Aku melangkah perlahan masuk ke dalam kelas. Entah kenapalah hari ni aku terasa pening mual sangat. Aku confirm lah aku tak tersalah makan sebab aku tak makan apa-apa dah dua hari.
Maybe sebab perut aku kosong kot aku pening ni. Aduh. Macam mana nak fokus belajar camni ?
Aku melabuhkan punggungku di atas kerusi lalu aku membaringkan kepalaku di atas meja. Mataku ditutup seketika. Nak lelap sekejaplah.
" Weh, Jen. Kau okay ke tak ? Weh. "Aku membuka mataku perlahan. Wajah Jimin yang kerisauan jelas ku nampak di sebelahku.
Aku mengukir senyuman nipis. Kepala aku geleng perlahan. " Aku okay. Pening sikit je. " balasku lalu aku kembali menutup mataku.
Tak Jimin. Aku tak okay. Aku pening sangat ni. Tapi aku tak boleh bagitau kau. Nanti kau risau.
" Kalau kau nak rehat, rehat jelah. Nanti aku bagitau dekat cikgu. "
Aku mengangguk perlahan. Thanks sebab memahami aku Chim. Nasib baiklah aku masih ada kau. Harap kau pun takkan hilang dari aku.
Aku nak tidur. Tapi aku langsung tak boleh lelap. Pening sangat sampai aku takleh tidur. Aku cuma mampu tutup mata sekejap je agar mata aku tak berpusing-pusing peningnya.
" Bangun kelas. "
Aku dah dengar suara Cikgu Lee. Ah. Lantaklah. Aku memang tak larat langsung nak bangun. Cikgu, tolonglah faham saya ya.
" Kim Jennie tu kenapa ? Kejut dia bangun. "
Aku mengeluh kecil. Cuba aku buka kelopak mataku. Bangun Jennie bangun.
" Cikgu, Jennie tak berapa sihatlah cikgu. Boleh tak kalau dia tidur sekejap ? "
Aku dengar suara Jimin. Sedih betul suara dia. Haih, Jimin. Aku tak apa-apalah. Pening je.
" Mana boleh ! Macam mana dia nak jawab exam nanti kalau dia tak dengar saya mengajar ? Dah, kejut dia bangun. "
Aku sekali lagi mengeluh. Cikgu ni memang tak memahami pelajar langsung. Hmph !
Perlahan-lahan aku membuka kelopak mataku kemudian aku mengangkat semula kepalaku yang tadinya terlentok.
Aku cuba mengukir sebaris senyuman buat Jimin dan mengatakan bahwa aku tidak apa-apa.
Jimin menggeleng perlahan. Agaknya dia tahu yang aku sedang menipu dia.
" Aku dah kenal kau lapan tahun, Jen. Tak payahla nak tipu aku. " bisik Jimin di pendengaran aku.Aku terdiam kemudian aku kembali memandang ke arah cikgu di hadapan.
" Okay, sebelum kita mulakan sesi belajar kita, saya nak perkenalkan pelajar baru kelas ni. Sila masuk. " ujar Cikgu Lee.
Semua pelajar mula pandang ke arah pintu kelas kecuali aku dan Jimin. Sorrylah, aku tak interested langsung dengan pelajar baru.
Jimin pula biasanya teruja tapi entah kenapa dia asyik tenung aku je. Risau betul kau anak Park.
" Hello everyone, my name is Rosèanne Park. My korean name is Park Chaeyoung so you can call me either Rosè or Chaeyoung. Nice to meet y'all. "
Aku mengangkat wajahku memandang gadis di hadapan itu. Tinggi dan lawa manusianya.
Bukan macam aku. Kentang je aku ni.
Tak lama lagi mesti dia jadi hot dekat sekolah ni. Yelah, sekolah ni mana boleh tahan dengan lelaki kacak atau perempuan lawa.
" Okay, Chaeyoung kamu boleh duduk di sebelah Yuju. " ujar Cikgu Lee.
Aku memandang ke arah Yuju yang duduk di belakang ku lalu aku hadiahkan senyuman dan gadis itu membalas.
YOU ARE READING
#5 your smile [ C ]
FanfictionHe's my crush. My first love. My senior. But.. Does he ever know my existence ? Am I even visible to him ? His smile is just enough for me Since I knew he already had a girlfriend But.. I still love him Start [ 4 . 8 . 2019 ] End [ 11 . 8 . 20...