[ ~ 39 ~ ]

371 28 7
                                    

Jennie's POV

Aku menenyeh-nenyeh mataku pabila aku buka mata saja ada cahaya sinar menerangi mata aku.

Ah, silau !

Aku memandang sekelilingku. Dah pukul 6 pagi. Aku terus melangkah turun lalu aku menggapai tualaku. Langkah aku atur keluar dari bilik lalu aku menuju ke bilik air untuk membersihkan diri.

Setibanya aku di bilik air, aku terdengar bunyi air mengalir. Aik ? Ada manusia tak tutup air ke ?

Ha ni aku nak membebel ni. Dah pandai guna air tu tutuplah. Kalau air takde karang mulalah bising tak boleh buat itulah inilah.

Haish. Manusia zaman sekarang bukannya reti nak hargai sesuatu bila mende tu masih ada. Bila tak ada karang barulah nak terpekik-terlolong menyesallah apalah.

Eh- Terbebel pula ehe.

Aku terus memulas tombol pintu lalu aku melangkah masuk ke dalam bilik mandi dengan keadaan aku yang masih mamai.

Aku menyangkutkan tuala aku di tempat penyangkut lalu aku menoleh ke arah singki untuk membasuh muka dan menggosok gigi.

Sebaik sahaja aku selesai membasuh muka, tangan aku tergapai-gapai mencari tuala untuk mengelap muka aku. Aku tak nampak apa-apa ni seban aku kalau dah basuh muka, aku tak boleh buka mata sebab nanti pedih.

Dapat ! Aku mengelap wajahku yang basah dengan tuala lalu aku memandang wajahku di cermin.

" Oh mak kau ! "

Aku terhinjut sedikit ke belakang dan aku tak perasan aku terpijak sabun di lantai. Aku hampir jatuh tetapi satu tangan sempat merangkul kemas pinggang aku.

Terkedip-kedip mataku memandang wajah Yoongi yang beberapa inci saja dari aku.

Di-dia ta-tak be-berbaju...

" A-awak buat apa da-dalam ni ? " soalku agak takut.

Kau tau kenapa aku terkejut tadi ? Sebab masa aku pandang cermin tadi aku nampak wajah Yoongi dekat belakang aku sebab tu aku terkejut.

Ya Tuhan, macam mana aku boleh ada dalam tandas sekali dengan dia ni ? Aaaa !

" Aku nak mandi pastu tetiba ada manusia pergi buka pintu. Asal kau masuk tak ketuk ? " soalnya perlahan sambil anak matanya merenung tajam mataku dengan wajah seserius mungkin.

Aku berdehem kecil. " Ke-kenapa awak ta-tak kunci pintu ? Manalah saya tau ada orang dekat dalam. " balasku sambil cuba melarikan pandanganku ke tempat lain.

Seramlah pandang mata Yoongi. UwU

" Ke kau sengaja nak tengok aku separuh bogel ? " soalnya dengan sengih senget.

Aku pantas menepuk tangan Yoongi lalu aku menyuruhnya melepaskan aku. Dia melepaskan pinggangku dan aku terus menggapai tualaku dan menghadiahkan jelingan tajam padanya.

" Gatal. " ujarku perlahan lalu aku melangkah keluar dari bilik mandi.

Rasa malu ada. Rasa nak nangis ada. Rasa nak menjerit ada. Rasa nak gelak pun ada.

Ini ke perasaannya bila tinggal serumah dengan crush ?

HAHAHAHAHAH

Aku dah bahagia. Kau ?

•♡•♡•♡•

" Kau bawa tak baju tu ? " soal Yuju sambil menatang dulang menghampiri aku yang sedang menikmati roti bakar itu.

#5 your smile  [ C ]Where stories live. Discover now