! Oppa ! "
" Oppa, nak autograph ! "
" Oppa notice me please ! "
" Oppa step on me please ! "
Aku mengeluh kecil. Sudah agak aku akan dengar segala jenis jeritan sebaik sahaja aku melangkah masuk ke dalam kawasan sekolah.
Siapa yang mereka gilai ? Sudah pastinya Park Jimin. Manusia yang paling famous di sekolah aku.
Nak tau something ? Dia lah bestfriend aku di sekolah. Kami deskmate tapi yang peliknya aku tak pernah pun tersuka pada dia walaupun hakikatnya dia digilai ramai.
Crush aku ? Nama dia Min Yoongi, senior aku. Tak ramai yang minat dia sebab dia jenis yang cool. Tak banyak cakap dan suka memalau manusia lain dan sebab tu lah aku sukakan dia.
Tapi sayangnya... Dia sudah ada girlfriend. Hancur punah segala harapan aku pada dia. Tapi aku masih lagi crush kan dekat dia. Mana taknya, dari first year aku masuk sekolah ni kot aku dah sukakan dia.
Kau ingat senang ke nak move on ha ? Senang ?
Susah weh.
Orang yang pernah ada crush je tau perasaan ni macam mana.
" Jennie-ah, kau nak masuk kelas dah ke ? " soal Jimin yang tiba-tiba sahaja muncu di hadapan aku.
Aku mengangguk perlahan. Bekal di tanganku dipandang seketika kemudian ku letakkan ke dalam loker. Beberapa buah buku turut aku ambil lalu diletakkan ke dalam beg.
" Eh, kau tau tak yang petang nanti ada pertandingan basketball ? Datanglah, aku main tau ! " pelawa Jimin dengan nada teruja.
Aku memandang wajah Jimin disebelah ku lalu aku menggeleng perlahan.
" Aku mana boleh balik lambat, Chim. Kau pun tau kan ayah aku tu macam mana. " balasku dengan cebikkan di bibir. Cuba meraih simpati Jimin.
Aku memandang raut wajah Jimin. Jelas menampakkan bahwa dia hampa mendengarkan jawapan aku sebentar tadi.
Tapi nak buat macam mana dah memang ayah aku tak bagi aku balik lewat.
" Yoongi hyung pun ada tau. Kau datangla, eh ? " ajak Jimin lagi dengam sengih senget dia.
Ish ! Tau-tau saja aku takkan lepaskan peluang untuk jumpa dengan Yoongi. Sengaja dia mengumpan aku dengan menggunakan nama Yoongi.
Tak guna anak Park.
" Tak taulah, Chim. Maybe aku datang tengok sekejap je kot. " balasku lalu aku terus melangkah menuju ke kelas aku yang terletak di tingkat tiga bangunan itu.
Sempat aku mengilas memandang Jimin seketika. Terlihat jelas wajah masam namja itu.
Hek.
Set-set mengada je ni.
Aku meneruskan jalan menuju ke kelas tanpa menghiraukan Jimin di belakang. Buku teks fizik di dakapanku aku tenung seketika.
Kalaulah aku tahu Yoongi tak suka dengan subjek fizik, dah lama aku tinggalkan subjek ni.
Selama ni aku cuba untuk buat apa yang dia suka dan tinggalkan apa yang dia tidak suka semata-mata untuk menjadi lebih rapat dengan dia.
Heh. Bodohkan ? Padahal dia tak sedar pun akan kewujudan aku dekat sini.
Tengok-tengok dia dah couple dengan bestfriend aku sendiri.
Bapak sedih weh hidup.
Girlfriend dia Kim Jisoo. Dulu, aku dan Jisoo ni memang kawan baik gila-gila. Semua rahsia aku, aku ceritakan dekat dia. Termasuk rahsia yang aku ada crush dekat Min Yoongi.
YOU ARE READING
#5 your smile [ C ]
Fiksi PenggemarHe's my crush. My first love. My senior. But.. Does he ever know my existence ? Am I even visible to him ? His smile is just enough for me Since I knew he already had a girlfriend But.. I still love him Start [ 4 . 8 . 2019 ] End [ 11 . 8 . 20...