Aku melepaskan keluhan berat. Dadaku dipegang. Aduh, kenapa nervous sangat ni ?
Aku memandang ke arah bekas chocolate di tanganku dengan perasaan yang bercampur baur.
Aku sudah buat perjanjian dengan Jisoo tengah hari tadi. Dia takkan paksa aku rapat dengan Yoongi lepas ni kalau aku sanggup beri Yoongi chocolate kiriman dia.
Macam-macam lah agenda Jisoo ni. Dan aku dah berjanji lepas ni aku akan jaga Jisoo. Dia satu-satunya bestfriend perempuan yang aku ada di sini dan aku nak luangkan semua masa yang ada dengan dia.
Walau apapun yang pernah berlaku sebelum ni, Jisoo lah satu-satunya manusia yang tahu semuanya tentang aku.
Kisah perit aku.
Kisah bahagia aku.
Kesedihan aku.
Semuanya dia tahu dan aku tak naklah pasal Yoongi, aku abaikan dia lagi. Cukuplah aku dah berjauhan dengan dia selama dua bulan mereka menjadi pasangan couple.
Aku menoleh ke kiri dan ke kanan mencari kelibat Yoongi tetapi langsung tidak kelihatan. Keluhanku lepaskan kemudian aku melirik ke arah jam tanganku.
Aduh ! Lagi beberapa minit lagi bas akan sampai dan kalau aku terlambat naik maknanya aku akan lambat sampai rumah dan sudah tentu aku akan kena marah dengan ayah aku.
" Jimin-ah ! " laungku sebaik sahaja aku ternampak kelibat Jimin yang sedang memanaskan badannya di tengah-tengah gelanggang.
Jimin pantas menoleh ke arahku lalu dia berlari mendekatiku.
" Asal ? " soal Jimin sambil mengelap peluhnya.
Baru sahaja aku hendak bersuara, tiba-tiba tubuh Jimin hilang dari pandangan aku. Tak guna. Fans dia pergi serbu dia berjemaah pula. Ish !
Aku menghentak kakiku perlahan kemudian aku melangkah keluar dari gelanggang bola keranjang dengan wajah hampa.
Sorrylah, Jisoo. Aku tak dapat penuhi permintaan kau.
Bbuk !
" Aduh... ! Sakitnya... " keluhku sebaik sahaja aku terjatuh mencium lantai. Nasib baik sempat aku selamatkan bekas chocolate Jisoo itu.
" Mian. Aku tak nampak kau tadi. "
Aku terdiam sejenak. Suara itu. Macam aku kenal.
No way.
Tak mungkin.
Pantas aku mendongakkan kepalaku memandang empunya suara. Ternganga luas mulutku melihatkan Yoongi yang berdiri di hadapanku sambil menghulurkan tangannya untuk membantu aku bangun.
Perlahan-lahan aku menyambut tangan Yoongi itu lalu aku tersengih sumbing memandangnya.
OMG
First time weh pegang tangan dia !
Aaa ! Aku tak nak basuh tangan la macam ni !
" Erm.. Yoongi sunbae, ni ada chocolate dari Jisoo. Dia minta maaf sebab dia tak dapat datang. " ujarku lalu menghulurkan bekas chocolate itu kepada Yoongi.
Jelas di pendengaran aku, Yoongi melepaskan keluhan kecil. Bekas chocolate itu diambilnya lalu dia memandang ke arahku.
Omo ! Blushing lah aku..
" Kau siapa ? Kawan Jisoo ? " soal Yoongi dalam suara garaunya.
Ha macam mana aku tak crush kat dia kalau dia sebegini sempurna ? Ha ?
" Nae. Saya bestfriend Jisoo. " balasku dengan senyuman hingga menampakkan sebaris gigiku.
Yoongi mengangguk perlahan lalu dia melangkah masuk ke dalam gelanggang.
Weh. Dia tinggalkan aku doh.
Pft-
Tapi takpe. Aku tak terasa pun sebab memang macam tu en perangai dia so buat apa aku nak terasa ?
Disebabkan perangai dia macam tu lah, aku ter crush dekat mamat putih tu. Haih.
Double the danger.
Aku menepuk-nepuk debu yang ada pada skirt aku lalu aku melangkah dengan senyuman menuju ke luar gelanggang.
Kenapa aku senyum ? Sebab first time aku dapat ' berbual ' dengan Yoongi. Ya, aku taulah apa yang berlaku tadi tak layak dikategorikan sebagai berbual tapi tak salahkan kalau berangan ? Kan ?
Beg sandang aku ambil kemudian loker aku kunci. Bekal yang ku bawa pagi tadi aku tatap sejenak. Keluhan dilepaskan.
Bukannya aku tak nak makan bekal ni tapi rasa masakkannya tidak sama seperti dulu jadi aku lebih rela berlapar. Lagipun aku tengah mogok sekarang.
Aku mengatur langkah menuju ke perhentian bas. Tiba-tiba aku ternampak bagaikan atap bas itu sedang melintasi pandangan aku. Apa lagi, aku teruslah pecut kejar bas.
Termengah-mengah aku tapi nasib baik sempat naik bas. Itupun sebab pakcik driver ni sanggup berhenti sebab kesiankan aku.
Jam di tangan aku lirik. Fuh ! Belum pukul 7 malam lagi so mesti ayah aku tak marah.
Ha, nak tau pasal kisah keluarga aku ? Meh aku cerita tapi korang jangan pening-pening pula nanti !
Sebenarnya lima tahun lepas, ayah dan ibu aku bercerai. Lepas itu, aku ditanggung oleh ibu aku dan aku tak taulah ayah aku di mana sekarang. Selepas dua tahun, ibu aku berkahwin lain.
Bukan apalah tapi aku memang tak suka dengan ayah tiri aku. Bagi aku dia jahat sangat. Dia kaki judi, kaki arak dan kaki perempuan.
Selepas beberapa bulan, ibu aku meninggal disebabkan sakit tua. Aku pun tak taulah sakit apa tapi aku pasti semua ni mesti ada kena mengena dengan ayah aku. Tak mungkin dia tak bersalah.
Dan baru sahaja sebulan yang lalu ayah tiri aku bawa balik betina lain. Entah dari manalah dia kutip betina tu tapi datang-datang kata yang dorang dah kahwin dekat Siam.
L O L .
So technically, aku dah tak ada ibu bapa kandung di dunia ini. Cuma ada ayah tiri aku dan mak tiri aku yang menjaga aku.
Heh. Yelah tu menjaga.
Aku duduk di rumah ni bagaikan sarang maksiat. Walaupun mereka dah berkahwin, tetapi setiap malam pasti mereka akan membawa pasangan yang baru untuk memulakan proses persetubuhan.
Kau tak jijik ke ?
Sebab tu bila aku balik saja aku kurung diri dalam bilik. Kisah apa aku kalau dia nak mengata aku ke apa.
Setiap pagi juga mak tiri aku tu akan sediakan bekal untuk aku tapi aku tak pernah makan. Siapa nak makan makanan dari manusia jijik macam tu ? Kalau kau, kau nak ? Aku boleh je bagi kat kau.
Heh.
Aku mengangkat beg sandang aku lalu aku melangkah menuruni anak tangga bas itu. Sudah tiba di kawasan perumahan aku.
Aku cuma perlu berjalan kaki saja ke rumah tapi entah kenapa kaki aku berat sangat untuk melangkah hari ini. Dan hati aku pun tak sedap. Haih. Apa lagilah yang akan berlaku dekat rumah tu ..?
Klak !
Aku membuka kunci rumah lalu daun pintu aku tolak. Kosong. Tak ada manusia pun dalam rumah lagi. Fuh ! Nasib.
Ayah tiri aku tu gila sikit. Kebiasaaanya, dia akan balik rumah dalam pukul 7 lebih dan kalau dia dah sampai rumah tapi aku still tak ada, dia akan sebat aku.
Katanya aku menyusahkan dia dan merisaukan dia. Tak pernah pula aku rasa yang dia tu risaukan aku.
Aku melihat sekelilingku. Penuh dengan botol arak, kondom dan puntung rokok. Aku membuat wajah seolah-olah nak termuntah.
Serius jijik dengan rumah aku sendiri.
Aku melangkah masuk ke dalam bilik lalu keluhan ku lepaskan. Memang aku dah tak ada sesiapa yang boleh menjadi bahu untuk aku tangiskan kisah hidup aku.Haih. Tabah sajalah. Kan ?
To Be Continued❤
YOU ARE READING
#5 your smile [ C ]
FanfictionHe's my crush. My first love. My senior. But.. Does he ever know my existence ? Am I even visible to him ? His smile is just enough for me Since I knew he already had a girlfriend But.. I still love him Start [ 4 . 8 . 2019 ] End [ 11 . 8 . 20...