" Kau okay tak ? "
Aku hanya diam membisu. Tadi aku dah tukar semula pakai baju sekolah. Kalau aku pakai dress tu balik rumah, sia-sia je baju tu koyak dek kerana mak tiri aku tu.
Dia bukan boleh tengok aku melawa sikit.
" Thanks la untuk hari ni. See you tomorrow. " ujarku lalu aku terus melangkah keluar dari perut kereta milik Yoongi. First time woi aku bersikap dingin dengan dia.
Tapi serius Jimin dan Rosè buatkan aku tak ada mood langsung hari ni.
Aku pantas memecut untuk ke rumah. Dah nak dekat pukul 7.30 dah ni. Habislah, aku kena pukul lagilah maknanya.
Klak !
Aku membuka daun pintu lalu terserlah lah wajah ayah dan mak tiri aku di hadapan aku. Air liur aku telan perlahan. Seram.
" Pergi mana sampai sekarang baru balik ? " soal mak tiri aku.
Aku menundukkan kepala aku lalu perlahan-lahan aku menutup pintu rumah aku.
" Jen pergi rumah kawan tadi. Hari ni harijadi dia. " balasku perlahan kerana takut ditengking.
Yelah, ni kan first time aku keluar pergi birthday party sebab biasanya aku akan menolak. Entahla kenapa aku nak sangat pergi party Jinyoung tu. Kalau tak mesti aku dah selamat dari kena tibai.
" Siapa benarkan kau pergi ? " soal mak tiri aku lagi. Ayah tiri aku pula masih tegak berdiri dengan bercekak pinggang.
Aku hanya diam membisu. Ya, tak ada sesiapa yang benarkan aku pergi. Ya maaf.
" Jen minta maaf. " ujarku perlahan.
Ppap !
Aku tergamam sekejap. Mimpi ngeri aku dah bermula. Pipi aku ditampar oleh mak tiriku.
" Siapa yang ajar kau keluar tak minta izin, ha ?! Hidup kau ni kalau tak merisaukan orang tak boleh ke ?! " tengkingnya.
Aku hanya diam membisu. Aku buat kau risau ke ? Kau tak pernah kisah pasal life aku pun pastu tetiba nak kata yang kau risaukan aku ? Drama apa ni ?
" Ey, geram betullah aku dengan budak ni. " ujar ayah tiriku sambil dia membuka tali pinggangnya.
Aku menggepal kedua-dua belah penumbukku kuat. Tak lama lagi aku akan dipukul dengan tali pinggang itu. Pasti badan aku akan kembali berbirat dan lebam.
Ah ! Bunuh jelah aku terus !
•♡•♡•♡•
Aku merenung wajahku di cermin. Paip aku buka lalu aku membasuh mukaku. Di hujung bibir aku terdapat sedikit kesam lebam. Macam mana aku nak buat kesan lebam ni invisible eh ?
Aku memalingkan pandangan aku pada pelajar di sebelah aku. Wah, sedapnya dia bermekap di sekolah. Muka fake je patutlah.
" Excuse me, boleh tak saya nak pinjam bedak awak ? " soalku perlahan meminta izin. Ala, setakat pinjam sikit takkan habis punyala !
Pelajar itu memandang aku sekilas kemudian dia menyerahkan bedak pada aku tanpa sepatah kata.
Wah, berlagak eh. K fine.
Aku mengambil bedak itu lalu aku tepekkan pada hujung bibir aku. Tak perfect takpe asalkan tak nampak kesan lebam tu.
Dan hari ni ada PE so baguslah sebab aku kena pakai seluar ! Tak nampaklah kesan lebam dekat kaki aku. Nasib baik dekat lengan aku takde kesan lebam. Kalau tak memang berkabunglah aku hari ni.
YOU ARE READING
#5 your smile [ C ]
FanfictionHe's my crush. My first love. My senior. But.. Does he ever know my existence ? Am I even visible to him ? His smile is just enough for me Since I knew he already had a girlfriend But.. I still love him Start [ 4 . 8 . 2019 ] End [ 11 . 8 . 20...