" Jisoo, sorry sebab aku tak dapat join kau hari tu. Aku dah cakapkan ayah aku confirm tak kasi punya. " ujarku sebaik sahaja aku melabuhkan punggungku di kerusi yang berhadapan dengan Jisoo.
Jisoo yang sedang mengacau bubur di dalam mangkuk itu memandang aku dengan senyuman.
" It's okay. Aku faham dan aku nak minta maaf sebab aku pergi paksa kau pula. " balas Jisoo kemudian dia menyuapkan sesudu bubur ke dalam mulutnya.
Aku perasan yang muka Jisoo dah semakin pucat. Ya Tuhan, kasihannya dengan Jisoo. Sudah lama dia cuba melawan penyakitnya. Kasihan juga dengan Yoongi dan Namjoon, dua orang terpenting dalam hidup Jisoo.
Bagaimanalah keadaan mereka berdua apabila Jisoo sudah tiada lagi di dunia ni ?
" Jen, aku nak bagitau kau something ni. " ujar Jisoo memecahkan lamunanku. Aku memandang Jisoo dengan sebaris senyuman. Dia perlukan sokongan aku so, aku tak boleh jadi lemah depan dia.
" Apa dia ? Bagitau jela. " soalku perlahan.
Jisoo melepaskan keluhan berat sebelum dia mula bersuara. " Lusa nanti aku dah takkan hadir ke sekolah. Aku akan tinggal di hospital sampai masa aku pergi.. Dan aku tak tahu macam mana nak terangkan pada Yoongi. "
Aku terdiam mendengarkan kata-kata Jisoo. Lusa ? Tak mungkin. Cepatnya masa berlalu. Aku rasa bagaikan baru semalam Jisoo memberitahu aku tentang penyakit yang dihidapinya.
" Tolong aku, Jen. Aku serius buntu sekarang ni. Apa yang patut aku cakapkan pada Yoongi ? " soal Jisoo lagi tatkala aku hanya diam membisu terkelu mendengarkan kata-katanya tadi.
Aku mengangkat wajahku memandang Jisoo. Jelas ternampak air matanya mula bertakung di tubir matanya. Oh, Jisoo.. aku tak kuatlah tengok kau macam ni.
Jisoo yang aku kenal tu happy-go-lucky manusianya. Periang. Bukan seperti sekarang yang terlihat amat lemah dan tidak berdaya.
" Kau tak nak ke jujur dengan Yoongi ? Biar dia jagakan kau .. ? " cadangku pada Jisoo.
Jisoo mengeluh kecil. Dia menundukkan kepalanya memandang lantai.
" Nak tu memang nak tapi kau tak rasa ke yang aku akan menjadi halangan pada dia untuk dia jawab exam nanti ? Dia kan nak graduate dah tahun ni. Aku taknak lah sebab aku, markah exam dia teruk ke apa ke. Dia tu kan budak pandai. "
Aku menggeleng perlahan kemudian tangan Jisoo ku genggam erat. Sebaris senyuman ku ukir buat Jisoo.
" Kalau Yoongi sayangkan kau sangat-sangat, dia akan buat apa sahaja untuk happy kan kau di saat-saat macam ni. Dia kan budak pandai so mesti dia pandai uruskan masa dia nanti, kan ? Kau jangan risaulah ya. " nasihatku padanya.
Hati aku pula yang remuk. Bukan apa, aku masih cemburu dengan Jisoo. Manusia di sekelilingnya amat mengambil berat tentang dirinya. Aku ? Bagai langit dengan bumi kalau nak dibandingkan dengan Jisoo.
" So nanti aku nak kau bagitau juga dengan Yoongi, okay ? Jujur dengan dia. Jangan nak pendam apa-apa. Faham ? " nasihatku buat kesekian kalinya.
Jisoo mengangguk laju kemudian dia memegang tanganku seerat mungkin dan menarik tanganku pada dadanya.
" Terima kasih sangat-sangat sebab masih lagi jadi bestfriend aku walaupun aku dah khianat kau dulu. " ucap Jisoo dengan senyuman.Aku terdiam mendengarkan kata-katanya. Baru saja tadi aku menyatakan bahwa aku cemburu dengan dia. Tak, aku tak patut cemburu dengan dia.
Aku patutnya ikhlas berkawan dengan dia dan bukannya simpan perasaan macam tu. Tak guna, Jennie.
" You're most welcome, baby. "
•♡•♡•♡•
Aku memasukkan buku-buku latihan ke dalam beg sekolah lalu aku mendakap beberapa buah buku teks di dakapanku. Beg aku ni dah lusuh, kalau aku masukkan semua buku dalam beg ni, memang putuslah jawabnya.
Pintu kelas ku tutup lalu aku berjalan di kawasan koridor untuk menuju ke tangga. Baru je aku nak langkah turun anak tangga tu, tiba-tiba aku dengar suara orang nangis.
Aku pusing melihat sekelilingku. Seram la pula sebab tiada sesiapa pun di sekeliling aku ni. Siapa yang tengah menangis tu ?
" Hiks.. hiks.. "
Aku menelan liurku yang terasa bagaikan batu kerikil melalui kerongkongku. Aku gagahkan juga diri untuk mencari dari mana suara tangisan itu datang.
Aku melangkah perlahan menaiki semula anak-anak tangga itu. Suara tu semakin dekat !
Aku kemudiannya membelok ke koridor sebelah kananku. Langkahku terhenti. Manusia yang menangis itu ada di hadapanku. Perlahan-lahan aku melangkah menghampirinya.
Buku teks ku letakkan di atas lantai. Bahu manusia itu aku pegang perlahan membuatkan dia mengangkat wajahnya memandangku.
Cuba aku ukir sebaris senyuman tetapi terasa perit sangat. Aku tahu sebab apa dia menangis sebegini.
" Awak okay ? " soalku perlahan sambil aku mengusap perlahan bahunya. Air mataku juga bergelinang di tubir mata.
" Kenapa kau tak bagitau aku awal-awal yang Jisoo sakit ? Kenapa masa aku tanya kau hari tu kau tak jawab ? Kenapa ?! "
Aku tersentak mendengarkan jeritannya. Kepala aku geleng perlahan. Aku melabuhkan punggung ku disebelahnya lalu badanku disandarkan pada dinding.
" Jisoo yang minta saya rahsiakan dari awak sebab dia tak nak awak hilang fokus dalam pembelajaran awak. Dia bagitau awak ni pun sebab saya yang suruh dia pagi tadi. " terangku dalam keadaan tenang.
Aku tak nak tambahkan lagi tekanan pada dia. Aku tau dia sudah cukup stress sekarang. Aku pula yang rasa bersalah tengok keadaan dia macam ni. Ni first time kot aku nampak dia menangis. Face to face pula tu.
" Dia dah nak pergi. Tinggalkan aku. Aku tak taulah macam mana aku nak teruskan hidup aku lepas ni. " keluhnya perlahan.
Aku menolehkan pandanganku padanya. Air mataku mula tumpas setitik demi setitik tetapi tidakku hiraukannya.
" Awak rasa perasaan saya pula macam mana ? Dari first year saya masuk sekolah ni dia dah jadi bestfriend saya dan satu-satunya kawan perempuan saya. Awak rasa senang ke saya nak hadiahkan senyuman pada dia setiap hari sedangkan saya sebenarnya nak tangisi dia ? "
Aku menggenggam kedua-dua belah tapak tanganku dengan erat. Nak saja aku hembuskan tangisan sekarang. Tapi mana boleh. Aku tak nak nampak lemah !
" Sementara Jisoo masih bernafas, awak hiasilah wajah dia dengan senyuman bukannya tangisan. Luangkanlah masa secukupnya dengan dia. Bila-bila sahaja dia akan pergi. Jangan sia-siakan dia. "
Jisoo perlukan perhatian awak. Awak kena tahu tu. Fokuslah pada dia sementara dia masih ada. Jangan hiraukan manusia lain. Termasuk aku.
Eh, awak mana pernah kisah pasal saya pun. Ha. Ha. Perasan la, Kim Jennie.
" Jennie, tolong teman aku jagakan Jisoo. Aku takut aku tak kuat nanti. "
Aku baru saja nak bangun tapi tingkah laku aku terhenti mendengarkan permintaanya.
Air mata yang mengalir aku kesat menggunakan hujung lengan bajuku. Sebaris senyuman ku ukir di wajahku memandangnya. Kepala aku angguk laju.
" Of course I will, Yoongi. "
To Be Continued❤
YOU ARE READING
#5 your smile [ C ]
FanfictionHe's my crush. My first love. My senior. But.. Does he ever know my existence ? Am I even visible to him ? His smile is just enough for me Since I knew he already had a girlfriend But.. I still love him Start [ 4 . 8 . 2019 ] End [ 11 . 8 . 20...