[ ~ 14 ~ ]

249 16 0
                                    

" Sekarang saya nak bagikan kamu semua tugasan secara berkumpulan. Jadi kamu nak saya yang tentukan kumpulan kamu atau kamu nak pilih sendiri ? "

" Pilih sendiri ! "

" Satu kumpulan tiga orang saja. Jangan ada terlebih atau terkurang. Faham ? "

" Faham ! "

Aku memalingkan wajahku memandang Jimin disebelahku. Dia sudah tersenyum sumbing memandang aku. Aku tau dah apa yang dia nakkan.

Tiba-tiba ada manusia lain pula yang tepuk bahu aku. Ouh, Jackson rupanya. Dia pun tersenyum sumbing pandang aku.

Haih, susah jadi pelajar terpandai ni. Dorang hanya perlukan aku bila ada kerja group je. Hm.

" Yah ! Jennie dalam group akulah. Kau jangan nak rampas-rampas dia dari aku eh. Ada makan kaki karang. " ujar Jimin sambil mengarahkan jari telunjuknya kepada Jackson.

Jackson menjulingkan matanya lalu menjelirkan lidahnya pada Jimin.

" Tengok jelah nanti. Entah-entah Jennie nak masuk group aku. Kita mana tau, kan ? " balas Jackson lalu dia beredar meninggalkan kami berdua.

Aku mengeluh kecil lalu mengalihkan pandangan ke arah Jimin di sebelahku. Aku menongkatkan daguku memandangnya.

" Kalau kita berdua je mana boleh. Kena ada lagi seorang. " ujarku sambil mataku melilau melihat di persekitaran kelas kami.

Jimin turut melihat kemudian dia bangkit dari duduknya. " Aku pergi cari. " ujarnya.

Sebelum dia sempat melangkah pergi, cepat-cepat aku menarik tangannya membuatkan dia menoleh memandang aku.

" Pastikan kau cari budak yang boleh bagi kerjasama. Faham ? " soalku sambil mengecilkan mata. Jimin mengangguk laju dengan sebuah senyuman manis di wajahnya.

Aku melepaskan genggaman tanganku lalu Jimin pun mula melangkah mencari seorang lagi pelajar untuk berada di dalam kumpulan kami.

Aku melentokkan kepalaku di atas meja. Pandangan aku alihkan ke luar. Oh gosh laparnya.

Oh ya ! Lupa nak bagitahu yang aku sekarang sudah bekerja di sebuah café yang terletak dekat je dengan kawasan perumahan aku. So, kalau aku ada shift lewat ke apa ke kan senang.

Semalam aku baru dapat gaji aku jadi aku cadang nak guna untuk belikan beberapa hadiah buat Jisoo. Esokkan dia dah nak masuk hospital.

Ah ! Aku tak dapat bayangkan Kim Jisoo yang happy-go-lucky tu jadi lemah macam ni. Aku sayang dia. Sangat-sangat. Aku dah bersalah dengan dia sebab abaikan dia 2 bulan dulu.

" Jennie ! "

Lamunan aku terhenti. Aku mengangkat kepalaku lalu aku menolehkan pandangan ke arah Jimin di sebelah aku. Dan disebelah dia ada Rosè.

" Boleh tak kalau kita masukkan Rosè ? Hehe. " soal Jimin sambil mengusap belakang tengkuknya dengan sebaris senyuman.

Rosè mengerutkan keningnya lalu dia menggeleng laju. " No way ! Saya ingatkan awak tengah cari group rupanya awak tengah cari sorang lagi member eh ? Such a pity sebab saya satu group dengan Mimi dan kami perlukan sorang saja lagi. " ujar Rosè membuatkan aku menghadiahkan pandangan tajam pada Jimin.

Jimin memandang aku dan Rosè bersilih ganti. " Tapi... saya dah satu group dengan Jennie... "

Aku melepaskan keluhan kecil. Mataku melilau mencari kelibat Jackson di bahagian belakang kerana dia duduk di sana.

A hah ! Nampak pun. Wah, rajin anak Wang ni study math ya.

" It's okay. Kau masuk jela group Rosè. Aku satu group dengan Jackson. " ujarku acuh tak acuh lalu aku mengatur langkah menuju ke arah Jackson.

#5 your smile  [ C ]Where stories live. Discover now