Aku terduduk kaku di dalam kereta milik Yoongi. Kata Yoongi, sudah dua hari aku tidak sedarkan diri. Bermakna sudah dua hari aku tidak pulang ke rumah.
Agak-agaknya ibu dan ayah aku akan perasan ke ketiadaan aku ?
Mereka akan marah aku ke ?
Mereka akan pukul aku lagi ke ?
Jujur katakan.. aku takut sangat nak masuk ke dalam rumah sekarang. Bukan setakat masuk, nak mulakan langkah pergi sana pun aku tak berani.
" Jen ? Kau okay tak ? "
Aku tersedar dari lamunanku. Sebaris senyuman aku lontarkan pada Yoongi di sebelahku. Jam di tangan aku lirik sejenak.
Fuh ! You can do it, Jennie !
" Th-thanks Yoongi. See you tomorrow. K-kalau aku tak datang esok, maknanya aku tak berapa sihat tau. So, tolong bagitau Yuju ye esok. " ujarku sedikit gugup memandangkan aku ketakutan untuk pulang ke rumah.
Kenapa aku kata maybe aku tak datang esok ? Sebab aku dapat rasakan aku akan dipukul habis-habisan nanti. Manalah tau mungkin ajal aku sampai malam ni je.
Yoongi mengangguk kemudian dia membuka kunci kereta. Aku membuka tali pinggang keledar yang aku pakai itu kemudian aku membuka pintu kereta.
Nafas aku tarik sedalam mungkin kemudian aku lepaskan perlahan-lahan. Takpe Jennie. Kau boleh hadap semua ni. Kau pernah alami lagi teruk. Jangan risau !
Aku mula mengatur langkah menuju ke rumah sebaik sahaja aku mengucapkan selamat tinggal pada Yoongi. Ah ! Takutnya aku.
Setibanya aku di perkarangan rumah, langkah aku terhenti tatkala ternampakkan wajah bengis seorang lelaki di hadapan pintu. Mungkin menunggu kehadiran aku sejak dua hari yang lepas.
I'm dead.
Aku melangkah perlahan menghampiri ayah tiri aku yang sudah berdiri bercekak pinggang di hadapan pintu itu. Wajahnya sudah cukup masam memandang aku.
" Kau pergi mana dua hari tak balik ? " soalnya dalam nada yang masih boleh dikawalnya.
Aku menelan air liurku yang terasa bagaikan batu kerikil melalui kerongkongku. Wajah ayah tiriku aku pandang sekilas kemudian aku kembali tertunduk.
" J-Jen cedera hari tu di bahagian tengkuk sampai tak sedarkan diri. Lepastu kawan Jen hantar Jen pergi hospital. J-Jen takde niat pun nak balik lambat. Jen janji lepas ni Jen balik awal. " balasku sambil mengangkat tapak tangan kananku bagaikan sedang mengangkat sumpah.
" Kalau kau tak dapat tunaikan janji kau ? "
Aku terdiam seribu bahasa. Rasa menyesal pula lepas melafazkan 'janji' yang tidak sepatutnya sebentar tadi.
Aku mana boleh janji yang aku akan sentiasa balik awal. Kadang-kadang mungkin keadaan takkan mengizinkan aku untuk balik awal dari sekolah.
" Macam ni lah, kali ni aku maafkan kau sebab kau sakit. Lain kali kalau sekali lagi kau buat perangai macam ni, kau tak boleh langsung melangkah masuk rumah ni dah. Kau faham ?! "
Disebabkan dia meninggikan suara di saat-saat akhir yang aku langsung tak expect, bahu aku terhinjut sedikit sebab terkejut.
Aku mengangkat wajahku memandang wajah bengis ayah tiriku lalu aku menganggukkan kepala.
Haish, bodohlah ! Kenapalah aku buat janji macam tadi ? Lepas ni kalau aku balik lambat, tak boleh nak masuk rumah ? Pastu aku nak tidur dekat mana ?
Huwaaaa ! Mak ayah ! Kenapa tinggalkan Jen dengan dua ketul manusia tak berhati perut ni !!
•♡•♡•♡•
Aku melepaskan keluhan buat kesekian kalinya. Manusia bernama Park Jimin ni nak apa lagi ha ? Tak puas lagi ke dia dah hancurkan life aku dengan betina kesayangan dia tu ?
" Jennie.. Cakaplah something dengan aku. K-kau tak rindu aku ke ? Aku rindu sangat-sangat dekat kau. "
Aku hanya buat tidak endah saja dengan dia dan teruskan membaca novel di tangan aku. Kalau aku layan manusia depan aku ni nanti, si betina tu akan cederakan aku lagi. Aku dah serik ! Aku dah serik jadi mangsa ! Aku tak nak jadi korban dah !
" Buat pengetahuan kau kan... Aku rindu gila nak jadi deskmate kau. Gelak-gelak dengan kau. Buat lawak dengan kau. Kacau kau. Tapi... sekarang kau cakap pun tak nak dengan aku. Bukan setakat gelak, senyuman kau pun dah hilang dah untuk aku. S-sanggup eh kau buat aku macam ni.. ? "
Perlakuan aku terhenti. Kata-kata dia buatkan aku nak menangis. Tipulah kalau aku cakap yang aku langsung tak rindukan dia.
8 tahun kot dia jadi bestfriend aku. The only one yang selalu support aku. The only one yang memahami aku. Tapi sekarang dia dah tinggalkan aku. Dan dia dah banyak sakitkan aku so, dia nak datang balik dekat aku dan expect everything to be okay ?
No, Park Jimin. Sekadar maaf je tak cukup untuk pulihkan hati aku yang dah hancur dengan sikap kau.
" Jennie... please say some- "
" Jangan kacau aku. "
Belum sempat Jimin menghabiskan kata-katanya, aku terus menyampuk dengan menyuruhnya beredar dan biarkan aku bersendirian.
Jimin menggelengkan kepalanya laju. " Kenapa kau buat aku macam ni ? Berkali-kali dah aku minta maaf dekat kau tapi sekali pun kau tak pernah maafkan. Kenapa Jen ? Bagi aku sebab ! "
Aku menghentak permukaan meja aku membuatkan semua pelajar di kelas aku memandang ke arah aku dan Jimin. Tidak terkecuali juga Rosè di belakang.
" Kenapa kau tanya ? Masa aku cemburu dengan kau dan Rosè dulu, kau bagi aku ayat-ayat manis kata kau takkan tinggalkan aku. Lepas beberapa hari, tiba-tiba kau kata yang kau couple dengan dia. Okay, tu aku boleh terima lagi tau.
Selepas tu, kau tuduh aku kata aku cederakan kaki dia when you don't even have any damn evidence ! Kau tuduh aku depan semua orang ! Aku cuba lagi tenangkan hati aku masa tu. Lepas tu tiba-tiba kau datang ke hospital masa aku tengah temankan Jisoo dan aku ingatkan kau nak minta maaf.
Tapi expectation aku tinggi sangat rupanya nak dengar perkataan maaf tu keluar dari mulut kau masa tu. Sebab kau datang hospital semata-mata nak tuduh aku tampar Rosè pula ! Dan kau tak ingat ke ? Pada saat tu lah... "
Kata-kata aku terhenti dek kerana air mata aku yang tiba-tiba saja menjurai jatuh membasahi pipiku.
Aku menarik nafasku sedalam mungkin dan dihembus perlahan. Cuba mencari kekuatan untuk meluahkan segalanya pada saat ni juga.
" Pada saat tu jugalah kau putuskan persahabatan kita semata-mata untuk bersama dengan Rosè. Kau juga suruh aku buat macam aku tak kenal kau langsung. Tapi tiba-tiba kau datang dekat aku minta maaf segala bagai dan marah aku sebab tak layan kau ? Mana akal kau Jimin ? Kau ingat senang macam tu jeke aku nak ubah sana sini ? Ha ? "
Aku memandang tepat anak mata Jimin di hadapanku. Matanya juga sudah mulai berkaca dan menanti masa saja untuk tumpah bagaikan air terjun.
Aku menoleh ke belakang memandang Rosè yang sedang buat wajah ala-ala terkejut dengan apa yang aku lontar keluar tadi.
" Kau. Kenapa kau suka sangat nak cederakan aku ? Kau malukan aku depan semua pelajar dengan baling belon air dan telur pada aku. Apa yang aku dah buat dekat kau sebenarnya ? Dan kau jangan ingat aku tak tau yang kau sebenarnya yang pukul aku sampai pengsan tu. Kan ? "
To Be Continued❤
YOU ARE READING
#5 your smile [ C ]
ФанфикHe's my crush. My first love. My senior. But.. Does he ever know my existence ? Am I even visible to him ? His smile is just enough for me Since I knew he already had a girlfriend But.. I still love him Start [ 4 . 8 . 2019 ] End [ 11 . 8 . 20...