" Dia macam mana dok ? " soalku risau sambil berpeluk tubuh. Wajah Jennie yang pucat itu aku pandang dengan sayu.
Aku tidak mahu bawa dia ke hospital jadi sebaliknya aku bawa dia balik ke rumah aku dan meminta doktor peribadiku datang untuk merawatnya.
Aku yakin kalau pergi hospital nanti dia akan di check terlalu lama dan aku kena mereput dekat luar tunggu jawapan doktor.
Kalau dia di check di rumah aku, aku boleh tunggu doktor check dia sambil aku perhatikan dia. Aku.. Aku kena pastikan dia selamat lepas ni.
" Jangan risau. Dia tak apa-apa. Cuma demam panas je sebab beberapa hari dah dia berjemur tengah panas lepastu kena simbah dengan air hujan pula. Saya nasihatkan awak jaga dia baik-baik sampai dia sembuh kalau batuk-batuk dia semakin teruk, mungkin dia hidap pneumonia jadi jagalah dia baik-baik. " nasihat doktor itu sebelum dia beredar dengan senyuman.
Aku menganggukkan kepalaku perlahan kemudian aku melabuhkan punggungku disebelah Jennie yang sedang terbaring dengan mata tertutup.
Dia... masih tak sedarkan diri.
Aku mengeluh kecil. Wajah pucat Jennie itu aku tenung seketika sebelum aku bangkit dari dudukku. Aku melangkah menuju ke dapur dengan berhasrat untuk memasakkan bubur buatnya.
•♡•♡•♡•
Jennie's POV
Aku perlahan-lahan cuba membuka kelopak mataku. Kepalaku terasa amat pening membuatkan aku mendengus perlahan.
Aku memerhatikan sekelilingku. A-aku dekat mana ni ?
Ni bukan hospital. Tak mungkin hospital selawa ni.
Aku memegang dahiku yang terasa bagaikan ada seesuatu yang sejuk di atasnya. Cool fever ? Siapa yang pakaikan ni ?
Aku perlahan-lahan cuba bangun dari baringku lalu aku melihat pakaian yang aku pakai.
Oh My Gosh ! Sejak bila pula aku pakai sweatshirt ni ? Setahu aku sebelum ni aku pakai baju uniform sekolah kot. Siapa yang tukarkan baju aku ni ?
AaaaaaaaaaaaaAAAaAaaaaaa !
Aku menarik nafas sedalam mungkin kemudian aku melangkah turun dari katil dan mula menyusun langkah keluar dari bilik itu.
Aku meninjau sekelilingku kemudian aku terbau sejenis bau. Sedapnya bau ! Bau apa ni ?
Aku mula mengatur langkah menuruni anak tangga sambil mata aku tidak lepas dari melihat sekeliling rumah itu. Entahlah rumah siapa yang aku duduki sekarang.
Baiknya manusia yang sanggup selamatkan aku dari digari hari tu. Siapalah dia agaknya.
Aku perlahan-lahan melangkah menuju ke dapur kemudian langkah aku terhenti tatkala aku ternampak seorang lelaki yang membelakangkan badannya pada aku.
Ma-macam kenal. Tapi.. Tak mungkin. Mana mungkin dia tahu mana aku tinggal.. ?
Aku masih kaku berdiri di situ. Menunggu masa untuk lelaki itu berpaling wajah memandang aku.
Jantungku berdegup laju tatkala lelaki itu berpusing menghadap aku dengan sudip di tangannya.
Yoongi !
YOU ARE READING
#5 your smile [ C ]
FanfictionHe's my crush. My first love. My senior. But.. Does he ever know my existence ? Am I even visible to him ? His smile is just enough for me Since I knew he already had a girlfriend But.. I still love him Start [ 4 . 8 . 2019 ] End [ 11 . 8 . 20...