[ ~ 7 ~ ]

282 19 0
                                    

Aku terduduk sendirian di perhentian bas. Aku fikirkan yang aku sudah berlari dengan laju tadi tapi apakan daya, aku terlepas juga bas tu. So, terpaksalah aku tunggu untuk bas yang seterusnya.

Dan berita buruknya hari ini hujan lagi. Aku tak taulah apa nasib aku dua hari berturut-turut terlepas bas dan hujan lebat. Selepas meredah hujan semalam, memang taklah aku nak redah lagi hari ni.

Tak pasal-pasal pula aku demam panas nanti. Aku ni dahla nak ambil exam nanti, kalau aku punya markah tak memuaskan, confirm kena marah lagi dengan ayah aku.

Tak guna.

Pin ! Pin !

Aku mengangkat wajahku memandang ke arah sebuah kereta yang menghon pada aku. Kereta manusia mana pula ni ?

Tingkap kereta tersebut diturunkan dan terserlah wajah Yoongi di situ. Aku tergamam sejenak. Wah ! Dia ni bawa kereta pun nampak handsome lah ! Hjdbsjdhdjddj

" Masuklah. Nanti kau kata kaki kau lebam sebab jatuh basikal lagi. " ujar Yoongi kemudian dia menaikkan semula cermin tingkapnya.

Aku mencebik geram. Yalah, aku taulah alasan aku tu bodoh but perlu ke nak sindir aku 24 jam ? Ish !

Aku mengangkat beg sekolahku lalu aku terus berlari menuju ke arah kereta Yoongi. Badan aku loloskan masuk ke dalam perut kereta lalu aku menutup pintu kereta.

Keluhan lega aku lepaskan. Nasib tak basah sangat.

" Rumah kau dekat mana ? " soal Yoongi tanpa langsung memandang aku.

Hey ! Kau tak kesian ke tengok aku yang dah basah ni ? Dahlah buka aircond kuat-kuat, memang saja nak bagi aku membeku la ni ?

" Erm jalan straight sampai dekat traffic light lepastu belok kanan. Ha hantar je saya sampai depan tu. " ujarku dengan sebaris senyuman.

Kenapa aku taknak dia hantar aku terus sampai rumah ? Sebab aku taknak sesiapa tahu kat mana rumah aku. Even Jimin dan Jisoo pun tak tahu di mana rumah aku.

Dan lagi satu sebabnya ialah aku takut kalau ayah aku atau mak aku nampak aku keluar dari kereta Yoongi. Sudah tentu aku kena marah habis-habisan.

Yoongi mengangguk perlahan kemudian dia memulakan pemanduannya.

Aku mengeluarkan beberapa buah buku lalu aku letakkan di atas riba aku. Serious sejuk gila kereta dia ni. Patutlah muka dia putih melepak. Dah seharian dalam aircond je mana taknya muka macam mayat hidup.

Eh, terkutuk crush sendiri pula ! Hekhek.

Aku perasan Yoongi ada jeling aku sekilas tadi. Aik, dia boleh tahu ke kalau-kalau aku mengumpat pasal dia ?

Aku memerhatikan tangan Yoongi yang memusingkan benda bulat pada keretanya itu. Ouh, dia perlahankan aircond rupanya.

Ha, thank you awak !

" Kau nak stop dekat sini ke ? " soal Yoongi tatkala kami sudah tiba di hadapan sebuah perhentian bas yang sudah usang.

Aku mengangguk laju. Buku-buku yang aku keluarkan tadi aku masukkan kembali ke dalam beg sekolah lalu aku membuka pintu kereta.

Nasib baik hujan dah reda sedikit berbanding tadi. Aku mengukir sebaris senyuman pada Yoongi.

" Terima kasih. " ucapku lalu aku menutup semula pintu kereta milik Yoongi.

Tatkala kereta milik Yoongi mula berlalu meninggalkan kawasan itu, aku pantas berlari menuju ke kawasan rumah aku.

Sempat aku kerling sekejap ke arah jam tangan aku tadi. Baru nak pukul enam. Fuh ! Nasib baik.

#5 your smile  [ C ]Where stories live. Discover now