" Yeay ! Finally, siap pun projek ni. " ujarku kegirangan tatkala projek sains kami telah pun siap. Dekat dua jam jugalah aku terperap dalam bilik Jisoo ni.
Dengan perut aku yang tak habis-habis buat konsert. Memang terseksa gila.
" Jen, jomlah turun bawah. Aku masak ramen untuk kau sebelum kau balik. " pelawa Jisoo sambil menarik lengan aku agar aku bangun dari duduk.
Terus saja senyuman terukir di wajahku. Yeay ! Makan !
Aku pantas bangkit lalu berlari anak mengejar Jisoo yang sudah melangkah menuruni anak tangga.
Baru saja aku ingin menolong Jisoo memasak telur dadar, dia terlebih dahulu menghalang aku dari memasuki dapur.
Huh !
" Kau duduk jela tengok tv dekat depan tu. Dah siap nanti aku panggillah kau. " ujar Jisoo sambil mengacau mi ramen yang berada dalam periuk panas.
Aku mengangguk perlahan lalu aku melabuhkan punggungku di atas sebuah sofa berwarna kelabu yang sangat empuk !
Sukanya ! Rumah aku tak ada sofa seempuk ni. Setakat sofa buruk plus lama dan dah koyak rabak tu adalah.
Ayah aku tak pernah pun nak tukar perabot yang dah usang dalam rumah tu. Sebab tu kadang-kadang aku lagi suka lepak luar. Rumah aku tak seceria dan selesa macam dulu dah.
Ting Tong !
Aku mengangkat wajahku memandang ke arah pintu rumah. Ada manusia datang ke ?
" Jennie, tolong bukakan pintu ! " laung Jisoo dari dapur.
Aku bangkit dari dudukku lalu aku menuju ke arah pintu. Selak kunci ku buka lalu tombol pintu ku pulas.
Ternganga sejenak aku melihatkan manusia yang berdiri tegak di hadapan pintu rumah Jisoo.
Min Yoongi.
" Kau buat apa dekat sini ? Jisoo mana ? " soal Yoongi sambil matanya melilau mencari kelibat Jisoo.
Aku pula entah mengapa bagaikan ada culture shock bila nampak dia ada di depan rumah Jisoo. Perkara biasalah kan kalau boyfriend datang melawat girlfriend tapi kenapa aku rasa macam Jisoo ada agenda tersembunyi ?
" Ma-masuklah. Jisoo tengah masak ramen dekat dapur. " ujarku lalu aku meninggalkan Yoongi di hadapan pintu dan menuju semula ke arah sofa empuk itu.
Keluhan ku lepaskan sambil aku mengurut dadaku. Mula dah jantung aku nak berdegup kencang. Aish !
" Eo, Yoongi-ah. Marilah makan sekali dengan saya dan Jennie. " ujar Jisoo membuatkan aku semakin tidak keruan.
No ! Aku tak sedia lagi nak tengok muka dia dekat-dekat woi !
" Jennie, jomlah makan cepat. Nanti lambat pula kau balik. " panggil Jisoo dengan senyuman.
Aku mengangguk perlahan lalu aku bangkit dan menyusun langkahku menuju ke arah Jisoo yang sedang menghidangkan mangkuk berisi ramen di atas meja.
Aku melabuhkan punggungku disebelah Jisoo dan tanpa aku sedar, Yoongi duduk depan aku. Aish ! Patutnya aku biar Yoongi yang duduk sebelah Jisoo tadi.
" Jisoo, awak call saya tadi kata ada hal urgent. Apa dia ? " soal Yoongi sebelum dia memasukkan ramen ke dalam mulutnya.
Aku yang mulakan makan dulu. Lapar sangat ehek. Ya, aku tau kadang-kadang aku ni tak tau malu juga. Selamba badak aku je pegi sedut mi ramen dari chopstick tu siap ada bunyi-bunyi sekali.
" Oh ! Erm, boleh tak awak hantarkan Jennie balik ? Sebab kalau dia tak sampai rumah sebelum pukul 7 nanti dia kena marah dengan ayah dia. Kesian dia. " ujar Jisoo dengan wajah comelnya pada Yoongi membuatkan mataku terbuntang luas.
YOU ARE READING
#5 your smile [ C ]
FanficHe's my crush. My first love. My senior. But.. Does he ever know my existence ? Am I even visible to him ? His smile is just enough for me Since I knew he already had a girlfriend But.. I still love him Start [ 4 . 8 . 2019 ] End [ 11 . 8 . 20...